Diriwayatkan dari Ibnu Abdil Barr di dalam Jami' Bayan al-Ilmi wa Fadlih sesungguhnya ulama' berkata;
"Belajarlah untuk berkata saya tidak tahu, sesungguhnya jika engkau berkata sedemikian, orang pasti mengajar engkau sehingga engkau tahu. Sebaliknya jika engkau sentiasa mengaku dengan berkata saya tahu, nescaya mereka akan bertanya sehingga engkau tidak tahu"

Thursday, 16 March 2017

XPDC Gunung Angsi, Negeri Sembilan.

Assalamualaikum & Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian Alam...
Salam sejahtera Aku bersyukur masih diberikan nikmat yang banyaknya tidak terhingga oleh Allah SWT, semoga anda & diri saya dikalangan org yang bersyukur pada Allah SWT.

         Selepas balik daripada XPDC Rajah, kawan aku, Ary mengajak aku mengikuti xpdc trip Gunung Angsi, Ns Sembilan...Ary mengajak aku bermalam di surau An Ansor kawasan kediamannya Sua Kasih, BTHO..tapi segan pulak..malam tuh macam sabtu pkul 10mlm hingga 12 tgh mlm..aku bermain badminton jika tiada aktiviti lain...selepas bermain badminton..lepak kedai mamak..kemudian balik tdo jap..kemas kemas keperluan bag daypack karrimor aku...di takdirkan..Ary tak dapat join trip xpdc kerana memasak lauk & nasi untuk program surau An Ansor...pkul 5 pagi aku dah tersedar dan bersiap..biasa lambat bangun pagi..semangat punya pasal..aku ke masjid An Ansor...bersolat jemaah di surau terasa nikmat best bersolat jemaah subuh..lama aku tak bersolat jemaah..dulu dulu time umah dekat ngan surau..pergii juga..sekarang surau jauh daripada umah aku sekarang ( Vista Hatamas)

22/01/2017 , Ahad -7.30 pagi, start bergerak menuju ke gunung angsi..pada mulanya kereta tak banyak...aku follow kawan ary..yang menaiki kete perodua yang baru...bile lelama..rupa kereta disekeliling di kawasan tol..sume kereta yang nak pergi xpdc tuh jugak..ada lebih 30 biji kereta..kereta mewah besar mini cooper, bmw, mercedes, honda, 4x4 pon ada..aku jer yang bawak Mini perodua..ihihihiihihih..tapi aku bahagia dengan kereta cik putih wpy aku...

Start hiking jam 9.30 pagi..jangan lupa bayar kat jabatan perhilitan sebanyak RM5.00
sampai puncak jam 11.30 pagi(kalu x silap)

bile sampai car park , aku berehat bersama guider...slps puas berehat..ade yang pergi mandi & makan di jeram...last aku bergerak sendirian...pergi mandi di jeram..kemudian bertolak balik sesorang pulang ke Vista Hatamas.....tamat lah xpdc angsi..cabaran tetap ade...tapi tidak setanding rajah atau nuang..bagi beginer yang nak berjinak duni hiking,,boleh mecubanya di sini..






 depa tangan..sambil tarik nafas dalam-dalam
 ini keadaan dipuncak..xde rumput dah
 sebab trip xpdc gunung angsi oleh komuniti sua kasih,BTHO..ada seramai lebih 40 orang termasuk family & kariah surau an ansor.
 ada pondok bus stop di puncak Gunung Angsi
wea sedy bersama guider..banyak pengalaman & ilmu berguna untuk aku pratik bile ke xpdc lain. Dia juga memaklumkan kawannya yang hilang sewaktu hiking zaman muda mudanya..kwn dia hilang sehingga sekarang masuk ke alam ghaib..
 posing sikit
Berehat setelah sampai di cark park...kira laju jugak aku turun follow guider tempatan..

XPDC Gunung Rajah Via KKB ( Kuala Kubu Bharu)

Assalamualaikum segala puji bagi Allah, Tuhan Sekelian Alam

Aku bersyukur masih diberikan nikmat yang banyaknya tidak terhingga oleh Allah, semoga anda & diri saya dikalangan org yang bersyukur pada Allah SWT.

