Diriwayatkan dari Ibnu Abdil Barr di dalam Jami' Bayan al-Ilmi wa Fadlih sesungguhnya ulama' berkata;
"Belajarlah untuk berkata saya tidak tahu, sesungguhnya jika engkau berkata sedemikian, orang pasti mengajar engkau sehingga engkau tahu. Sebaliknya jika engkau sentiasa mengaku dengan berkata saya tahu, nescaya mereka akan bertanya sehingga engkau tidak tahu"

Tuesday 18 December 2012

Rumah d'tinggian Suasana BTHO,Cheras - Operasi Cuci / Bersih...suatu ketika dahulu..



Assalamualaikum, Segala puji bagi Allah, Tuhan Sekelian Alam..
Aku bersyukur masih diberikan nikmat yang banyaknya tidak terhingga oleh Allah…semoga diri anda & saya dikalangan org yang bersyukur pada Allah SWT...

untuk ingatan aku...ini antara perkara yang besar dalam hidup aku..iailah beli rumah ini, rumah yang aku diami sekarang..


Salam...

Ribuan terima kasih di atas pertolongan anak saudara wife/aku diucapkan terlebih dahulu.

5 hb Februari 2011
Anak saudara wife aku berada di KL..kehadirannya untuk membantu dalam mencuci dan mengecat umah, sambil menunggu result SPM kuar...mlm tuh anak suadara wife & aku gak..yg berkeje di JKR pon dtg bermalam dan besok pagi, slps breakfast..terus gerak ke umah BTHO,cheras....masuk umah jer..terus bukak paip air..air xder pulak..kata pakcik maintenance (pakcik burn) dah bukak tp air xder..sudah tergendala..slps call, dia dtg tengok..tp still xder air disebabkan ader satu lock lagi perlu dibukak atau rosak....selepas tuh dtg bos pakcik burn..baru settle..tp sementara tunggu , kitaorang basuh umah guna air tanpa melalui meter umah ( jimat sikit)..
Baru start jer keje membasuh/cuci..janda kat tingkat bwh dtg, kata air meleleh d dlm umah dier.ader 2 tempat satu di dapur dan beranda, lpas tuh pakcik burn pulak gi baiki n check di dapur dan 2 bilik air serta sapu gam..pahtu caj aku sebyk RM100..belum termasuk ngan kat beranda... Masa mula2 tgk beranda umah aku , pakcik burn kata nak kene bukak tiles sampai 5,6 keping tiles..bile aku tgk minggu depan, pakcik buat 2 setengah tiles jer..pahtu keliling bubuh simen water proofing, bayar RM200.00 terase mcm mahal.. .gambar ketika membuang barang2, angkat almari dan bermacam2 lagi tiada sbb terlupa bawak kamera..ini Antara gambar sebelum cuci umah sempat aku snap :

2 org anak saudara yg banyak membantu ( baju belang keje
kat JKR & seluar merah sdg tunggu result SPM)
Lantai kotor

tinggal tilam..almari semua dah dibuang
Ruang beranda yg kotor.

27 hb Februari 2011..
Aku n the geng ( termasuk isteri aku, aliya, 2 anak saudara ) kembali dlm operasi ini..Antara gambar aku snap selepas kering iaitu pada ari aku bayar pakcik burn RM200.00..masa tuh aku dtg nak samak umah ngan air tanah, cuci mcm biasa...tanah aku dapat dari kampung sbb adik aku balik kg..gambar time samak xder lupa bwk kamera lagi..

dah dicuci, pandangan ruang tamu dr pintu masuk umah
pandangan ruang tamu drp antara bilik air & bilik tido no.2

Pandangan ruang tamu drp. master bedroom
pandangan ruang dapur drp. antara bilik air & bilik tido no.2

dari dapur..pintu kiri no.1 ialah bilik air, pintu ke2 bilik tido no.3
dan pintu ke3 master bedroom dan pintu kanan
bilik tido no.2

pandangan bilik tido.3

selepas penat cuci umah, kami singgah di air tejun gabai..fuhh...dasyat gak jln nak gi sg. gabai..bayar parking 2.00..sejuk air...best..rilek kan diri..

next operasi cat adalah beli cat, mengecat pulak...

