Assalamualaikum,
Segala puji bagi Allah, Tuhan Sekelian Alam..
Aku
bersyukur masih diberikan nikmat yang banyaknya tidak terhingga oleh
Allah…semoga diri anda & saya dikalangan org yang bersyukur pada Allah SWT.
TURUN KE PARAS RENDAH
21 hb Ogos 2013 - Semangat / Motivasi aku turun ke paras rendah. aku merasa sedih dengan diriku setelah hati sanubari membuat penilaian ke atas diri aku...entah mengapa, diri aku terasa terhina dengan kebolehan orang lain..sewaktu semua orang boleh menutur, diri ku sedih dengan suara yang bersambung-sambung tidak jelas..hanya mata & jariku sahaja dapat mengerakkan dan mendengar...kenapalah dengan aku nih, maybe kerana banyak lagi something yang belum aku selesaikan..dengan keadaan kesihatan aku yang kurang baik...jemaah pun aku tinggalkan sejak akhir-akhir nih...
mungkin betullah kata wife.. " abih tuh abg x buat hari-hari, cuba abg buat hari-hari mesti boleh, mari saya ajar abg " , aku pula diam sambil berfikir-fikir sambil terbaring dibucu tilam memandang siling konkrit bilik tidur.
No comments:
Post a Comment