Lama dah aku tidak update blog aku, agak dah berhabuk penuh dengan sarang labah-labah jika perumpamaan setelah dibiarkan begitu lama..ari nih terasa nak update sedikit peristiwa yang berlaku dalam hidup aku,  sebenarnya ada peristiwa getir, sedih dalam diriaku..tetapi buat masa ni  tertulis di dalam hati dan tidak terasa hendaj nukilkan di sini..

      Cerita bab gunung, kira hobi baru jugak..dulu aku tawan bukit broga, gunung nuang..kali aku mengikuti geng hiking ke XPDC Gunung Rajah via KKB yang dikatakan trek yang mencabar & jauh...rasanya kalu tidak silap 11 km rasanya (jika salah abaikan) trip nih bermula jumaat (6/01/2017) malam..dan berakhir pada ahad (8/1/2017) petang

       Jumaat malam, aku bergerak ke rumah pokcik penyu jam 8.30 lebih..duduk disana dan uruskan kelengkapan untuk trip..aku ke sana KKB (kuala Kubu Bharu) dengan menaiki che putih wpy aku...aku berdu dengan shukri..kereta aku ditugaskan untuk bawa bekalan daging ayam & daging kambing perap. sebenarnya plan tetatip sudah tertunda dengan banyaknya...sepatutnya berkumpul di kedai mamak di KKB pada jam 8.30/9.30 tetapi jam 12 tgh mlm, aku belum & pakcik penyu belum sampai..geng geng lain tunggu di kedai mamak sudah lama..mesti stresss..jam 1 pagi rasa baru sampai dan bergerak ke sg pertak, perak..manakala gunung rajah berada di pahang..dalam jam 2 pagi dalam kegelapan bersiap dengan kelengkapan untuk hiking ke kem BMW..yang mengambil masa 2 jam lebih...aku dalam group belakang bersama pokcik penyu..yang lain-lain ada yang laju meninggalkan kitaorang...nak laju...

Sabtu, 7/1/2017 - 8.30 pagi, kami bertolak ke gunung rajah yang dikatakan mengambil masa 12 jam ( 6 jam pergi - 6 jam balik) tetapi aku mengambil masa lebih daripada itu

         aku sampai ke Kem BMW keesokkan pagi nya dalam jam 9.00 pagi hari ahad...
Keseluruhan masa xpdc aku ialah hampir hampir 24 jam atau lebih sedikit..di sebabkan kami bertiga telah mengalami kecederaan...aku, mia & wahid, masing-masing ada kecederaan yang menyebabkan kami lambat...kami tido on trek lebih kurang 3 kali..last tdo kem RNR..masa jam sudah jam 3 pagi/4 pagi..sehingga jam 7 pagi..baru kami sambung bergerak ke kem BMW..selepas itu..aku mandi rehatkan badan & otot yang kepenatan...diorang sweeper terbaik dgn tempoh masa yang lama & aku masih mengukirkan senyuman...kami makan minum..kemudian pergi ke lata makau untuk mandi manda..selepas itu dalam jam 3.00 ptg/4 ptg ,kami bertolak turun daripada kem BMW ke park kete kemudian ke Masjid KKB untuk mandi, tukar pakaian dan solat..kemudian berkumpul dataran asam peda KKB untuk makan minum..kemudian bersurai...aku , mia dan pokcik & family sempat lagi layan mee siam di kajang (area umah pokcik)..makan minum mlm tuh dibayar oleh mia...
Ucapan terima kasih pada semua yang telribat dalam xpdc ini...yang kuat tolong yang lemah & injured..sesama ke puncak , sesama pewai , sesama pulang dengan selamat...
sepatutnya ramai lagi tetapi ade yang sudah hiking turun ke park kereta
picture sempat aku snap ketika dlm perjalanan ke gunung rajah
Disini antara lokasi yang menarik...angin melalui kawasan ini..aku berpeluang melihat kelibat spsg burung yang cantik..hajat nak amik pic, tapi sayang tak sempat..display only

depa tangan sesungguh besar nikmat-Mu Ya Allah..tidak terhingga
Halim, Pokcik penyu, wea sedy (aku) & shukri
di puncak rajah guna gopro arul
kalu tidak silap , jam 5 petang aku sampai ke puncak..jam 6.00 ptg aku dah nak bertolak daripada puncak.
baju the northface grotex,dikira baju baru dibeli secondhand tetapi baru dengan harga RM100 dibeli daripada Kimi ( kawan aku)

 kawan aku , ijat yang sesama pewai dengan aku
berehat sekejap ketika ini cuaca gelap macam hendak hujan...tetapi syukur tidak hujan dengan teruk..sekadar basah trek
                                                view daripada puncak
view dari puncak
kawan aku, shukri

