Diriwayatkan dari Ibnu Abdil Barr di dalam Jami' Bayan al-Ilmi wa Fadlih sesungguhnya ulama' berkata;
"Belajarlah untuk berkata saya tidak tahu, sesungguhnya jika engkau berkata sedemikian, orang pasti mengajar engkau sehingga engkau tahu. Sebaliknya jika engkau sentiasa mengaku dengan berkata saya tahu, nescaya mereka akan bertanya sehingga engkau tidak tahu"

Thursday 25 August 2011

Bertolak Pulang Ke Kampung Di 10 Mlm Terakhir Ramadhan...

Salam, 
Hari ini (25/08/2011) adalah terakhir aku berada di kuala lumpur disebabkan aku, Is3ku & ankku aliya akan bertolak pulang menuju kampung halaman...tempat asal lahir aku dan dibesarkan iaitu kelantan..berasa happy sebab nak berjumpe ngan mak ayah, adik2..lama rasanya tidak berjupe..ketika ini (3.11pm), cuaca di kuala lumpur mulai mendung, kelihatan sekumpulan awan hitam yang bersusun memayungi Kuala Lumpur..menunggu turunnya Rahmat Allah SWT pada makluk-Nya..aku menjadualkan masa aku bertolak pada pukul awal pagi jumaat...masa ini dipilih disebabkan aku mahu bersolat sunat terawikh bersama penduduk bandar tun hussien onn...dibuat berjemaah adalah lebih baik dibuat sorang2...
Iyerlah..mlm nie ke 27hb Ramadhan...kalu x silap pengiraan aku..aku lemah sikit bab kira2...kalu boleh aku nk hadir terwaikh berjemaah dlm 10 mlm terakhir ramadhan...amik peluang yg ader didepan mata..rugi..rugi..kalu x rebut..moga2 aku mendapat keredhaan-Nya dan menjadikan aku lebih bertakwa...bimbang juga pulang diwaktu ini, bimbang mata ini yg keletihan dan berkehendakkan  rehat....aku berdoa semoga mata aku diberi kekuatan dan kesegaran..aku memohon ngan Allah SWT.....

Tuesday 23 August 2011

Panggilan Hangit Hot FM - Kak Nor Catering & En. Hashim(FBI)

Salam...
Di awal pagi tadi..on the way ke opis..aku layan radio Hot FM....time tuh Deejay FBI memaklumkan panggilan hangit akan ke udara sebentar lagi...aku pon tingkatkan volume..aku nih memang suka gak ngan panggilan hangit nih...kata FBI, dia hangitkan seorang caterer..FBI yang berlakon sebagai Hashim yang aku fikir..seorang kaya raya..sbb nak buat  party di waktu tengahari dibulan ramdhan...sejurusnya jer perbualan berlangsung iaitu sesi dialog di antara FBI (hashim) & kak Nor (canterer yg dihangitkan)...Hashim memaklumkan hajatnya nak buat party dan disogokkan dengan bayaran yang mahal asalkan sanggup buat mkn2 untuk party..tapi iman Kak Nor tuh memang teguh dan kental kiranya...duit bukan keutamaannya, tetapi kak nor mahukan bisnessnyer itu terus berkekalan berterusan...wang bukan menjadi keutamaan tetapi  soal maruah agama di letakkan dihadapan..aku mula bimbang juga..kot kot Kak Nor sanggup...tetapi Kak Nor menolak..membuatkan aku gembira..inilah contoh org yang beriman menjalankan perniagaan..walaupun digoda wang ringgitdan bersubahat tetapi berpegang teguh ngan ajaran Allah SWT..
Aku nak ucapkan tahniah kepada Kak Nor mangsa panggilan hangit Hot FM..Saya mendoakan semoga perniagaan Catering Kak Nor terus berkembang dan maju......Semoga Akhlak Nabi SAW terus kita warisi dan cuba kita warisi...Amin..

