Assalamualaikum & Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian Alam...
Salam Sejahtera daku bersyukur
masih diberikan nikmat yang banyaknya tidak terhingga oleh Allah SWT, semoga
anda & diri saya dikalangan org yang bersyukur serta bukan dikalangan
org-org yang sombong dengan Allah SWT
Lama sudah daku tidak mengemaskini
blog daku, telah bermacam aku perkara berlaku dalam hidup daku…daku bersyukur
dengan kurnia-Nya..walaupun mungkin daku memandangnya dengan ujian berat,penuh
sesalan tetapi sebenarnya satu nikmat yang Allah sahaja yang ketahui..kekadang
kita merasa kita tidak tertahan untuk hadapi, sedar sedar satu tempoh lama
telah kita lalui & sedang kita lalui dengan bersama nikmat kelebihan yg Allah
kurniakan..ya mungkin tidak ada pada org lain..kita masih merasa sedih tidak bahagia
disebabkan kita tidak mecapai sesuatu yg kita inginkan..
Kini tahun 2021 ,kita Bersama lagi
virus covid19..setahun telah berlalu bermula PKP 1.0 ( first PKP) pada Mac
2020..yg mana aku sempat balik ke kampung. Daku berada di wakaf bharu bersama keluarga
dan terkandas di kampung tidak boleh ke KL. Ini pengalaman pertama bagi seluruh
dunia hadapi covid19 yg bermula di Wuhan China pada akhir tahun 2019..sbb tuh Namanya
covid19.
Kini daku mula update blog
sebagai tempat daku menulis & menyatakan perasaan serta apa yang bermain
difikiran daku..kini boleh dikatakan daku sebagai seorang runner walaupun
perlahan ( banyak lg runner yg perlahan & baru bermula) tetapi hamper setahun
aku berlari sebanyak 5km setiap kali aku berlari. Untuk tahun 2020, daku telah
berlari melebihi 5km & sekitar 5km berjumlah 192 hari active berlari. Manakala
active keseluruhan termasuk berlari 220 hari berbanding 365 hari ( hebat tak)
hahahaha…bg daku hebatlah. Sebenarnya banyak perkara pengalaman daku hendak
kongsikan walaupun yg membaca itu hanya diriku. Blog ini dijadikan wadah untuk daku
menulis.
Daku mula mengemaskini blog kerna salah satunya..kerna daku
memiliki sebuah lap top DELL yg dibeli berharga RM2200.00 secara hutang. Jika hendak
membeli secara tunai, masih tidak mampu. Asbab laptop dibeli kerna WFH (Work
from home) atau BDR (bekerja dari Rumah).
Rasanya cukuplah daku menulis coretan come back.
No comments:
Post a Comment