Diriwayatkan dari Ibnu Abdil Barr di dalam Jami' Bayan al-Ilmi wa Fadlih sesungguhnya ulama' berkata;
"Belajarlah untuk berkata saya tidak tahu, sesungguhnya jika engkau berkata sedemikian, orang pasti mengajar engkau sehingga engkau tahu. Sebaliknya jika engkau sentiasa mengaku dengan berkata saya tahu, nescaya mereka akan bertanya sehingga engkau tidak tahu"

Wednesday 10 December 2014

CAPAM International Run 2014 - mengukur keupayaaan larian ku------- aku gembira

Assalamualaikum, Segala puji bagi Allah, Tuhan Sekelian Alam..
Aku bersyukur masih diberikan nikmat yang banyaknya tidak terhingga oleh Allah…semoga diri anda & saya dikalangan org yang bersyukur pada Allah SWT.....

19/10/2014 - aku pertama kali memasuki acara larian di putrajaya iaitu CAPAM international Run 2014 bertempat di Putrajaya..aku memasuki melalui MAKSAK dan medapat diskaun yuran peryertaan dan perlu membayar sebyk RM30.00 ( yuran biasa = RM50.00) bagi kategori E - Men 9.3 KM. Di awal pagi, mandi , solat terus bertolak daripada rumah tanpa sarapan...suasana sejuk mungkin disebabkan hujan di malam hari..agak laju jugak aku memandu mengejar bimbang terlepas larian aku...dah lah berbayar. Setelah siap memakai kasut dan memasang bid nombor pada baju..aku melangkah laju ke garisan permulaaan..

Alhamdulillah, belum bermula lagi larian tuh..so aku warm up lebih kurang...jalan anak sekitar situ sambil melihat gelagat aksi peserta...ada gaya mcm aku..ada gaya dah mcm perlumbaan sukan sea..hehehhe..ketika aku menunggu.. " aku kene minum sikit sesuatu yg manis" bisik hati aku..aku pon kuar dari kumpulan yang berlepas bila-bila masa...sbb lama tunggu..aku rasa lambat lagi kot..aku ambik keputusan untuk beli air minuman jus campuran carrot n buah-buahan...terasa sikit mcm nk ke toilet...so aku tunggu depan mobile toilet..eeee lambat pulak..tetiba hon larian berbunyi...aku pon batalkan hajat ke toilet tuh...terus lari ke garisan permulaan..kesemua peserta telah pon buat larian...aku pon masuk track dan lari...aku adalah org terakhir lari & keseorangan berlari mengejar kelompok di hadapan..yang sudah pon berlari ke hadapan..

aku terus lari memintas seorang demi seorang...tua, muda, pompuan, laki2...larian 9.3KM dicampur sekali kategori men veteren, women veteren, women & men..semasa berlari dan memintas seorang demi seorang...ada satu apek ( men veteran) memintas aku...aku sedikit tercabar..aku follow belakang apek..steady apek nih...lpas tuh aku pintas apek..aku tinggal kan apek...bila dah lama..aku mula penat...apek yg sama pintas aku..aku kejar..pintas apek semula...kemudian apek pintas aku balik...kali aku dah x larat...so apek tuh ke depan..aku kejar apek tuh yuh tapi x dpat lagi mengejar...bagi aku cukup dengan aku menamatkan larian aku dlm tempoh diberikan...ada juga pompuan yang hebak berlari..steady jer lari...dlm hati aku...aku bermula dari paling belakang..berlari mengejar , memintas ramai peserta yang lain..di kira boleh dibangga kan..

Larian belum bermula..nampak tak, lantai basah dan ada takungan air...suasana sejuk..

Peserta yang berkumpul untuk memulakan larian...pada saat ini aku kuar pergi beli jus carrot &  nak ke toilet...aku kuar sebab lama betul duk menunggu nak mula larian..
Setelah tamat larian, peserta diberikan medal & makanan serta air minuman,  fuhhh....memang penat, tetapi dapat merasa nikmatnya merehatkan menikmati air & merasai udara yang bertiup mengenai tubuh badan yang panas ketika itu..Alhamdulillah..
Aku merebahkan badan aku sambil menikmati nikmat yang diberi-Nya..melihat peserta lain yang turut berehat..
itu dia no. bid aku yang bertuah...tali reben kuning itu menunjukkan aku sudah melepasi separuh larian, kalu x silap...jika kita sampai ke penamat garisan, kita mesti ada tali reben kuning tuh..huhuhuuhu
 
 Bergaya sket..ngan medal..
 
 perut ponn....nak ke depan gak.. kata saya pd brother area situ.."bang boleh amik gambar saya tak"
 
 Sebahagian yang sudah tamatkan larian, masih ada yang belum tamat lariannya..yang penting , sampai dengan selamat..
 
 Antara pemenang..23 km..dasyat btul diorang lari...geng kulit hitam...diorang hebat berlari..
itu lah rekod bagi aku...LULUS!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...