Ya Allah, toolonglah daku, hamba yang lemah  dan banyak mekakukan kesalahan...

Sepuloh Malam Ramadhan...

Salam...saudaraku..
Pejam celik pejam celik...sudah 20 hari ramadhan telah berlalu..terasa lajunya masa bergerak...tinggallah 10 hari bakinya....Syukur pada Allah SWT, aku dapat bertemu ngan Ramadhan 1432..cuma aku tidak tahu..dapat aku bertemu ngan mlm laitul qadar...iaitu mlm turunya kitab suci Al-Quran...Dalam tempoh 10 mlm akhir ramadhan nih dah 1 setengah aku tinggal....mudah - mudahan aku berubah dalam tingkah laku dan pertuturan....aku ingin jadi graduan  ramadhan..terdapat beberapa halangan yg bakal aku tempuhi dan aku perlu handle..macamana cara..akan ku cuba lakukan dan akan ada beberapa perkara perbuatan atau kebiasaan aku perlu dikorbankan memandangkan datangnya ciptaan Allah SWT ini hanya sekali setahun..bimbang takut2 dah x jupe dah...

Nak Jadi Baik Memang Lambat

alt"Ustaz, saya dulu hafiz al-Quran. Dulu, solat ini memang saya tidak tinggal. Saya semakin hanyut dengan dunia. Sekarang, saya sudah tidak solat. Saya ingin berubah. Masih adakah sinar untuk saya?"
Ustaz N memandang telefon bimbit Masjid Kuning Kota Damansara. Bagus masjid ni. Ada segmen Tanyalah Ustaz. Sesiapa jemaah yang ingin bertanya, boleh menghantarkan SMS.
"Masih ada sinar" Ustaz N menjawab pendek.
Jemaah mengangguk. Kebanyakannya faham sifat al-Ghafur Allah. Jemaah di situ memang boleh letak belakang nama mereka dengan Ahmad atau Abu al-Damansari. Berlumba-lumba duduk di dalam taman-taman Syurga ilmu. Marvellous!
Ustaz N menyambung, "Kembalilah kepada Allah, nak. Allah menciptakan rahmat sebelum menciptakan murka. Pintu taubat terbuka luas. Sibukkan diri dengan kebaikan. Jika anda jatuh, maknanya, masa anda masih banyak yang belum diisi dengan kebaikan."

"SMS masuk, Pak" Telefon Bimbit Tanyalah Ustaz berbunyi lagi.
"Terima kasih, Ustaz. Macam mana nak jadi baik? Apa langkah pertama untuk saya berubah selepas bertaubat?"
Ustaz N tersenyum. "Pernah tidak dengar kisah Abu Hurairah r.a. bertanya kepada baginda Rasulullah s.a.w. tentang seorang yang solat tetapi masih mencuri?"
Jemaah terlopong. Sah, tak dapat nak recall. Ini yang pentingnya hadir di ceramah-ceramah dan kuliah. Dapat peringatan, dapat refresh ilmu, dapat kesedaran. Dapat macam-macam. Best!
Ustaz N menarik nafas dan berkata, "Abu Hurairah r.a. bertanya bagaimanakah orang yang sedemikian? Rasulullah menegaskan, solat orang itu lambat laun akan menyebabkan dia berhenti mencuri."
Jemaah mengiyakan. Mereka teringat firman Allah s.w.t bahawa solat akan mencegah perkara keji dan mungkar.
"Maksud baginda Rasulullah s.a.w. dengan memperbaiki dan meningkatkan mutu solat, dari segi rukun qauli (percakapan), rukun fi'li (perbuatan) dan rukun qalbi (rasa hati), lambat laun solat akan berjaya menjadi benteng kepada amalan keji dan mungkar."
Jemaah berpandangan sesama sendiri. Mereka tersenyum dan mengangguk.
"Kesimpulannya, nak jadi baik memang lambat. Nak membina memerlukan masa. Nak meruntuh sekelip mata. Teruskan bermujahadah untuk istiqamah. Tutup ruang-ruang untuk melakukan kemaksiatan. Isi kehidupan dengan kebaikan. Berkawan dengan kawan-kawan yang baik. Usaha dan terus usaha. Insya-Allah, Allah akan mengampunkan dosa-dosa kita."
Dalam jemaah itu, seorang anak muda tunduk. Matanya berkaca. Dia berbisik:
Ya Allah, dosaku menggunung tinggi, tapi rahmat-Mu melangit luas. Ampunkanlah dosaku. Sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat.