Thursday, 8 December 2016

Gunung Nuang , gunung tertinggi di Selangor..berjaya aku ke puncaknya tahun 2016

Assalamualaikum, Segala puji bagi Allah, Tuhan Sekelian Alam..

Aku bersyukur masih diberikan nikmat yang banyaknya tidak terhingga oleh Allah…semoga diri anda & saya dikalangan org yang bersyukur pada Allah SWT...

26-27 hb November 2016

aku melakar sejarah dalam hidupku...satu journey mendaki bukit yang lebih tinggi daripada bukit Broga hill..ia merupakan rekod peribadi mendaki paling tinggi aku capai..iaitu Gunung Nuang pada ketinggian 1943 mtr dari aras laut..iaitu gunung tertinggi di selangor

Pakcik penyu merupakan rakan yang memang hardcore kaki hiking mengajak aku dengan tawaran yang baik..xpdc ke gunung nuang..ada barbeku ayam & kambing dengan harga RM20.00 per head..Pakcik bercerita berkenaan xpdc gunung nuang semasa lepak di kedai mamak tun perak selepas aktivit berbadminton.pada aku, rasa macam murah & nak try panjat...mengukur keupayaan diri..pada zaman aku muda2..mula mula masuk keje..aku takder berkawan dengan geng geng lain selain geng JKR jer. 

Peralatan kasut hiking & bag hiking 30 liter aku dah beli semasa sale di direct sport.com di sunway putra. Kawan ada menasihat aku supaya membeli lagi kelengkapan lain memandang di atas gunung yang sejuk dan berbahaya katanya..so aku belilah gove yang murah2, tongkat besi , head light,stokin, baju hujan diy yang murah, tourch light, rubber mate...

Pada mulanya, kawan nak pinjam kan bag hiking 75 liter , carry mate, sleeping bag & hammock...pada saat akhir, sabtu..hari sepatut masuk gunung nuang..beliau memaklumkan ketiadaan sleeping bag & hammock....aduhh..mcm kelam kabut bercampur mcm nak batalkan ajaer xpdc nih..RM20, kira hadiah jer lah diorang wat makan2. Kemudian aku decide nak pergi juga...last aku ke basecamp di Shah Alam untuk shopping promosi di base camp...terkeluarlah modal aku RM 210.00, huhuuhuhuhuh...hammock, lampu, carry mate, tali hammock & tambahan sleeping bag ( RM99.90)....x pasal pasal dengan RM20 tuh..modal beratus duit aku yang kuar

aku anggap next time de xpdc ke gunung lain..aku follow jer sbb kelengkapan berkhemah sudah ada...xpdc G.Nuang, bermula di lembah pangsun ( dikatakan mecabar)  berkhemah di Kem Lolo , jam 3.00 pagi naik ke puncak gunung nuang yang akan melalui kem pacat, kemudian puncak pengasih & seterusnya puncak gunung tertinggi di selangor..planning asal masuk ke kem lolo pada jam 2.00 ptg..tetapi ada belum balik kerja...ada yang daripada muadzam pahang..meyebabkan delay..last trip masuk ke kem lolo adalah jam 10.00 malam...perghhh..
aku pulak bersolat magrib 7 isyak di masjid batu 14, hulu langat menungu penyu & the geng dapat amik aku aku di masjid..kete park situ. Bersama kami, terdapat 3 org girl ( termasuk girl daripada hongkong)

