Diriwayatkan dari Ibnu Abdil Barr di dalam Jami' Bayan al-Ilmi wa Fadlih sesungguhnya ulama' berkata;
"Belajarlah untuk berkata saya tidak tahu, sesungguhnya jika engkau berkata sedemikian, orang pasti mengajar engkau sehingga engkau tahu. Sebaliknya jika engkau sentiasa mengaku dengan berkata saya tahu, nescaya mereka akan bertanya sehingga engkau tidak tahu"

Thursday 30 June 2011

Malam Tuh pada 28hb Jun 2011 / 27 Rejab 1432

Salam..
Semalam aku telah memberi mknan pada jiwa aku...atau santapan telinga...mengenai  Peristiwa Israk Mikraj pada mlm 27 rejab antara aktiviti yg telah menjadi lipatan sejarah /dairi idup aku ialah :
Aku pegi masjid dengan mak mertua yang sudah berusia lebih 60 tahun, maaflah aku lupa umurnya...azan pon  hampir berkumadang...aku bersiap2, tapi mak mertua sudah siap pakai telekong..dan ingin ke masjid bersama aku utk solat maghrib, Isyak & mendengar ceramah Peristiwa Israk Mikraj dari prospektif (kacamata islam & sains ), 2 panel iaitu Dr. Jamnul Azhar Mulkan & Ustaz Syed Mohd Norhisyam Al Idrus.
Memimpin Mak mertua aku
Semasa menuruni tangga drp tingkat 3 sampai ke bawah..mak mertua aku yg sudah berusia ,melangkah perlahan menuruni tangga..ketika itu aku belum memimpinnya..kerana nampaknya beliau boleh lakukan..dan mengatakan yg beliau ( mak mertua) masih nampak..sebnarnya aku tahu, beliau kurang nampak..ditambah pula di waktu gelap..xper aku biarkan beliau lakukan...
sebaik sahaja sapai level ground...beliau melangkah tetapi tangan mencapai, meraba2..so aku sambut tangannya dan mengempit di rusuk kanan aku..dan memimpin ke masjid...disaat menuruni tangga masjid..aku merasakan.."dah mcm terlambat dah"....kemudian aku menoleh dan nampak Pak Imam di belakang aku menyapa dan medoakan aku iaitu memberi salam, pak imam pula bersabar duk dibelakang mak mertua aku sambil menuruni tangga..dalam hati aku bercakap " hehehehe, comfirm aku x lambat...sbb pak iman duk belakang mak mertua aku"
Makan Nasi Briayani Gulai Kambing Dalam Talam
Selepas Solat Maghrib, Ajk Surau Al Amin, memaklumkam ada majlis makan di suatu ruang masjid..Wow!!!!! mkn nasi dalam talam...lama sudah aku x menjamu selera dalam talam..teringat pulak ketika mkn dlm talam bersama2 kwn  ketika itu lingkungan 13 tahun hingga 16 tahun di Surau Airforce dalam Kem Membedai, W.P Labuan...itulah rasanya kali terakhir aku menjamah nasi dlm talam di kongsi seramai 4 org kawan aku...itu semua sejarah....beratur mengambil air teh o panas, aku duk terpikir "aku nk mkn ngan sape ek"..sesudah shj aku ambik air teh panas..2 org di hadapan aku duduk bersama talam ..mempelawa aku duduk menjamu bersama mereka..seorang brother 1, rasenya amat ramah orgnya, suka berceloteh..asyik duk ckp buang saudara disebabkan mkn kambing..manakala seorang brother 2 nih, perlahan sikit, bercakap x mcm brother 1 hanya mkn sikit disebabkan ader  masalah penyakit gout..menurutnya, dia (brother 2) x menyesal sebab time muda dulu, dah sebat semua jenis makanan...dan dia tahu bahawa Allah dah tarik nikmat makannya...Lalu aku terdetik..aku patutnya bersyukur kerana diberi nikmat kesihatan dan nikmat memakan makanan drp Allah swt...dan aku lah org terakhir abih kan makanan dlm talam..sblm aku mkn aku teringat gak  pada mak mertua aku..dapat mkn atau ntah tidak...nyelah susah sikit kalu aku nk menyelinap melihat kedudukannya...selesai mkn..aku ronda sambil menjeling dengan memfokuskan anak mata aku..zooommm...melihat tempat wanita bersolat....akhirnya mata aku dapat menjejaki mak mertua aku sedang bersembang ngan wanita2 kat situ..kira oklah..
kemudian solat Isyak..
Ketika mendengar Ceramah dan sedikit info
Mengenai penghulu bidadari, roket yg dilancarkan ke angkasa lepas...yg berlepas drp mana tempat di dunia ini akan ke ruang angksa mesti melalui koordinat di atas Masjid Al-Aqso..ajaib bukan, itu kebesaran Allah..dan byaak lagi ilmu disampaikan..aku seronok mendengarkannya...diakhiri panel Ustaz Syed menyatakan bahawa kita perlu mendidik anak -anak kite bagi menggantikan org seperti ahli panel Dr. Jamnul..dan ustaz syed bimbang akan tiada pengganti untuk Dr. Jamnul kelak. Ustaz Syed menasihati atau membuat kesimpulan bahawa kita suka apabila anak mendapat A dlm mata pelajaran dan menjadi pelajar terbaik..tetapi ibu dan ayah perlu menyalurkan mengenai ilmu agama kepada anak2,sebagai contoh..di sekolah kite study mengenai proses fotosintesis...dan kita tidak memberitahu bahawa kesemua proses dlm dunia ini sebenarnya dicipta& digerakkan oleh Allah...bukan terjadi sendiiri...Asas kepada agama diletakkan terlebih dahulu...sepatutnya Ayah dulu memberi salam kepada anak,bukannya anak yg memberi salam kepada ayah.Ayah dahulu sepatutnya mendoakan(memberi slm) kepada anak terlebih dahulu..sama kes seperti guru dan murid2...
sekian coretan aku...

