Assalamualaikum,
Segala puji bagi Allah, Tuhan Sekelian Alam..
Aku
bersyukur masih diberikan nikmat yang banyaknya tidak terhingga oleh
Allah…semoga diri anda & saya dikalangan org yang bersyukur pada Allah SWT.
Tubuh badan adalah amanah yang perlu
dijaga & perlu dibuat latihan serta melakukan penyelenggaraan secara
berkala ke atasnya..ia merupakan salah satu Sunnah Nabi SAW iaitu menjaga kesihatan
& bersenam, jika diniatkan ibadat maka peroleh lah kita pahala
daripada-NYA..teringatkan akan video fattabouni yang meceritakan Nabi SAW
menpunyai badan yang kuat dan perut baginda Nabi SAW rata seperti dibahagian
belakang dan tidak boroi mcm aku nih.
Aku sekarang berazam untuk menjaga
kesihatan dengan membataskan pemakanan aku & melakukan exercise untuk
anggota tubuh badan. Wife aku ada membeli produk perlansingan badan HERBAL
LIFE..so aku tumpang produk wife aku. Sekarang aku merasa aku kurus sedikit
(perasaan aku lah) . aku belum timbang berat badan aku yang terdahulu dan berat
badan aku sekarang pon belum pasti tapi yang comfirm berat badan kurang
sedikit..kalau dahulu 62kG kalu tak
silap..aku & wife sekarang banyak mkn sayur & cuba kurang makan nasi
bukan tak mkn terus..nasi tak leh tinggal, makanan hak asasi Malaysia.
Semalam petang ahad (7 julai 213),
aku jogging at lake valley 2 round tanpa berjalan, apabila balik umah aku buat
seat-up (betul ke aku eja) . Hari nih (8 julai 2013) pon masih terasa di betis
& perut tetapi aku merasa macam badan aku ringan jer lagi bersemagat. Lusa
dah start puasa..kali kawan aku bercerita pasal planking exercise, lepas
berbual mengenainya, aku terus open internet & search planking exercise dan
aku jumpa picture ini yang mencerahkan gambaran mengenai planking…kata hai aku
“ oooo….macm tuh,takper..takper aku nak try “ please try this at home”- mcm
iklan WWE pulak..
steady
lah bro nih..
Semalam, sempat buat 2,3 kali buat planking kat umah...ok gak, terasa regangan pada bahgian otot bahu, betis & perut..
No comments:
Post a Comment