mendaki lah aku dari lembah pangsun ke kem lolo pada malam tuh..masa yang di ambil ke kem lolo adalah 3-4 jam dikatakan tetapi kami mendaki punya mendaki ambik masa 2 jam jer..laju jugak. Malam tuh aku berjalan mendaki sambil bawak bag hiking dengan kelengkapan lain termasuk ayam perap di dalam beg aku...kami 7 org + 1 orang , anak pakcik penyu yang berumur 7 tahun. Pada malam tuh..trip masuk ke kem lolo yang terakhir dengan bekalan daging kambing, ayam dan lain2

sesudah sampai di Kem Lolo, jam 12.00 tgh malam..aktiviti barbeku dijalankan..aku sempat makan ,minum kopi...sambil diorang bersembang borak..aku jenis pasif, banyak mendengar jer..kurang bercakap . Sesudah jam 3 pagi barulah pakcik penyu tolong pasangkan hammock tempat aku nak tido dan juga anak yer..mata aku tidak terlelap..jam 4 pagi bergerak ke puncak..pakcik penyu tidak pergi..aku jer dan lain2 yang pergi ke puncak ( yg mane x pernah pergi lagi)..berbekal bag depek & jaket penyu yang cantik (merah)..mendaki lah aku ke puncak..

Mencabar?? memang mencabar bagi beginner macm aku..tapi ku gagahi jua..melawan..mmg tinggi..mengambil masa 5 atau 6 jam ke puncak...bayangkan berjalan mendaki sahaja 6 jam...x pernah aku buat kerja nih...rasa jam 10.00 pagi lebih sampai di puncak....terasa bangga..akhirnya sampai walaupun lambat...macam ada semangat dalam diri, AKU BOLEH ..setelah berpenat lelah mendaki....masa turun daripada puncak...diorang yang muda2 tinggal aku bersendirian menuruni gunung...tambahan pula..hujan pulak..jalan mendaki tadi abih pecah siap berlumpur & licin...macamane lah geng muda2 turun laju..bahaya betul...bekalan air pon dah abih.terpaksa mintak air daripda org lain , aku dapat juice kemenangan daripada awek hiking...

sampai di kem pacat, aku pergi amik air bukit bersendirian...sunyi sepi..berjalan sesorang disebabkan bekalan air xder...bahaya sebenarnya...sebab denai tersebut bukan dalam laluan trek balik ke Kem Lolo...terpikir juga..kalu jadi apa2..mmg org lain tidak tahu..kemudian aku ke laluan sebenar ke Kem Lolo, Alhamdulillah..tiada apa2 yang berlaku...aku menuruni bersama ijat (beginner juga) lagi slow daripada aku...hihihiihi..akhirnya sampai ke kem lolo dalam pkul 3.00 petang rasanya..

Sebaik shj aku sampai..terus bukak kasut yang penuh lumpur..makan dulu, nasi minyak , gulai kambing...penyu yang masak..lepas makan pergi mandi & cuci kasut..sejuknya air....nikmat tak terhingga...Alhamdulillah....ada seorang girl..dia lah yang paling lambat mendaki ke gunung & paling lambat menuruni ke kem Lolo...jam 5.30 ptg baru sampai  peserta terakhir ke Kem Lolo...sambil ditemani abang kandungnya... gembira & tahniah diucapkan kepada beliau..kerana berjaya ke puncak dengan selamat..itu yang penting..semangat kuat diperlukan...dan tidak berputus asa.

Sebahagian rakan hiking yang lain...ada yang dah pulang...sebahagian shj yang menunggu semua selamat sampai ke Kem Lolo..diorang makan dulu , hujan pula lebat melanda..duduk reramai dalam satu fly ( satu platik khemah yang untuk melindungi barang dapur) semua org duduk bawah fly tersebut....lepas magrib..baru bertolak balik daripada kem lolo ke Lembah Pangsun..yang mengambil masa 3 atau 4 jam kot menuruni  dalam keadaan basah ,msih hujan tetapi tidak lebat..sekali lagi bekalan air sudah kehabisan..sampai kawan yg begginer ,si ijat...jilat air kat daun daun jer..berberapa kali kami berhenti kepenatan....yag muda2 yang power laju jer  turun ke bawah...maklumlah diorang tuh memang kaki hiking...bagi saya & ijat ,boleh dikatakan cukup bagus..dapat abihlah xpdc dengan jaya serta selamat..

setelah sampai di lembah pangsun, berehat sekejap hilangkan rasa penat lelah, kemudian aku mandi..kemudian berehat lagi menunggu kekawan ke pekan membeli air...sesudah itu singgah di restoren mama seafood berhampiran masjid batu 14. selepas itu bersurai, masing pulang ke rumah.