Dari kiri adalah ahli panel 1: Dr Jamnul Azhar Mulkan , moderator : Ustaz Wan Jemizan Wan Deraman & panel 2: Ustaz Syed Mohd Norhisyam Al Idrus....kedua - dua panel merupakan ahli panel yang tersohor dah selalu kite lihat dalam siaran TV....ceramah oleh kedua-dua panel memang mendidik jiwa...ditambah pula dengan sistem audio pada aku kiranya agak bagus..jelas..sekali sekala Dr Jamnul membuat beberapa lawak dengan lohgat negerinya (kedah)..ramai hadirin tergelak..aku pon turut tergelak & tersenyum..apabila diceritakan mnegenai penghulu bidadari di syurga..
Melihat Org ramai di dalam masjid...seronoknya ramai sungguh org hadir untuk mendengar ceramah Israk Mikraj.Aku dikabarkan oleh pengacara majlis ceramah..ader hadirin drp luar BTHO....ketika gambar di snap..aku ader di dlm picture ( gambar diperolehi drp blog surai almin ). Majlis Ceramah tersebut tamat pada pukul 11.30 mlm...
Dr Jamnul ader menjual beberapa produk dan sebahagian jualannya disumbangkan utk Maahad Tahfiz Sains di Perak dan memerlukan dana...nih blog Dr. Jamnul..silah lihat...

Tuesday 28 June 2011

Keadaan Lapar Rasulullah S.A.W

Muslim dan Tarmidzi telah meriwayatkan dari An-Nu'man bin Basyir ra. dia berkata: Bukankah kamu sekarang mewah dari makan dan minum, apa saja yang kamu mau kamu mendapatkannya? Aku pernah melihat Nabi kamu Muhammad SAW hanya mendapat korma yang buruk saja untuk mengisi perutnya!

