Diriwayatkan dari Ibnu Abdil Barr di dalam Jami' Bayan al-Ilmi wa Fadlih sesungguhnya ulama' berkata;
"Belajarlah untuk berkata saya tidak tahu, sesungguhnya jika engkau berkata sedemikian, orang pasti mengajar engkau sehingga engkau tahu. Sebaliknya jika engkau sentiasa mengaku dengan berkata saya tahu, nescaya mereka akan bertanya sehingga engkau tidak tahu"

Thursday 16 March 2017

XPDC Gunung Angsi, Negeri Sembilan.

Assalamualaikum & Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian Alam...
Salam sejahtera Aku bersyukur masih diberikan nikmat yang banyaknya tidak terhingga oleh Allah SWT, semoga anda & diri saya dikalangan org yang bersyukur pada Allah SWT.

         Selepas balik daripada XPDC Rajah, kawan aku, Ary mengajak aku mengikuti xpdc trip Gunung Angsi, Ns Sembilan...Ary mengajak aku bermalam di surau An Ansor kawasan kediamannya Sua Kasih, BTHO..tapi segan pulak..malam tuh macam sabtu pkul 10mlm hingga 12 tgh mlm..aku bermain badminton jika tiada aktiviti lain...selepas bermain badminton..lepak kedai mamak..kemudian balik tdo jap..kemas kemas keperluan bag daypack karrimor aku...di takdirkan..Ary tak dapat join trip xpdc kerana memasak lauk & nasi untuk program surau An Ansor...pkul 5 pagi aku dah tersedar dan bersiap..biasa lambat bangun pagi..semangat punya pasal..aku ke masjid An Ansor...bersolat jemaah di surau terasa nikmat best bersolat jemaah subuh..lama aku tak bersolat jemaah..dulu dulu time umah dekat ngan surau..pergii juga..sekarang surau jauh daripada umah aku sekarang ( Vista Hatamas)

22/01/2017 , Ahad -7.30 pagi, start bergerak menuju ke gunung angsi..pada mulanya kereta tak banyak...aku follow kawan ary..yang menaiki kete perodua yang baru...bile lelama..rupa kereta disekeliling di kawasan tol..sume kereta yang nak pergi xpdc tuh jugak..ada lebih 30 biji kereta..kereta mewah besar mini cooper, bmw, mercedes, honda, 4x4 pon ada..aku jer yang bawak Mini perodua..ihihihiihihih..tapi aku bahagia dengan kereta cik putih wpy aku...

Start hiking jam 9.30 pagi..jangan lupa bayar kat jabatan perhilitan sebanyak RM5.00
sampai puncak jam 11.30 pagi(kalu x silap)

bile sampai car park , aku berehat bersama guider...slps puas berehat..ade yang pergi mandi & makan di jeram...last aku bergerak sendirian...pergi mandi di jeram..kemudian bertolak balik sesorang pulang ke Vista Hatamas.....tamat lah xpdc angsi..cabaran tetap ade...tapi tidak setanding rajah atau nuang..bagi beginer yang nak berjinak duni hiking,,boleh mecubanya di sini..






 depa tangan..sambil tarik nafas dalam-dalam
 ini keadaan dipuncak..xde rumput dah
 sebab trip xpdc gunung angsi oleh komuniti sua kasih,BTHO..ada seramai lebih 40 orang termasuk family & kariah surau an ansor.
 ada pondok bus stop di puncak Gunung Angsi
wea sedy bersama guider..banyak pengalaman & ilmu berguna untuk aku pratik bile ke xpdc lain. Dia juga memaklumkan kawannya yang hilang sewaktu hiking zaman muda mudanya..kwn dia hilang sehingga sekarang masuk ke alam ghaib..
 posing sikit
Berehat setelah sampai di cark park...kira laju jugak aku turun follow guider tempatan..

XPDC Gunung Rajah Via KKB ( Kuala Kubu Bharu)

Assalamualaikum segala puji bagi Allah, Tuhan Sekelian Alam

Aku bersyukur masih diberikan nikmat yang banyaknya tidak terhingga oleh Allah, semoga anda & diri saya dikalangan org yang bersyukur pada Allah SWT.

Lama dah aku tidak update blog aku, agak dah berhabuk penuh dengan sarang labah-labah jika perumpamaan setelah dibiarkan begitu lama..ari nih terasa nak update sedikit peristiwa yang berlaku dalam hidup aku,  sebenarnya ada peristiwa getir, sedih dalam diriaku..tetapi buat masa ni  tertulis di dalam hati dan tidak terasa hendaj nukilkan di sini..