*****   aku tidak snap pic disebabkan hujan, bateri pon tinggal sedikit dan kesukaran untuk mengedalikan phone ketika mendaki & menuruni gunung...

            ini satu tempat trade mark kalu pergi gunung nuang..ia berada di kem pacat




di Puncak Gunung Nuang, perhatikan ada botol air berwarna unggu..itu juice kemenangan..
dengan gopro rakan hiking.....



yg warna hijau biru..itu hammock...yg warna oren tuh tuh fly


sekian shaja coretan aku sebelum kita hendak ke tahun 2017

Monday, 16 May 2016

BROGA HILL, udara di puncak sana telah aku rasai

Assalamualaikum, Segala puji bagi Allah, Tuhan Sekelian Alam..
Aku bersyukur masih diberikan nikmat yang banyaknya tidak terhingga oleh Allah…semoga diri anda & saya dikalangan org yang bersyukur pada Allah SWT....
 
banyak aktiviti yang lakukan aku tidak update kan di dalam blog ini..hari nih terasa nak update nya....terdapat aktiviti yang tidak pernah aku lakukan..memang aku berkehendak untuk lakukan iaitu mendaki bukit , hiking kata org puteh..wat permulaan, aku mendaki bukit BROGA HILL..awal pagi ahad aku telah mendakinya..itu dengan bantuan seorang kawan sepermainan badminton, iaitu en.penyu..nama samaran dia kot..dia ade nama lain..dia nih kira hardcore..bab panjat bukit..org berbadan kecil sahaja..tersenyum ketawa org jer...happy go lucky org nya..aktif..skrng berkerja pemetik buah di Australia ( jauhkan) kerja ape pon takper..selagi empunya badan sanggup terima dan redha dengan ujian dalam perkerjaan itu dan yang penting HALAL..
 
track mendaki telah disediakan, caj parking kete & motor dikenakan, kalu dengan motor seringgit..tempat solat di atas sana tidak disediakan..cuma di kaki bukit terdapat toilet, surau..bayaran caj dikenakan..berhati-hati menuruni bukit kerana ia agak berbahaya jika dibandingkan semasa mendaki..kat kaki bukit terdapat penjual bekfess..kuih muih, air kepala pandan..kami sempat menikmati  air kelapa pandan yang bersaiz kecik yang berharga RM5 kalu tidak silap..kalu boleh bawalah air sendiri..lagi menjimatkan..
 
disini aku kongsikan berapa picture aku mendaki broga hill sebagai kenangan aku di masa hadapan jika blog aku nih masih wujud..pada kawan-kawan yang melihat pic sy upload..lihat view picture..bukan org-org kat dalam pic... (bersyukur nikmat mata melihat) bagi saya, yang pergi ke broga hill..nikmat mata melihat, nikmat merasai angin sejuk merempuh anggota badan..nikmat telinga mendengar kicauan burung-burung..
 
"nikmat mana lagi yang kamu hendak dustakan"

* ucapan jutaan terima kasih pada en. penyu, beryukur pada pada Allah swt kerana mengizinkannya
matahari yang baru meninggi, tetapi sunrise tidak dilihat disebabkan cuaca yang mendung dan banyak awan. sepatutnya view lagi cantik (maklumlah tipon cap murahan)

  ketinggian broga hill, aku berjaya takluk ( kihkihkih)
en penyu dengan gaya rock.hihiihi..tq en penyu sapai jugak aku kat broga hill, pi ngan moto dia lak tuh..area situ kami solat berbekal air sebotol, banyak tip tip daki bukit antaranya minum sedikit shj..cara penafasan nak kene jaga juga..time daki tuh gelap lagi.
 memang ramai org kat area sini menunggu sinar sunrise..harapan biar hidup kita bersinar dengan hidayah Allah swt.
 inilah kami , en penyu, kiri sekali, 3 org tuh kawan penyu yang hendak mendaki broga hill, aku menumpang jer..en penyu yang offer aku time main badminton mlm tuh.
kiri sekali, adalah jasad aku..en rusdi..hihiii