Dalam riwayat Muslim pula dari An-Nu'man bin Basyir ra. katanya, bahwa pada suatu ketika Umar ra. menyebut apa yang dinikmati manusia sekarang dari dunia! Maka dia berkata, aku pernah melihat Rasulullah SAW seharian menanggung lapar, karena tidak ada makanan, kemudian tidak ada yang didapatinya pula selain dari korma yang buruk saja untuk mengisi perutnya.

Suatu riwayat yang diberitakan oleh Abu Nu'aim, Khatib, Ibnu Asakir dan Ibnun-Najjar dari Abu Hurairah ra. dia berkata: Aku pernah datang kepada Rasulullah SAW ketika dia sedang bersembahyang duduk, maka aku pun bertanya kepadanya: Ya Rasulullah! Mengapa aku melihatmu bersembahyang duduk, apakah engkau sakit? jawab beliau: Aku lapar, wahai Abu Hurairah! Mendengar jawaban beliau itu, aku terus menangis sedih melihatkan keadaan beliau itu. Beliau merasa kasihan melihat aku menangis, lalu berkata: Wahai Abu Hurairah! jangan menangis, karena beratnya penghisaban nanti di hari kiamat tidak akan menimpa orang yang hidupnya lapar di dunia jika dia menjaga dirinya di kehidupan dunia. (Kanzul Ummal 4:41)

Ahmad meriwayatkan dari Aisyah ra. dia berkata: Sekali peristiwa keluarga Abu Bakar ra. (yakni ayahnya) mengirim (sop) kaki kambing kepada kami malam hari, lalu aku tidak makan, tetapi Nabi SAW memakannya - ataupun katanya, beliau yang tidak makan, tetapi Aisyah makan, lalu Aisyah ra. berkata kepada orang yang berbicara dengannya: Ini karena tidak punya lampu. Dalam riwayat Thabarani dengan tambahan ini: Lalu orang bertanya: Hai Ummul Mukminin! Apakah ketika itu ada lampu? Jawab Aisyah: Jika kami ada minyak ketika itu, tentu kami utamakan untuk dimakan.
(At-Targhib Wat-Tarhib 5:155; Kanzul Ummal 5:155)

Abu Ya'la memberitakan pula dari Abu Hurairah ra. katanya: Ada kalanya sampai berbulan-bulan berlalu, namun di rumah-rumah Rasulullah SAW tidak ada satu hari pun yang berlampu, dan dapurnya pun tidak berasap. Jika ada minyak dipakainya untuk dijadikan makanan. (At-Targhib Wat-Tarhib 5:154; Majma'uz Zawatid 10:325)

Bukhari dan Muslim meriwayatkan pula dari Urwah dari Aisyah ra. dia berkata: Demi Allah, hai anak saudaraku (Urwah anak Asma, saudara perempuan Aisyah), kami senantiasa memandang kepada anak bulan, bulan demi bulan, padahal di rumah-rumah Rasulullah SAW tidak pernah berasap. Berkata Urwah: Wahai bibiku, jadi apalah makanan kamu? Jawab Aisyah: Korma dan air sajalah, melainkan jika ada tetangga-tetangga Rasulullah SAW dari kaum Anshar yang membawakan buat kami makanan. Dan memanglah kadang-kadang mereka membawakan kami susu, maka kami minum susu itu sebagai makanan. (At-Targhib Wat-Tarhib 5:155)

Ibnu Jarir meriwayatkan dari Aisyah ra. katanya: sering kali kita duduk sampai empat puluh hari, sedang di rumah kami tidak pernah punya lampu atau dapur kami berasap. Maka orang yang mendengar bertanya: Jadi apa makanan kamu untuk hidup? Jawab Aisyah: Korma dan air saja, itu pun jika dapat. (Kanzul Ummal 4:38)