Thursday 18 August 2011

Aku dia saling bercakap, saling mendengar..... dan fikir..

Slm berbahagia...sekitar tenghari tadi..aku berbual pnjg dengan sorang pegawai pemegang sarjana...bermulanya dia (pegawai) membelek surat khabar dan mengeluh dengan keadaan semasa yang semakin menghimpit ekonomi kita..melihat kepada satu artikel tajuk khabar harga makanan global naik 33 peratus dan bermula sesi berceramah pon bukan, kira aku dan dia membebel lah,lebih kurang mcm tuh...masing masing memberi pendapat dan buah fikiran sudah tentu terdapat perselisihan pendapat kan, tapi kita hendaklah bertenang, suara pon nak kene jaga agar topik perbualan dapat dikawal. Dari ekonomi negara, dasar pertanian negara pon semacam melepaskan batuk di tangga  katanya..sambil menceritakan kejadian/peristiwa yng telah berlaku kepada saudarnya..yg mengikut skim pertanian tetapi sekerat jalan tanpa menyambung skim tersebut..menurut dia, saudaranya menanam lada..tanamannya berjalan lancar tetpi pihak kerajaan berhentikan skim tersebut...kemudian bercerita mengenai ketirirsan dan pembaziran wang rakyat...antaranya topik adalah pembinaan jambatan malaysia ke singapore yang dikira membazirkan duit rakyat apabila kontrak tersebut dihentikan berserta bayaran pampasan kepada kontraktor yg bernilai jutaan ringgit duit kita (duit rakyat).
Kemudian bersembang lagi kepada bab politik...aku menyatakan yang bahawa kita kene follow Al-Quran & Sunnah Nabi saw dan aku menyatakan kite perlu peminpin yang bersih..kata dia mcm ambiga, pemimpin BERSIH...lalu aku dan dia gelak yg agak terbahak-bahak...Lantas dia tanya aku, "agak agak ko,ader ke peminpim yang bersih" dan dia bagi jawapan..aku rasa xder kot...kalu TG Nik Aziz (TGNA) tuh aku percaya..lalu menceritakan bagaimana TGNA ader 2 pen iaitu satu pen untuk urusan peribadi dan satu lagi pen untuk urusan kerajaan...lalu dia berkata...oooo..iye ker...nampaknya dia baru tahu agaknya..akumasih bercerita mengenai kene kembali kepada Al -Quran dan sunah nabi...
Kemudian kami bersembang mengenai hal - hal murtad..dengan isu gereja di damansara yg dilihat di youtube...dan ader wanita melayu yg sudah murtad (mengaku dlm youtube katanya) dia berkata lagi...ape lah nasib anak - anak kita di masa hadapan..dan time tuh aku pon cakap" Back to Islam" dan dia bersetuju...bercerita lagi..bercampur dan bermacam2 topik..dan akhirnya dia bercerita kita undi aper, adalah perkara sulit...hahahhaha, terus kitaorang gelak...lpas jer gelak dan bersurai..jam pon dah pukul 2.20pm (kalu tak silap)...ish..ish..penat membebel td tearsa pulak tekak nih duk minta2 air....seronok juga apbila bersembang2....aku tak kata dia salah,aku  salah...masing2 pendapat...redha jer..

Monday 8 August 2011

Semangat Pemuda, Kebangkitan Pemuda..