 ini ketika hendak pulang, aku mendaki berseorangan sehingga ke puncak broga hill..duduk atas batu
cantik view dia..udara segar, kicauan burung, anda hendak datang sini kene tepuh ujian..kepenatan, pergorbanan wang, tenaga, masa, rasa syok tido di waktu kala subuh...hasilnya nikmatnya Allah tak terhingga kita nikmati..cubalah cari tempat -tempat begini..semoga imam kita bertambah dan menghargai alam ini.
 antara ukiran di tanah yang mecuri perhatian aku..cantik kan..itu hasil mungkin laluan dipijak pijak org..dengan angin bertiup dipermukaan atas tanah terhasil lah begitu..hebatkan..bukan terjadi dengan sendiri tau..memang ia dibuat begitu oleh Pencipta-Nya


* terus mendaki , terjatuh..tersungkur, tergolek ke bawah..kepenatan, teruskan mendaki lagi..kerana di atas sana terdapat satu nikmat yang tidak terhingga..yang berbaloi dengan pergorbanan kita mendaki.

Salam Tahun 2016...

Assalamualaikum, Segala puji bagi Allah, Tuhan Sekelian Alam..
Aku bersyukur masih diberikan nikmat yang banyaknya tidak terhingga oleh Allah…semoga diri anda & saya dikalangan org yang bersyukur pada Allah SWT....
 
Dah lama, aku tak update blog...ntahlah..semangat menaip dah semakin pudar ke? melihat picture di dalam blog, terasa sedih pon ade..byk masalah aku telah hadapi dan sedang hadapi sekarang nih.  
tempoh hidup semakin menipis...jumlah tahun aku hidup semakin bertambah..amal aku x cukup lagi..sedihnya, ramadhan bakal menjelma tidak   lama lagi....di waktu ini, di kala ini..fikiran kosong x tahu nak tulis apa..cuma fikiran teringat akan anak2 aku aleyaraes..abah sentiada doakan aleya raes perolehi kesihatan yang baik..jadi org yang bersyukur dan sujud pada yang ESA..macam-macam masalah timbul..manusia mana yang xde masalah..hidup diduniakan untuk selesai kan masalah...perlawanan di antara baik & jahat sentiasa berlaku di dalam diri..

hhhhhmmmmm..arghh......(tarik nafas dalam-dalam, tahan.....kemudian lepas perlahan-lahan)  berharap dapat sedikit ketenangan..teringat kata-kata bekas paderi yang kini beragama islam, beliau berkata ( dalam u tube) manusia sebenarnya berkehendakan ketenangan "peace", itu yang sebenarnya..bukan kekayaan...sbb kekayaan itu boleh diperolehi..tetapi peace tidak diperolehi..tidak boleh dibeli tetapi anugerah Allah SWT.....
 

 


 bersyukur beroleh ketenangan..carilah ketenangan..
 
 
Picture ini di ambil dari sini, seronok kat tgk pic di atas.

Tuesday, 17 November 2015

Motor Legend DG 701 - bersiar-siar dengannya

Assalamualaikum, Segala puji bagi Allah, Tuhan Sekelian Alam..
Aku bersyukur masih diberikan nikmat yang banyaknya tidak terhingga oleh Allah…semoga diri anda & saya dikalangan org yang bersyukur pada Allah SWT....
8 November 2015 , aku berada di kampung, bercuti rehat sempena cuti deepavali, lama jugak x update blog aku..melihat motor honda bulat 70cc dg701 terkenan aku pada waktu dahulu..ayahku membawa aku juga adik-adik  makan angin di jalan -jalan kampung....suatu kemestian ayah aku membawa kami  bersiar-siar dengan motor di bulan puasa sementara menunggu waktu berbuka...terasa segar bersemangat jika dapat bersiar-siar...kini tinggal sejarah..motor dg701 baru dibaiki dan dengan gembira aku membawa anak -anak aku pulak bersiar-siar seperti mana ayah kau membawa ku bersiar-siar...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...