Tarmidzi memberitakan dari Masruq, katanya: Aku pernah datang menziarahi Aisyah ra. lalu dia minta dibawakan untukku makanan, kemudian dia mengeluh: Aku mengenangkan masa lamaku dahulu. Aku tidak pernah kenyang dan bila aku ingin menangis, aku menangis sepuas-puasnya! Tanya Masruq: Mengapa begitu, wahai Ummul Mukminin?! Aisyah menjawab: Aku teringat keadaan di mana Rasulullah SAW telah meninggalkan dunia ini! Demi Allah, tidak pernah beliau kenyang dari roti, atau daging dua kali sehari. (At-Targhib Wat-Tarhib 5:148)

Dalam riwayat Ibnu Jarir lagi tersebut: Tidak pernah Rasulullah SAW kenyang dari roti gandum tiga hari berturut-turut sejak beliau datang di Madinah sehingga beliau meninggal dunia. Di lain lain versi: Tidak pernah kenyang keluarga Rasulullah SAW dari roti syair dua hari berturut-turut sehingga beliau wafat. Dalam versi lain lagi: Rasulullah SAW telah meninggal dunia, dan beliau tidak pernah kenyang dari korma dan air.
(Kanzul Ummal 4:38)

Dalam riwayat lain yang dikeluarkan oleh Baihaqi telah berkata Aisyah ra.: Rasulullah SAW tidak pernah kenyang tiga hari berturut-turut, dan sebenarnya jika kita mau kita bisa kenyang, akan tetapi beliau selalu mengutamakan orang lain yang lapar dari dirinya sendiri. (At-Targhib Wat-Tarhib 5:149)

Ibnu Abid-Dunia memberitakan dari Al-Hasan ra. secara mursal, katanya: Rasulullah SAW selalu membantu orang dengan tangannya sendiri, beliau menampal bajunya pun dengan tangannya sendiri, dan tidak pernah makan siang dan malam secara teratur selama tiga hari berturut-turut, sehingga beliau kembali ke rahmatullah. Bukhari meriwayatkan dari Anas ra. katanya: Tidak pernah Rasulullah SAW makan di atas piring, tidak pernah memakan roti yang halus hingga beliau meninggal dunia. Dalam riwayat lain: Tidak pernah melihat daging yang sedang dipanggang (maksudnya tidak pernah puas makan daging panggang). (At-Targhib Wat-Tarhib 5:153)

Tarmidzi memberitakan dari Ibnu Abbas ra. katanya: Rasulullah SAW sering tidur malam demi malam sedang keluarganya berbalik-balik di atas tempat tidur karena kelaparan, karena tidak makan malam. Dan makanan mereka biasanya dari roti syair yang kasar. Bukhari pula meriwayatkan dari Abu Hurairah ra. katanya: Pernah Rasulullah SAW mendatangi suatu kaum yang sedang makan daging bakar, mereka mengajak beliau makan sama, tetapi beliau menolak dan tidak makan. Dan Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah SAW meninggal dunia, dan beliau belum pernah kenyang dari roti syair yang kasar keras itu. (At-Targhib Wat-Tarhib 5:148 dan 151)

Pernah Fathimah binti Rasulullah SAW datang kepada Nabi SAW membawa sepotong roti syair yang kasar untuk dimakannya. Maka ujar beliau kepada Fathimah ra: Inilah makanan pertama yang dimakan ayahmu sejak tiga hari yang lalu! Dalam periwayatan Thabarani ada tambahan ini, yaitu: Maka Rasulullah SAW pun bertanya kepada Fathimah: Apa itu yang engkau bawa, wahai Fathimah?! Fathimah menjawab: Aku membakar roti tadi, dan rasanya tidak termakan roti itu, sehingga aku bawakan untukmu satu potong darinya agar engkau memakannya dulu! (Majma'uz Zawa'id 10:312)