Pembelian Rumah D Tinggian Suasana, Bandar Tun Hussien Onn, Cheras, Selangor

 
Assalamualaikum, Segala puji bagi Allah, Tuhan Sekelian Alam..
Aku bersyukur masih diberikan nikmat yang banyaknya tidak terhingga oleh Allah…semoga diri anda & saya dikalangan org yang bersyukur pada Allah SWT.
suatu ketika dahulu...
Salam...
Ini adalah antara proses/perkara terbesar dalam hidup aku...selain kereta puluhan ribuan 9 tahun dan beli umah lak ratus ribu dan dlm jangkamasa 34 tahun...wooww...lamanyer..dan rezeki aku dapat umah tuh..status umah btho tuh lelong dalam web site mudah...dan agen adalah En. Nawawi merupakan seorang garuduan UM, staff RHB bank dan berasal drp kelantan..ini me 'easy' kan bercerita mengenai langkah2 utk membeli umah...

kete putih tuh!!.. kete aku..
Keluasan : 902 sqf
Lokasi : Bandar Tun Hussien Onn, Cheras.
Pemaju asal : UDA Holding Sdn Bhd.
Tahun dibina dan siap : 1996
Harga Asal : RM 96,000.00
Jenis : Kos Sederhana
Loan Bank BSN i-perumahan islamic : lulus RM 86,000.00
Ansurans : RM387.00 ( 2 tahun pertama),
RM470.00 ( 3- 5 tahun)
RM 507.00 (6 - 34 tahun) - flat rate
Julai 2010, aku n Wife aku pi tengok umah tuh ditemani oleh agen rumah ( En. Nawawi dan kawannya) dan rasanya mcm ok jer...sekolah dan shopping complex pon dekat..tingkat 3, letih gak kalu nak panjat tangga...hehehehe harap2 aku n wife kurus...lagi pon tasik Lake Valley pon dekat..boleh lah aku ber jogging..tak yah gi tasik titiwangsa mcm tempat aku tinggal skrng (pantai dlm).owner asal adalah berbangsa india..lg terdapat gambar2 yg membukti memang sah india..
Apartment ini amat kurang yg berbangsa india..maybe disebabkan depan apartment ader masjid/surau Al-Amin yg mana diadakan solat jumaat dan sangat aktif dr pemerhatian aku lah...so diorang pindah mcm tuh jer...bangsa cina pon ader..tp x ramai..boleh kata kawasan BTHO (bandar tun hussien onn) adalah kawasan melayu..
Ogos 2010, kami sediakan duit bank draf kepada Public bank Berhad sebanyak RM2,000.00 ( koyak duit simpanan beb) dan kemudian dapat surat tawaran drp public bank & menandatangani utk pembelian umah tersebut.Buat bank draf lagi ke public Bank, RM 8,000.00 ( lagi koyak terburai..beb) pahtu komisyen agen pulak RM2,000.00 lagi...perghh..
September 2010, hantar permohonan loan BSN kerana di syaki..hehehehh lebih murah dan lagi berbaloi berbanding bank lain...padahal ketika itu agen rumah kitaorang submit loan RHB dan lulus dlm seminggu jer...tp loan BSN nie..punyer lama..hampir sebulan.mcm2 nak..sampai aku kene sediakan mcm report mengenai rumah tuh siap gambar..
Oktober 2010, peguam BSN datang buat penilaian harga umah tuh...pada mula nak pinjam RM90,000.00 tapi x dapat lah...dapat loan RM86,000.00 last2 tambah lagi RM4,000.00
bagi pada lawyer BSN...aduhhh....fee laywer aku lagi n lawyer bank BSN...selokkkk kero...

ruang beranda menghadap ke taman permainan yg
nampak mcm dah uzur.

Ruang dapur yg penuh ngan barang2 tinggalan termasuklah
tong gas. kabinet kicthen dah ada...kira oklah.

lagi gambar bahagian dapur.

Ruang tamu yang kotor dan rumah ini kosong
lebih kurang selama 3 tahun.

Ruang bilik tidor utama.siap ader tilam tinggalan.