Salam...
Semalam, aku mendengar santapan rohani..dipertengahan solat sunat terawih (bukan tawarih - versi upin & ipn) selepas 4 rakaat...tazkirah daripada seorang ustaz daripada dewan pemuda pas kalu x silap...takzkirah berkisar mengenai kitab suci Al-quran merupakan mukkjizat (aku dlm kerugian). Aku tidak mengenali beliau...slps solat isyak..beliau di minta ke saf hadapan oleh AJK Surau..pada pandangan aku, beliau berpakaian yang agak segak..mengenakan baju seperti kot & baju didalamnya dikancing/dibutang rapat ke leher..memang segak..suaranya yg boleh dikatakan berskala besar...tapi tidak memeritkan kedua telinga aku..setiap patah perkataan yg disampai,teratur dan cara penyampaian memang saya suka..bertenaga dengan memegang menghayun kitab Al-quran..kalau aku diatas mimbar...tak terbuat aku..sejauh mana penghayatan kita pada kitab Allah..sekadar membacanya dan untuk mendapat berkat..kata ustaz..memang ader keberkatan membaca kitab Allah..tetapi yang terbaik adalah, membaca, mendapat keberkatan, menghayati dan melaksanakan apa yang termaktub dlm kitab Allah. 
Kitab Allah dijadikan panduan seluruh umat manusia, setiap pemasalahan manusia terdapat di dalam panduan kitab Al-quran...dan sunnah Nabi saw mentafsirkan kitab Allah....dari sekecil-kecil permasalahan sehinggan permasalahan yang besar...ikut kitab Allah dan sunnah Nabi saw, COMFIRM selamat ,xder masalah..ustaz juga menyatakan juga bagaimana kite hari ni melihat pemimpin yang hilang panduan ,pedoman dan arah tujuannya..sehingga dunia hari berlaku bermcm penipuan, penyelewengan, kezaliman...diceritakan juga mengenai  peniaga restoren ynag menampal banyak ayat seribu dinar,kononnya sebagai ayat pelaris..ternyata salah...ayat seribu dinar yang dibaca adalah dimurahkan rezeki sekira kita patuh dengan ajaran Allah..baru lah Allah akan memberi rezeki kepada kita yang kita tidak tahu mana datang nya...bukannyer dengan sekadar menampalnya di dinding...ustaz juga menyatakan seperti org menjual air minuman, sekirnya kita memesan minuman fresh orange sebagai contoh..peniaga perlu menyiapkan minuman fresh orange tersebut tanpa mencampurkan air..kebiasaan jika kita memesan minuman fresh orange..tetapi perahannya dicampurkan air dan tidak merasakan fressh sebetul betul fresh..ini tidak boleh dalam islam..jika menjual fresh orange campur air, kene bagitau kepada pelanggan fresh orange campur air.. ini harganya, betul betul fresh tanpa campur air,... ini harga..baru lah betul..baru lah dikatakan ader keberkatan dalam berniaga...ustaz juga meceritakan dizaman sahabat nabi dimana dilarang sesorang itu yang berrniaga susu yang dicampur ngn air..setelah asyik mdengarnya...jam sudah pkul 10pm..beliau menyatakan terdapat majalah baru yang dikeluarkan oleh Dewan Pemuda Pas keluaran pertama yang berharga rm5.00..dan aku telah mendapatkannya..aku belum habis baca kesemua tajuknya..setelah dibelek2 majalah baru iaitu Tarbawi...rupanya gambar ustaz banyak di dalam,...ustaz bukan calang2..pemuda pas..patutlah bertenaga..pelapes pemimpin pas.... semoga Islam terus bersinar dan tegak berdiri di bumi Allah..
Sekian coretan aku...kepada saudaraku juga diriku, ambik peluang untuk menunaikan ibadat terawih...ia berada dibulan ramadhan sahaja..rebutlah..lawan & leburkan nafsu malas kita...