Ibnu Majah dan Baihaqi meriwayatkan pula dari Abu Hurairah ra. katanya: Sekali peristiwa ada orang yang membawa makanan panas kepada Rasulullah SAW maka beliau pun memakannya. Selesai makan, beliau mengucapkan: Alhamdulillah! Inilah makanan panas yang pertama memasuki perutku sejak beberapa hari yang lalu. (At-Targhib Wat-Tarhib 5:149)

Bukhari meriwayatkan dari Sahel bin Sa'ad ra. dia berkata: Tidak pernah Rasulullah SAW melihat roti yang halus dari sejak beliau dibangkitkan menjadi Utusan Allah hingga beliau meninggal dunia. Ada orang bertanya: Apakah tidak ada pada zaman Nabi SAW ayak yang dapat mengayak tepung? Jawabnya: Rasulullah SAW tidak pernah melihat ayak tepung dari sejak beliau diutus menjadi Rasul sehingga beliau wafat. Tanya orang itu lagi: Jadi, bagaimana kamu memakan roti syair yang tidak diayak terlebih dahulu? Jawabnya: Mula-mula kami menumbuk gandum itu, kemudian kami meniupnya sehingga keluar kulit-kulitnya, dan yang mana tinggal itulah yang kami campurkan dengan air, lalu kami mengulinya. (At-Targhib Wat-Tarhib 5:153)

Tarmidzi memberitakan daiipada Abu Talhah ra. katanya: Sekali peristiwa kami datang mengadukan kelaparan kepada Rasulullah SAW lalu kami mengangkat kain kami, di mana padanya terikat batu demi batu pada perut kami. Maka Rasulullah SAW pun mengangkat kainnya, lalu kami lihat pada perutnya terikat dua batu demi dua batu. (At-Targhib Wat-Tarhib 5:156)

Ibnu Abid Dunia memberitakan dari Ibnu Bujair ra. dan dia ini dari para sahabat Nabi SAW Ibnu Bujair berkata: Pernah Nabi SAW merasa terlalu lapar pada suatu hari, lalu beliau mengambil batu dan diikatkannya pada perutnya. Kemudian beliau bersabda: Betapa banyak orang yang memilih makanan yang halus-halus di dunia ini kelak dia akan menjadi lapar dan telanjang di hari kiamat! Dan betapa banyak lagi orang yang memuliakan dirinya di sini, kelak dia akan dihinakan di akhirat. Dan betapa banyak orang yang menghinakan dirinya di sini, kelak dia akan dimuliakan di akhirat.'

Bukhari dan Ibnu Abid Dunia meriwayatkan dari Aisyah ra. dia berkata: Bala yang pertama-tama sekali berlaku kepada ummat ini sesudah kepergian Nabi SAW ialah kekenyangan perut! Sebab apabila sesuatu kaum kenyang perutnya, gemuk badannya, lalu akan lemahlah hatinya dan akan merajalelalah syahwatnya!
(At-Targhib Wat-Tarhib 3:420).
sumber dari sini....
Komen thesedi : kita hari ini dalam senantiasa dlm kekeyangan, terus menerus mencari tempat2, kedai2..yang menjamu hidangan lazat2 dengan harga yg mahal..itu semua demi utk perut..teringat pada nabi kita yg tercinta hanya ngan koma & air  jer yg mengenyang baginda...Allah Maha Besar..

Monday 27 June 2011

Sabtu yang cerah, tapi kelam kabut sedikit....