Bilik air di bilik tido utama..yg penuh habuk..

Bilik air di berhampiran bilik no.2, no3 dan
dapur pon kotor..
Pintu hadapan.

" kenapalah aku tak terpikir n terbukak minda nak beli umah dr mula2 start nikah tuh, baiklah beli umah kecik2...drp aku bayar umah sewa RM550 baik aku bayar RM 500++ untuk umah sendiri.."

Friday 16 November 2012

Bicara Hati Jiwa Aku..nak kan Hijrah



Assalamualaikum, Segala puji bagi Allah, Tuhan Sekelian Alam..
Aku bersyukur masih diberikan nikmat yang banyaknya tidak terhingga oleh Allah…semoga diri anda & saya dikalangan org yang bersyukur pada Allah SWT.
 Hamba kerdil memohon kasih sayang keredhaan-Mu

1 Muharam 1434 telah berlalu, syukur pada Yang Maha Esa, walaupun aku tidak membaca doa awal tahun….aku masih lemah, tapi permulaan tahun islam yang baru 1434, ketika laungan azan berkumandang, aku masih menjirus air memandikan anggota badan aku dengan air paip dan dalam hati aku, niatku adalah hendak menuju ke rumah Allah…berjalan menuju ke Surau yang tidak jauh dari rumah. Aku sempat solat sunat tahhiyatul masjid, manakala tidak sempat solat sunat rawatib sebelum solat maghrib…selesai berjemaah solat fardu maghrib, solat sunat selepas pula..duduk mendengar kuliah..isteriku pula mengaji quran di rumah…gembira aku melihatnya..

Teringat aku pada masa yang lampau, dahulu di awal tahun, aku tidak terburu – buru menuju ke surau atau masjid…bersahaja aku. Dahulu aku bukan budak yang jahat sangat, perkara haram seperti minum arak…tidak terjebak tetapi iman aku ketika itu, aku rasa macam ala kadar, tiada usaha bersungguh untuk meningkatkannya…bacaan berciri kan motivasi & keislaman tidak dijadikan hobi..air mata keinsafan mengalir kerana Allah swt, jauh sekali..begitu juga dengan lagu2 hiburan tidak bercirikan ketuhanan dan lagu pilihan ketika itu adalah lagu –lagu mat orang putih berentak R&B dan sebagai nya..

Kini, aku dapat rasa peningkatan iman aku berbanding dahulu, kini aku gemar melayari internet mencari bahan bacaan berunsur keislaman, peningkatan dalaman , melayan jiwa ku dengan hiburan yang lebih tenang,manakala liriknya pula kea rah mendekatkan aku pada Sang Pencipta Alam..aku merasa aku lebih tenang, semakin jelas hala tuju aku, menyukai para ulamak tersohor..seperti Tn Guru Nik Aziz, walaupun aku belum penah aku berjupe atau bercakap dengan beliau…Majlis –majlis  ilmu seperti tazkirah menjadi kesukaan aku…Aku lebih insaf berbanding tahun yang sudah- sudah….aku berharap kesedaran aku ,keperluan aku untuk lebih beriman tidak pudar, tidak berkurang…kerana aku telah sedikit merasai kelazatan iman…kekadang aku bersendirian, mengalirkan air mata dengan tiba –tiba, apabila aku melihat dengan mata sendiri, orang lain membuat kebaikan kepada individu lain…berita orang membuat kebaikan, melakukan perkara sunnah Nabi SAW dan hati ku berkata itulah kasih sayang Allah  swt….ketika kini aku sedang mengerakkan jari jemari aku, air mata aku memenuhi kelopak mata…Alhamdulillah, syukur pada MU….

Friday 2 November 2012

Tanda Yang Aku Masih Ada, Still Running & is not "no responding"



Assalamualaikum, Segala puji bagi Allah, Tuhan Sekelian Alam..
Aku bersyukur masih diberikan nikmat yang banyaknya tidak terhingga oleh Allah…semoga diri anda & saya dikalangan org yang bersyukur pada Allah SWT.

