Diriwayatkan dari Ibnu Abdil Barr di dalam Jami' Bayan al-Ilmi wa Fadlih sesungguhnya ulama' berkata;
"Belajarlah untuk berkata saya tidak tahu, sesungguhnya jika engkau berkata sedemikian, orang pasti mengajar engkau sehingga engkau tahu. Sebaliknya jika engkau sentiasa mengaku dengan berkata saya tahu, nescaya mereka akan bertanya sehingga engkau tidak tahu"

Thursday 16 February 2012

Saidina Ali bin Abi Thalib Menerkam Bagaikan Harimau Lapar..

Assalamualaikum, 
Alhamdulillah....Segala puji bagi Allah SWT, aku masih dikurniakan nikmat-Nya..

hendak dicerita atau digambar oleh aku betapa hebat sungguh khalifah Saidina Ali bin Abi Talib...kisahnya begini diceritaii...
Dalam suatu peperangan, Ali bin Abi Thalib berhadapan sendirian dengan musuhnya yang bersendirian pula. Musuhnya begitu kuat sehingga belum satupun yang dinyatakan tewas. Hampir hampir leher Ali terkena pedang musuh yang melayang sangat cepat itu, tetapi kerana ketangkasan beliau pedang itu tidak menyentuh leher beliau sedikit pun. Tetapi keranan pedangnya hampir mengenai leher beliau ketika itulah musuh itu lengah. Dia menyangka Ali telah mulai lemah, padahal ternyata Ali mempunyai langkah langkah yang menipu musuhnya itu hingga tersalah langkah. Ali kemudian menolak musuhnya itu sehingga terjatuh. Dan bagaikan harimau, Ali dengan cepat menerkam dan menindih dada musuhnya itu dan sennjata pedangnya siap untuk dihunuskan ke arah jantungnya. Tiba -tiba dengan cepat pula musuh itu meludahi wajah beliau (Ali) sehingga basah. " Astaghifirullah," teriak Saidina Ali. Ali marah bukan kepalang sehingga muka beliau menjadi merah. Dia malah membuang pedangnya dan segera meninggalkan musuhnya itu. Musuhnya yang yahudi itu hairan melihat perangai Ali yang tidak jadi membunuh musuhnya itu. "mengapa anda lepaskan saya? Mengapa anda melepaskan peluang untuk membunuh saya?" tanya musuhnya itu dengan hairan.
Dengan menahan marah yang luar biasa Ali bin Abi Thalib mengatakan: " Aku hendak membunuh engkau kerana mempertahankan agama Allah. Tetapi setelah engkau meludahi mukaku, aku sangat marah, sebab hal itu menyinggung kehoramatan diriku. Kalau aku jadi membunuh engkau selepas engkau meludahi mukaku, bererti aku membunuh bukan kerana Allah, tetapi kerana dendam diriku sendiri," kata Ali. Dalam riwayat lain disebutkan bahawa Ali berkata: "jika engkau menghinaku sebagai peribadi aku tidak lagi ikhlas membunuhmu, kerana aku membunuh kerana membela peribadiku, tetapi jika engkau menghina agamaku engkau pasti kubunuh" .
Begitulah dalamnya keikhlasan sahabat Nabi SAW ini, sehingga dalam keadaan berperang yang memang memerlukan emosi dan tenaga, keikhlasannya masih terjaga. Dalam keadaan apa jua pun dengan keikhlasan yang mendalam akan membimbing kita kepada tujuan amal kita, sama ada untuk kepentingan peribadi atau untuk kepentingan agama.

theufO : Hebat sungguh sahabat Nabi SAW, kalau kita, bagaimana kah?mungkin kita terus menikam musuh, jika kita ditempat Saidina Ali...Aku sekarang tengah membaca dan cuba habisnya sebuah buku yang aku pinjamkan daripada adik perempuanku yang berjudul Menyingkap Peristiwa Dan Keistimewaan Sirah Kehidupan Nabi SAW Sahabat Dan Ahli Hikmah yang disusun oleh : Ustaz Abdul Salam Basok Al-Haj cetakan 2007 terbitan Pustaka Ilmi.
Setelah membaca isi bacaan buku ini, aku rasakan banyak ilmu, peristiwa yang aku dapat ambil sebagai panduan & iktibar untuk dijadikan panduan dalam mengharungi kehidupan yang penuh pacaroba....cubalah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...