Salam..
Sabtu lalu (26/06/2011), pagi nyer indah.....wife aku sedang meneliti perkara penting di dlm laptop nyer..ya, jadual kuliah SPACE UTM....tetibaaa....gelabah dan start kalu. ape tidaknyer..jadual kuliahnyer bermula jam pagi nih..8.30am..anak aliya pon masih lagi dlm kelenaan dibuai mimpi ape ntah...dalam kepenatan tido..di gagahi juga utuk mandi bersiap hendak ke kuliah..aku yg masih belum mandi tapi sudah membayar hutang ngan Allah yg Maha Besar...tanpa sarapan..wife aku mengangkat puteri aku aliya ke dakapannya..dan membawa ke kereta kemudian diletakkan atas seat belakang kereta...enjin dihidupkan..selepas beberapa ketika, aku menderu keluar kawasan apartment bertolak agak laju menuju ke UTM, Semarak..yg dikirakan sebagai sudah lewat..aku berhati-hati juga semasa menekan pedal minyak kerna bimbang takut, aliya tergolek pulak kerana aku tidak memasang carseat utk kanak2 kerana bersaiz gedabak tambah lagi puteri aliya memang x gemar kan nyer...selesai aku mnghantar wife aku ke utm semarak. Aku pulang ke rumah, ketika itu aliya masih lagi dibuai mimpi. Hampir sampai kediaman aku, anakku aliya bangkit dari tido..dengan mata nyer bulat bersinar -sinar dan senyuman manis seperti cerah pagi tuh sebaik sahaja aku toleh ke belakang...kemudia kau membeli sarapan pagi..sebaik sampai dirumah, terus mkn pagi..Alhamdulilah, syukur..aku merehatkan diri sekejap dengan menyajikan mata aku ngan astro beyond bersama - sama aliya..jam sudah menunjukkan jam 10 pagi lebih..bergegas pulak aku mandi kan alia bersiap pakai bedak, baju...kemudian aku pula yg membasahkan badan ngan air..selesai jer..terus ke Pusat Tadika Dinamik untuk mendaftarkan aliya..RM 240.00 dikenakan..RM40 sebagai yuran pendaftaran, manakala kos bulanan adalah RM200..selepas msge berbunyi..mengatakan kawan aku drp kuantan ,Pahang dtg KL kerana ader urusan mengenai kamera D80 nikkon..aku time tuh dah kalut sbb tilam xder....lauk pauk utk dimasak xder...wife aku pulak dikabarkan kuliyah akan siap jam 10.00 mlm..
Persoalannya siapa pulak yg nak masak.aduuhh....petang tuh aku ke carefour pula dan membeli tilam pd harga RM69.90 kalu x silap..kemudian adik kau yg tinggal di Putrajaya hendak datang ke rumah aku.. hantar barangan pernikahannya..sembang2 dah jam 7.00mlm..adik aku pon pulang..kawan aku masih belum sampai....aku terasa lapa pulak, tp aku tahan lah...wife aku asik duk ber 'msge ' ngan aku..kata nyer borin dlm kuliyah...kata perlu amik printer kerana kata wife aku, dia perlu siapkan assignment...aku masih menunggu kawan aku..jam sudah hampir jam 8.00mlm..aku pon pi rumah anak saudara aku di rumah lama (Pantai Dlm.)..aku pon memecut ke  P. Dlm amik printer..nasib baik jugak lah..jalan clear kemudian wife aku msge mengatakan kelas hampir abih jam 9.30 pm. Selepas amik printer, aku terus ke UTM menjemput si dia ( wife aku lah) dirumah dah jam 10.30pm lebih...kawan aku tuh kat Jaya Jusco Maluri, Cheras shopping barangan baby untuk cahaya mata yg pertama setelah hampir 6 tahun bernikah..aku & wife kepenatan ditambah ngan perut yg lapar..manakala kwn aku pulak beritahu aku, yang dia dah mkn..alaaa...aku ingat nak blanje..dia dah mkn, isteri aku pulak sibuk sbb ader asigmnet nk kene siap kan mlm tuh..memang kelam kabut jugak lah...tiada persediaan yg baik utk kwn aku tuh...aduhhh kesian nyer..hampir jam 12.00 tgh mlm..barulah kwn aku tuh sampai rumah..aduhh lama betul...ngan perut lapar lagi..wife aku lak tension byk benda nk kene kemas..nak masak lagi..asignment x siap lagi.....kemudian sembang2.sekejap..wife aku pulak sibuk duk memasak mee goreng..2 paket..lebih kurang jam 1.00 am..kami mkn mee goreng...dapat gak mkn mee goreng & sambil sembang2.jam 2.00 pagi dah nih..kwn aku tuh masuk tido..manakala wife aku duk setting printer & laptop sbb nak buat asignment...kesian nyer aku tgk wife aku..aku tolong taip sikit asgment wife aku...anak aku aliya pulak duk melompat2 atas kantil.. jam dah pkul 2.30 pagi..besok pagi jam 8.30am.. wife aku ade kuliyah lagi..
Terima kasih pada Isteri aku...