      Cerita bab gunung, kira hobi baru jugak..dulu aku tawan bukit broga, gunung nuang..kali aku mengikuti geng hiking ke XPDC Gunung Rajah via KKB yang dikatakan trek yang mencabar & jauh...rasanya kalu tidak silap 11 km rasanya (jika salah abaikan) trip nih bermula jumaat (6/01/2017) malam..dan berakhir pada ahad (8/1/2017) petang

       Jumaat malam, aku bergerak ke rumah pokcik penyu jam 8.30 lebih..duduk disana dan uruskan kelengkapan untuk trip..aku ke sana KKB (kuala Kubu Bharu) dengan menaiki che putih wpy aku...aku berdu dengan shukri..kereta aku ditugaskan untuk bawa bekalan daging ayam & daging kambing perap. sebenarnya plan tetatip sudah tertunda dengan banyaknya...sepatutnya berkumpul di kedai mamak di KKB pada jam 8.30/9.30 tetapi jam 12 tgh mlm, aku belum & pakcik penyu belum sampai..geng geng lain tunggu di kedai mamak sudah lama..mesti stresss..jam 1 pagi rasa baru sampai dan bergerak ke sg pertak, perak..manakala gunung rajah berada di pahang..dalam jam 2 pagi dalam kegelapan bersiap dengan kelengkapan untuk hiking ke kem BMW..yang mengambil masa 2 jam lebih...aku dalam group belakang bersama pokcik penyu..yang lain-lain ada yang laju meninggalkan kitaorang...nak laju...

Sabtu, 7/1/2017 - 8.30 pagi, kami bertolak ke gunung rajah yang dikatakan mengambil masa 12 jam ( 6 jam pergi - 6 jam balik) tetapi aku mengambil masa lebih daripada itu

         aku sampai ke Kem BMW keesokkan pagi nya dalam jam 9.00 pagi hari ahad...
Keseluruhan masa xpdc aku ialah hampir hampir 24 jam atau lebih sedikit..di sebabkan kami bertiga telah mengalami kecederaan...aku, mia & wahid, masing-masing ada kecederaan yang menyebabkan kami lambat...kami tido on trek lebih kurang 3 kali..last tdo kem RNR..masa jam sudah jam 3 pagi/4 pagi..sehingga jam 7 pagi..baru kami sambung bergerak ke kem BMW..selepas itu..aku mandi rehatkan badan & otot yang kepenatan...diorang sweeper terbaik dgn tempoh masa yang lama & aku masih mengukirkan senyuman...kami makan minum..kemudian pergi ke lata makau untuk mandi manda..selepas itu dalam jam 3.00 ptg/4 ptg ,kami bertolak turun daripada kem BMW ke park kete kemudian ke Masjid KKB untuk mandi, tukar pakaian dan solat..kemudian berkumpul dataran asam peda KKB untuk makan minum..kemudian bersurai...aku , mia dan pokcik & family sempat lagi layan mee siam di kajang (area umah pokcik)..makan minum mlm tuh dibayar oleh mia...
Ucapan terima kasih pada semua yang telribat dalam xpdc ini...yang kuat tolong yang lemah & injured..sesama ke puncak , sesama pewai , sesama pulang dengan selamat...
sepatutnya ramai lagi tetapi ade yang sudah hiking turun ke park kereta
picture sempat aku snap ketika dlm perjalanan ke gunung rajah
Disini antara lokasi yang menarik...angin melalui kawasan ini..aku berpeluang melihat kelibat spsg burung yang cantik..hajat nak amik pic, tapi sayang tak sempat..display only

depa tangan sesungguh besar nikmat-Mu Ya Allah..tidak terhingga
Halim, Pokcik penyu, wea sedy (aku) & shukri
di puncak rajah guna gopro arul
kalu tidak silap , jam 5 petang aku sampai ke puncak..jam 6.00 ptg aku dah nak bertolak daripada puncak.
baju the northface grotex,dikira baju baru dibeli secondhand tetapi baru dengan harga RM100 dibeli daripada Kimi ( kawan aku)

 kawan aku , ijat yang sesama pewai dengan aku
berehat sekejap ketika ini cuaca gelap macam hendak hujan...tetapi syukur tidak hujan dengan teruk..sekadar basah trek
                                                view daripada puncak
view dari puncak
kawan aku, shukri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...