Diriwayatkan dari Ibnu Abdil Barr di dalam Jami' Bayan al-Ilmi wa Fadlih sesungguhnya ulama' berkata;
"Belajarlah untuk berkata saya tidak tahu, sesungguhnya jika engkau berkata sedemikian, orang pasti mengajar engkau sehingga engkau tahu. Sebaliknya jika engkau sentiasa mengaku dengan berkata saya tahu, nescaya mereka akan bertanya sehingga engkau tidak tahu"

Tuesday 30 September 2014

Cadangan Pertandingan Badminton & Aku....

Assalamualaikum, Segala puji bagi Allah, Tuhan Sekelian Alam..
Aku bersyukur masih diberikan nikmat yang banyaknya tidak terhingga oleh Allah…semoga diri anda & saya dikalangan org yang bersyukur pada Allah SWT.

lama sudah blog ini tidak ber update...kalu rumah atau gua..mungkin penuh sarang labah2..

Beberapa minggu yang lepas, satu pergerakkan sedang disusun di rangka di bincang di waktu awal pagi..mungkin pada ketika itu, waktu itu...kanak-kanak & dewasa sudah tido (ada orang tertentu yg blum tido lagi) dan saya salah seorang yang bermesyuarat untuk mengadakan satu pertandingan badminton di BTHO, Cheras...hehehhehehhehe..ingat pergerakkan apa lah...wat suspen jer..satu acara yang sihat akan dilaksanakan..

picture di atas, aku snap ketika discussion di Kedai Mamak Salam selepas bermain badminton

di bawah ini antara tujuan pertandingan di buat..kertas


1.0               OBJEKTIF
1.1               Memberi peluang kepada warga BTHO merasai pengalaman dalam Pertandingan Badminton
1.2               Membentuk warga yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi
1.3               Melatih warga untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dan menghargai kesihatan tubuh badan
1.4               Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai pertandingan yang disediakan
1.5               Melahirkan warga yang berpengetahuan dalam sukan badminton
1.6               Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri sendiri (acara beregu)
1.7               Melahirkan warga yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani, emosi dan sosial. 


Group kami selalu bermain badminton di Dewan Tun perak , Cheras - Dewan akademik badminton Lee Chong Wei  tujuaan asal group ini adalah untuk bersenam bagi menyihatkan badan. selain beramah mesra bergaul geng-geng senior di apartment rumah aku...biasa kami berlima iaitu abag jai, rusli, hashim , izu & saya...melihat keletah diorang - veteran (rusli atau hashim) & org muda (izu) yang selalu pertikaikan bola tangkis masuk atau keluar dari garisan...kadang2 buat aku ketawa...diorang nih sbenarnya dari satu negeri iaitu perak, cuma aku & abg jai sahaja yang berasal dari kelantan..kadang2 main bdminton boleh ckp sindir...aku tgk diorang nih panas hati..semasa beraksi..aku tgk jer wat tak tahu jer..kihkihkihkhihkih..tapi seronok bermain n beraksi pada setiap minggu pada setiap hari sabtu mlm ahad..

Kita tunggu cadangan pertandingan badminton BTHO Cup akan dilaksanakan, di jangka selepas Hari Raya Korban...aku pula terlantik jawatn bendahari disebabkan setiap minggu aku yang collect duit & simpan duit juga bola tangkis...rasanya fisrt time aku jadi bendahari...kemudian itu, buat acara peringkat komuniti BTHO pulak tuh...hihihi sahut cabaran..caiyokk caiyokkk..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...