Diriwayatkan dari Ibnu Abdil Barr di dalam Jami' Bayan al-Ilmi wa Fadlih sesungguhnya ulama' berkata;
"Belajarlah untuk berkata saya tidak tahu, sesungguhnya jika engkau berkata sedemikian, orang pasti mengajar engkau sehingga engkau tahu. Sebaliknya jika engkau sentiasa mengaku dengan berkata saya tahu, nescaya mereka akan bertanya sehingga engkau tidak tahu"

Friday 21 June 2013

Permata Hati -Wan Raees Ahmad



Assalamualaikum, Segala puji bagi Allah, Tuhan Sekelian Alam..
Aku bersyukur masih diberikan nikmat yang banyaknya tidak terhingga oleh Allah…semoga diri anda & saya dikalangan org yang bersyukur pada Allah SWT.

Sudah lama aku tidak update catatan bagi diriku…banyak perkara yang besar berlaku dalam hidup aku..antaranya kehadiran orang baru dalam rumahtangga kami iaitu Wan Raees Ahmad. Ketua yang terpuji itulah maknanya dan selamat dilahirkan pada 12 hb Mac 2013 iaitu bersamaan tarikh lahir aku sendiri iaitu 12 hb mac pada jam 9.56 mlm…Syukur aku pada Allah..berat baby Raees adalah 3.49kg. ..


  


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...