Friday 10 June 2011

Malang Tidak Berbau - Kemalangan , Ader Hikmah di Sebalik Kejadian Ini...

Slm...
Pada 6/6/2011..aku & wife aku tersentak disebabkan kejadian menimpa kak ipar (kakak wife aku) dilaporkan anak saudara perempuan aku mengatakan kakak ipar aku terlibat ngan accindent..wife aku yg sedang tido kepenatan manakala aku pula sedang beribadat  ketika itu..ibadat aku terganggu akibat terdengar perbualan anak saudara aku bercakap di telefon..setelah selesai..bini aku duk asyik call adik nyer di Batu 3, Shah Alam..kakak ipar aku nih baru shj memasang kain langsir umah aku baru di cheras..suaminya yg kepenatan dan mengantuk merupakan punca accindent..setelah berbincang secara buble (lisan ngan tipon) keputusan dibuat...pi termerloh (tempat kejadian accindent)..nasib baik semua penumpang dan driver kereta yg melanggar & dilanggar terselamat drp sebarang kecederaan..
Ketika on the way ke Termerloh, aku memandang ke kanan..kelihatan satu deretan kereta memanjang menghala ke K.L...sepanjang karak..perghhh.dasyat gak jem...aku n adik ipar aku pulak nak keje awal pgi esok...sebaik shj sampai di tempat kejadian (di atas jambatan berhampiran dgn R&R Termerloh..) kelihatan lori towing..aku dimaklumkan masalah perebutan di antara lori towing kuantan & termeloh..bergaduh pulak kat situ pulak kata kakak ipar aku...last2..setlle..towing termerloh yg towing kete toyota avanza & proton saga yg jenis lama..ke bengkel di mentakad..manakala kami ke balai polis mentakad cawangan trafik..suami kakak ipar  & owner proton saga buat report police..kakak ipar aku memaklumkan  owner proton saga tuh adalah saudara ( waris) kepada suami kakak ipar sulang aku ( kakak sulung wife aku)..lorrr...rupa - rupa yg melanggar dan dilanggar ada pertalian saudara...khkohkokohokh..setelah settle di balai polis..kami ke bangkel kereta untuk melihat kereta avanza kak ipar..


Kalu diperhatikan, teruk jugak kete avanza tuh..tapi kete proton saga lama tuh, kemek bhgn belakang..kata kakak ipar..maybe dia bwk slow jer...suami kakak ipar memang bwk laju...sebab ada pertanding berkawad di terengganu..utk makluman suaminya kakak ipar aku tuh anggota bomba...pada awal info kemalangan katanya berlanggar ngan divider..tp sebenarnya ngan proton saga..angkara ngantuk sgt....setelah melihat kereta di bengkel..jam dah menunjukkan pkul 4.00 pagi lebih...bertolak drp mentakab ke K.L melalui jalan dalam..laju jugak lah aku bwk..anak saudara dan kakak ipar aku bersama aku menaiki Myvi...Pada awal pagi tuh..mata tahan drp masalh mengantuk...Allah  lah yg beri kekuatan tersebut...sambil aku bukak tingkap sekali sekala merasai suasana dingin angin bertiup dlm kegelapan...berselang seli dengan kecerahan lampu jalan...akhirnya aku ke Batu Tiga, Shah Alam dulu...disebabkan adik ipar aku mengejar masa ke tempat keje di kilang Sienctex,Klang...sampai dirumah..azan subuh berkumandang..terus adik ipar mandi2,terus ke tempat kejenyer..aku n wife aku pulak EL pada hari tuh ( Isnin)..aku solat pahtu tido..jam 9 pagi aku terjaga....10.oo pagi bertolak ke rumah aku di Btho,Chreas..
Malang tidak berbau...inilah ketentuan Allah..ader hikmah sebalik kejadian ini..hanya Allah sahaja yg mengetahui....tp tetap bersyukur kerana aku dapat merasai nikmat sejuk dingin pada awal pagi hari tuh dan kami selamat dlm perjalanan ke K.L..
Alhamdulillah...

