Diriwayatkan dari Ibnu Abdil Barr di dalam Jami' Bayan al-Ilmi wa Fadlih sesungguhnya ulama' berkata;
"Belajarlah untuk berkata saya tidak tahu, sesungguhnya jika engkau berkata sedemikian, orang pasti mengajar engkau sehingga engkau tahu. Sebaliknya jika engkau sentiasa mengaku dengan berkata saya tahu, nescaya mereka akan bertanya sehingga engkau tidak tahu"

Monday 26 August 2013

Takziah, aku ucapkan..



Assalamualaikum, Segala puji bagi Allah, Tuhan Sekelian Alam..
Aku bersyukur masih diberikan nikmat yang banyaknya tidak terhingga oleh Allah…semoga diri anda & saya dikalangan org yang bersyukur pada Allah SWT.

25 hb Ogos 2013 - Satu kejadian kemalangan di lebuhraya karak telah berlaku melibatkan orang yang  kenali, aku selalu berutus surat kepadanya dengan menaip u/p : Y.Bhg. Dato' Majura..aku mendapat berita mengenainya semasa aku sedang mengemas dan menjemur kain di rumah..apabila namanya di sebut , aku semacam tidak percaya, betul ke atau orang lain kot...wife aku mengesahkan namanya..Dato majura seorang yang baik, selalu tersenyum dan berpakaian kemas..hari terakhir bersua dengannya adalah ketika beliau menghadiri mesyuarat di pejabat aku pada bulan ramadhan yang lalu...membaca di media, kejadian itu berlaku pada jam 8.00 pagi,pada ketika itu aku berada di Sri Bulan Beach Resort di Port Dickson dan tengah plan mkn breakfast...


Takziah aku ucapkan kepada semua keluarga beliau, semoga roh arwah dato dicucuri rahmat oleh Allah swt..

Thursday 22 August 2013

Buletin Diri - turun ke paras rendah

Assalamualaikum, Segala puji bagi Allah, Tuhan Sekelian Alam..
Aku bersyukur masih diberikan nikmat yang banyaknya tidak terhingga oleh Allah…semoga diri anda & saya dikalangan org yang bersyukur pada Allah SWT.
 
TURUN KE PARAS RENDAH
21 hb Ogos 2013 - Semangat / Motivasi aku turun ke paras rendah. aku merasa sedih dengan diriku setelah hati sanubari membuat penilaian ke atas diri aku...entah mengapa, diri aku terasa terhina dengan kebolehan orang lain..sewaktu semua orang boleh menutur, diri ku sedih dengan suara yang bersambung-sambung tidak jelas..hanya mata & jariku sahaja dapat mengerakkan dan mendengar...kenapalah dengan aku nih, maybe kerana banyak lagi something yang belum aku selesaikan..dengan keadaan kesihatan aku yang kurang baik...jemaah pun aku tinggalkan sejak akhir-akhir nih...
 
mungkin betullah kata wife.. " abih tuh abg x buat hari-hari, cuba abg buat hari-hari mesti boleh, mari saya ajar abg " , aku pula diam sambil berfikir-fikir sambil terbaring dibucu tilam memandang siling konkrit bilik tidur.
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...