Cabaran Di Hari Ke-2 Ramadhan - Kes Cermin Kereta Pecah..Curi..

Salam..selamat berpuasa..
Selasa , 2 hb Ogos 2011...Dalam sekitar pukul 6.00 petang...cermin kereta aku dipecahkan oleh individu yg tidak bertanggungjawab...dah lah bulan ramadhan, dosa yg dilakukan mendapat di darabkan 2 kali..aku ketika itu parking berhampiran dengan Care Four Bandar Tun Hussien Onn,Cheras..aku, mywife & aliya ke carefour dahulu sebab nak memebli keperluan dapur..sesudah itu,aku ke bazar ramadhan membeli juadah berbuka.mywife pula ke kedai pakaian yg berhadapan dengan main entrance care four..hampir selesai mebeli, mywife call bgtau cermin belakang dipeachkan...aku jadi cemas..terus ke parking..melihat kete, pada fikiran cermin belakang yg besar tuh tetapi yg segitiga kecik pintu sisi kanan..bersyukur jugak lah...xder teruk sgt..tapi aku rase mcm tak bset je petang tuh...hambar..perut pon dah mcm x lapar..pahtuh drive balik umah utk berbuka and then aku call kwn2 aku..minta khidmat nasihat...nak kene wat report police ke tak....mlm tuh aku selotepkan dgn plastic sampah hitam...bimbang kalau2 ujan....
Rabu 3 hb Ogos 2011, aku call insuran ambank & menanyakan cara.prosedur nak claim cermin sbb aku insert cermin rm500.00..kemudian aku disuruh ke insurans ambank jln lumut..belakang grandseason hotel..kemudian aku ke bengkel panel...cermin kecik tuh murah...rugi kalu aku claim...so aku x claim dan aku baiki di setapak specialist glass auto di jln lama genting klang dgn harga rm60.00..picture cermin kete aku pecah masih berada dlm htc aku nih..nak tranfer pon, cable tranfers pon dah xder (dlm beg yg kene rembat).
sekian,coretan aku...

Monday 1 August 2011

Graduan Ramadhan....

Selamat menyambut Bulan Ramadhan ,Bulan Mulia, Bulan Penuh Keberkatan kepada saudaraku. 
Kita di uji untuk menjaga segala tindak tanduk kita...agar syaitan dapat kite rantai...kita perlu meyempitkan laluan nafsu kita...dengan berpuasa, dapat kita meyempit laluan nafsu...apabila kita membuka laluan nasfu sebesar besar seperti highway, maka mudahlah syaitan masuk kedalamnya. Kita perlu buat perut kita lapar dengan berpuasa...apabila kita menjaga perut (lapar) kita iaitu tidak dalam keadaan kenyangan..maka anggota badan yang lain akan sihat...mahu kah kita? menjaga satu anggota(perut) sahaja anggota lain rosak....dan kita lah yang merantai syaitan, kitalah yang menutup semua pintu neraka, kitalah yang membuka pintu syurga...
Di bulan Ramahan, ramai orang ke masjid/surau melakukan solat fardu & sunat serta melakukan ibadat yang lain2...sebaik sahaja mejelang bulan selepas ramadhan..orang ramai tidak lagi memenuhi masjid/surau dan menjadi lesu...apa kita mahu ialah Graduan Ramadhan..iaitu  seseorang itu masih meramaikan masijid/surau disamping amalan ibadat berterusan dari bulan ramadhan hingga bulan yang lain2..Bukan graduan ofxford, US,UITM,UTM sahaja kita mahu kan...tetapi Graduan Ramadhan..semua org boleh mejadi graduan tersebut...

" kepada kawan2/saudaraku dan aku,  rebutlah peluang beribadat di bulan mulia ini...kita semua dipilih Allah untuk bersama dan di beri peluang untuk bertaubat dan menambah amalan untuk bekalan ke Alam Kubur"

" JOM IBADAT "
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...