Diriwayatkan dari Ibnu Abdil Barr di dalam Jami' Bayan al-Ilmi wa Fadlih sesungguhnya ulama' berkata;
"Belajarlah untuk berkata saya tidak tahu, sesungguhnya jika engkau berkata sedemikian, orang pasti mengajar engkau sehingga engkau tahu. Sebaliknya jika engkau sentiasa mengaku dengan berkata saya tahu, nescaya mereka akan bertanya sehingga engkau tidak tahu"

Friday 11 January 2013

Lagu Cahaya Nyanyian Kumpulan Rabbani Memecah Gegendang Telinga Aku, Hayatilah Liriknya..



Assalamualaikum, Segala puji bagi Allah, Tuhan Sekelian Alam..
Aku bersyukur masih diberikan nikmat yang banyaknya tidak terhingga oleh Allah…semoga diri anda & saya dikalangan org yang bersyukur pada Allah SWT.

Dalam minggu ini, aku sering mendengar lagu rabbani & berulang – ulang kali…rasa seronok juga..dapatlah merasai sedikit sebanyak rasa keinsafan buat aku yang lalai melalui liriknya yang sangat – sangat baik pada aku lah, terkenang pula pada arwah penyanyi utama kumpulannya…yang meninggalkan kita semasa beliau sedang dalam persiapan program tv kalu tak silap…semoga roh beliau dicucuri rahmat…sedekah kan al fatihah untuk beliau yang menghasilkan lagu/nasyid dakwah yang mendekatkan kita pada Allah melalui liriknya dan hati kita mungkin tersentuh, tersedar kerana rahmat kasih sayang Allah berikan pada kita…

Rabbani  - Cahaya

Indah Bintang Di Langit
Sejahteralah Bumi
Nur Kasih Yang Terpancar
Kebesaran CiptaMu

Di Sini Ku Temui
CahayaMu Ilahi
Membuka Pintu Hati
Ke Jalan Kebenaran

CahayaMu
penuh kemuliaan
CahayaMu Penuh Kasih Dan Sayang
Memimpin Kami Menjulang Panji
Berbalas Senyum Dalam Redha

Mengajar Ertinya Ketaqwaan
Mengajar Ertinya Ketabahan
Memutih Hati Yang Kian Rawan
Penawar Jiwa Yang Melara

Biarpun Mata Terpejam
Kasih Tetap Di Hati
Terukir Peribadi
Segirang Matahari
Memancar Hati Sanubariku.. Ber..se...ri
Menerangi

Tak Terputus Khalimah
Sekilasnya Cahaya
Segalanya Kudratku
DariMu.. Ya Allah
Memberi Jalan Yang Diredhai..O...leh..Mu...
Penyuluh Di Malam Hari

Cahaya... cahaya... cahaya...

Friday 4 January 2013

Mutiara Kata Daripada Syeikh



Assalamualaikum, Segala puji bagi Allah, Tuhan Sekelian Alam..
Aku bersyukur masih diberikan nikmat yang banyaknya tidak terhingga oleh Allah…semoga diri anda & saya dikalangan org yang bersyukur pada Allah SWT.

"Hidup ini menjadi sempit dan semakin sempit kerana kamu menjalani hidup ini untuk meraih perhatian dan redha manusia di sekeliling kamu. Apa yang kamu ingin lakukan, kamu ukur dengan reda manusia atau kebencian mereka. Ia membuatkan kamu menjalani sebuah kehidupan yang penuh dengan pendustaan" (Syeikh Ibn Atoillah As-Sakandari)

 - ketika aku membaca artikel dalam  http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/5091-dunia-yang-hilang.html , memang benarlah apa yang diperkatakan...kebanyakkan manusia di zaman sekarang sebenarnya mengambil pakai keredhaan manusia iaitu dengan kesukaan & pujian-pujian manusia..mereka akan buat sesuatu untuk dipersembahkan kepada manusia lain dengan niat untuk mendapat pujian & kesukaan mereka, jika mereka tidak disukai  dan dicemuh maka mereka tidak akan melakukannya walaupun ianya disukai & disuruh Allah swt..kekadang mereka berkorban masa mahupun harta untuk memiliki sesuatu untuk medapat kata - kata manis, kata -kata menyedapkan hati juga nafsu...untuk menampakkan kehebatannya. Tetapi hati serta jiwa mereka itu merasa seronok & rasa hebat apabila mereka berada dikalangan orang ramai, kawan2...untuk dipamerkan keindahan pada mata orang lain...tapi sebenarnya sewaktu mereka bersendirian ,keseorangan,hati serta jiwa mereka akan merasa kosong dan derita.. tanpa pujian orang...moga - moga aku & anda sentiasa berasa dalam keadaan sedar & tidak lalai bahawa hidup dunia ini adalah sementara sahaja...
 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...