Diriwayatkan dari Ibnu Abdil Barr di dalam Jami' Bayan al-Ilmi wa Fadlih sesungguhnya ulama' berkata;
"Belajarlah untuk berkata saya tidak tahu, sesungguhnya jika engkau berkata sedemikian, orang pasti mengajar engkau sehingga engkau tahu. Sebaliknya jika engkau sentiasa mengaku dengan berkata saya tahu, nescaya mereka akan bertanya sehingga engkau tidak tahu"

Wednesday 16 October 2013

SELAMAT MEYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA 2013 – Rumah sendiri



Assalamualaikum, Segala puji bagi Allah, Tuhan Sekelian Alam..
Aku bersyukur masih diberikan nikmat yang banyaknya tidak terhingga oleh Allah…semoga diri anda & saya dikalangan org yang bersyukur pada Allah SWT.

Salam sudah lama aku tidak update blog ini…ermmmm (tarik nafas dalam-dalam). Raya tahun ini, aku beraya di BTHO, Cheras. Ini kali ke-2 aku beraya di sini..sedih juga rasanya memikirkan mak ayah, adik-adik di kampong wakaf bharu…Pagi raya, aku terlewat bangun..sedar-sedar dah dah hamper pkul 7.00am..alamak solat subuh aku…wife aku bercuti pulak..patutlah..rasa macam bukan di pagi raya jer..macam pagi sabtu atau ahad..sunyi, boring pulak…gosok baju raya sendiri…kalu kat kampong, umah aku, mesti wife siap kan..yerlah kene bagus lah sikit walaupun penat kat mertua kan..

Butang baju melayu dari almari, aku masukkan dalam poket baju melayu yang bercorak jalur ke bawah..sekali pandang kat cermin macam pelik pun ader, xperlah pakai jer..aku jer kot yang Nampak pelik, tapi pada pandangan org lain..jam 8.15am, aku sudah memulakan langkah menuju ke surau al-amin..ketika masuk dan bersila di ruang hall,orang masih x ramai..ketika itu melihat Jemaah yang lain-lain…terlintas di fikiran bagaimana lah keadaan  mak ayah, adik-adik di kampong, kenalan terdekat mengenakan pakaian di pagi raya aidil adha..tapi tekanan menyambut hari raya korban tidaklah kuat jika nak hendak dibandingkan dengan tekanan hari raya aidil fitri…pengalaman tidak beraya aidilfitri di bersama mak ayah belum pernah…

Selesai solat sunat aidil adha, bersalaman dengan kawan-kawan apartment aku yang juga tidak pulang ke kampong dan makan sedikit jamuan kesyukuran aidil adha yang di sponsor oleh qariah & beberapa syarikat sekitar surau antaranya kedai runcit hussin, syarikat membuat projek MRT dan lain-lain…melihat lembu yang akan dikorbankan teringat pula pada lembu ayah yang dikorban..sayangnya tak dapat melihat lembu gemuk ayah aku dikorbankan. Jam4.15pm, baru kami keluar ke rumah mertua anak saudara wife aku di taman medan,PJ. Selepas magrib, kami ke I-city menaiki beberapa permainan di atas permintaan my beautiful aliya..jam 9.30pm, kami ke rumah adik ipar aku di batu 3 ,Shah Alam…11.30pm, pulang ke rumah di BTHO, jam 12.00am..sampai d rumah..arghhh..mengantuknya mata aku…mandi & tiido…

PERANGAI BURUK MANA PULAK YANG AKU NAK KORBANKAN NIH…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...