Diriwayatkan dari Ibnu Abdil Barr di dalam Jami' Bayan al-Ilmi wa Fadlih sesungguhnya ulama' berkata;
"Belajarlah untuk berkata saya tidak tahu, sesungguhnya jika engkau berkata sedemikian, orang pasti mengajar engkau sehingga engkau tahu. Sebaliknya jika engkau sentiasa mengaku dengan berkata saya tahu, nescaya mereka akan bertanya sehingga engkau tidak tahu"

Monday 11 November 2019

Percubaan kawan untuk Mendaki Apek Hill Trail - 9 November 2019

Assalamualaikum & Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian Alam...
Salam Sejahtera Aku bersyukur masih diberikan nikmat yang banyaknya tidak terhingga oleh Allah SWT, semoga anda & diri saya dikalangan org yang bersyukur serta bukan dikalangan org-org yang sombong dengan Allah SWT.





9 November 2019 
Adalah hari bersamaan hari Mualid Nabi, aku banguna agak dan masih terfikir hendak ke Bukit Saga berseorang ke..sebabnya beberapa hari lepas, aku ada mengajak office mate untuk medaki Bukit Saga/Bukit Apek  via Bukit Hatamas,Cheras. aku sempat wasap kepada office mate aku tuh..hanya memberi salam..then aku senyap..iyalah sebab perasaan aku berbelah bagi. aku cakap dalam hati.."aku pergi ahad pon boleh" . x lama kemudian, sedang berehat..tetiba kedengaran wasap , dari office mate aku...bertanya kabar berkenaan aktiviti yg aku sebutka tadi..so aku ON jerlah..aku beli roti (yg agak byk) & air botol besar..masukkan dalam bag..

Kemudian, masing-masing bergerak dari rumah dan berjupe di shell di berdekatan persiaran awana..kemudian parking di tepi jalan persiaran awana..berjalan kaki menuju ke apek hill trail..hari pon dah cerah, so bermula lah hiking kami...aku berdoa dalam hati semoga dipermudahkan.Lebih kurang beberapa minit..officemate aku tuh kelihatan sudah penat dan nafas pon pendek2..iyalah lama x bersenam..mcm aku sudah terbiasa disebabkan selalu training/berlari.aku berjaan perlahan begitu juga dengan officemate aku.Zon masih mendaki tetapi tidak terlalu curam untuk mendaki...tetapi officemate aku sudah kepenatan & mula bercakap cakap..mane mendatar, asyik menaik..maknanya dia dah penat😀

kemudian sapai di zon mendaki yang lebih curam..dan mendaki..office mat aku mula berckp2 dan penat sehingga kan perlu berehat terlebih dahulu..kemudian pendakian disambung lagi...dan berehat kemudian bersambung mendaki dan rehat.

Setelah sampai di suatu tempat yang rata ( dibawah pylon TNB) duduk di atas batang  konkrit..bercerita lah berkenaan diri beliau (officemate) bagaimana terlibat operation yg lepas lepas.Kemudian, officemate aku tuh muntah sebayak 3 kali , umpama air paip kuar mulut dan susuli beberapa siri batuk..aku mula cemas , apa yg merisaukan aku adalah jika sesak nafas jer..setelah melihat beliau semakin ok..aku decide nak turun semula dan tidak teruskan lagi

Aku Salah juga..

Aku pon satu, sebabkan beliau kurang training,aku ngajak beliau ke air terjun bukit saga tuh..aku sepatutnya meramal fitness beliau terlebih dahulu..apa-apa pon, aku nak ucapkn tahniah..kerana beliau berjaya memecah wall diri beliau yg mana wall itu adalah cubaa menghalang beliau untuk mencuba. Beliau perlu berlatih & mencari fitness terlebih dahulu..Mungkin pada aku, zon mendaki bukit apek trail mudah bagi aku..tetapi tidak bagi org lain..In sha Allah, Jika beliau hendak berjogging aku ke trail yang mudah..aku join..support kawan-kawan yang ingin aktiviti menyihatkan.




























No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...