Halaman Kampung Aku..

Slm..
Pada 27/05/2011 yang lalu aku pulang ke kampung aku di kelate..kepulangan aku & family adalah disebabkan majlis tahlil ke-40 hari arwah ayah mertua aku yg meninggal pada hujung bulan April..aku bertolak selepas waktu berkerja dan terus ke pulang..manakala adik ipar & anak saudara aku pulak bertolak selepas magrib drp Batu 3,Shah Alam....
Sampai sahaja di Bachok,Kelate (pagi sabtu)..aku bermalam di sana..kemudian tiba ahad..bermalam di rumah aku di wakaf bharu....sekejap jer..Isnin.pagi aku bertolak drp umah aku..menuju ke bachok untk mengambil mak mertua aku dan anak saudara perempuan yg baru sahaja tamat drp pengajiananya diploma ukur bahan..kami selamat tiba di rumah pantai dalam pada pkul 11 mlm...

bersama ini aku attach  picture umah aku di wakaf bharu...

Wednesday 1 June 2011

Pelancong Kelantan Tidak Sama Dengan Pelancong Malaysia.

Salam..
Diawal pagi td aku disajikan laporan media MHI mengenai percutian di Bandung, Indonesia.Sambil menunggu wife aku bersiap2..aku layan rancangan MHI TV3....menurut pengacara (abby + seorang laki2 -aku x kenal), Bandung adalah destinasi perlancongan membeli belah terutamanya bagi pasangan yang bakal mendirikan masjid....aku dapat lihat dlm tv, pusat - pusat membeli belah seperti kain/fabrik, factory outlet yang mana baju2 yg dijual adalah berkualiti....kemudian kru tv3 membuat temuramah pelancong yang shopping kat saner..mula - mula seorang wanita kalu x silap menceritakan kain2 disana murah dan berkualiti sambil anaknya dipegang oleh 
suaminya..
  gambar di atas sekadar hiasan..

Sewaktu di interview tertera di skrin tv aku pelancong malaysia....2,3 org jugak pelancong malaysia yang di interview..tapi di akhir sesi interview terdapat 2 wanita yg di interview tetapi tertera di skrin tv aku pelancong kelantan...aku dah mcm rase...aaaiiiikkk......pelancong kelantan, semacam daripada negara lain bukan drp malaysia...bukankah kelantan tuh sebahagian negara Malaysia..tulis lah pelancong Malaysia jugak..ini tidak..kalu tak pon pelancong malaysia yg lain tuh digantikan pelancong Pahang ke, Terengganu ke, Johor ke....ishhh...ishhh..ishhh...diorang nih sengaja berbuat begitu atau memang tidak sedar...xder siapa yg tahu...melainkan Allah...pada pendapat aku, pada firasat aku jer lah..mcm ader unsur deskriminasi sikit2 terhadap negeri kelantan  atau negeri Cik Siti Wan Kembang.....moga2 negara malaysia tercinta ini hidup dlm aman damai dilimpahi rahmat Allah swt...Amin..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...