Rasanya, dah lama aku tak update blog…Cuma aku tak update sahaja..tetapi log in untuk membaca daripada info/rencana bacaan dari blog yang lain boleh dikatakan hampir 5 kali seminggu..Dalam bulan oktober ini aku berlaku satu peristiwa yang agak mengejut semua saudara kaum kerabat kerana berlaku pendarahan dalam kepala anak saudara aku & tidak sedarkan diri yang berlaku pada hari lahir ayahnya…peristiwa kemenangan pasukan kelantan ke atas pasukan ATM..peristiwa hari raya korban maybe yang aku ceritakan secara mudah ringkas nanti, IsyaAllah…..dalam seharian,  aku meng’update’ kan  jadual solat & jadual seharian, special jadual seharian aku ini, aku update kan nya dalam bahasa English maklumlah aku nih lemah kalu bahasa English..kalu bicara di alih bahasa ke English memang tak leh nak tangkap sepenuhnya… Quran pun nak kene belajar juga…mukjizat kan…rugilah kepada yang pandai mengaji tetapi tidak mahu mengaji...sampai sini sahaja coretan aku….next time aku postkan perkara – perkara yang aku boleh kongsi..kepada anda diluar sana..jika terdapat kemushykilan atau ada teguran pada  aku silakan…aku mengalu-alukan teguran anda…

Thursday 5 July 2012

Sungai Yang Tercantik Di Dunia...

Assalamualaikum,
Alhamdulillah....Segala puji bagi Allah SWT, aku masih dikurniakan nikmat-Nya....

 theufO : Subhanallah, cantik sungguh...bermacam - macam keindahan dapat kita lihat dan saksikan, itu pun kerana nikmat mata yang Allah swt berikan...

Cano Crystals (Caño Cristales) yang terletak di hutan simpan Serrania de La Macarena, Colombia diiktiraf sebagai sungai yang tercantik di dunia. Keunikkan sungai ini ialah air sungai ini akan berubah kepada 5 warna untuk satu tempoh antara musim hujan dan musim kemarau. Ia dikenali sebagai River of five colours.
Sebab utama warna air berubah ialah kerana sungai ini dipenuhi pelbagai alga tetapi air sungai ini tetap jernih. Untuk datang ke sini, anda perlu mahir menunggang kuda kerana ia satu-satunya jalan untuk kesini. Wah, hebat sekali kan ciptaan Allah S.W.T

 Fakta ringkas:
  • Cano Crystals terletak di hutan simpan Serrania de La Macarena, Colombia. Bagi yang tak tau Colombia tu di mana, ia merupakan negara jiran kepada Venezuela.
  • Biasanya, Cano Crystal adalah sama dgn kebanyakan sungai-sungai lain. Tetapi untuk satu tempoh di antara musim hujan dan musim kemarau, sungai ini akan dipenuhi dengan pelbagai alga yang merubah sungai ini kepada 5 warna.
  • Walaubagaimanapun, air sungai ini tetap jernih dan tidak berkeladak.
  • Jika anda berkeinginan untuk datang ke sini, anda harus datang pada waktu yang tepat iaitu di antara musim hujan dan musim kemarau sahaja.
 


 
 

 
 
 

 

Tuesday 26 June 2012

Jutaan Manusia Bersama Merakamkan Syukur Di Medan Tahrir..

Assalamualaikum,
Alhamdulillah....Segala puji bagi Allah SWT, aku masih dikurniakan nikmat-Nya....

Allah Akbar ! Allah Akbar ! Allah Akbar ! Syukur di atas Kemenangan Ir Dr Muhamad Mursi, daripada Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) Mesir yang merupakan sayap Ikhwan Muslimin...Semoga kemenangan beliau menjadi pendorong kepada seluruh umat islam di dunia  dan merasakan aura kekuatan kebangkitan Islam...sama - sama kita bangkit & tegakkan hukum islam di negara tercinta kita pula...Kemenangan beliau ( Ir Dr Muhamad Mursi ) bukanlah hanya kemenangan Parti FJP tetapi kemenangan umat islam dunia yang menentang keganasan, ketidakadilan pemimpin yang zalim...Aku berdoa semoga kekuatan umat islam , pemimpin islam, pejuang islam yang beriman dan bertakwa terus bertambah  dan akan menerajui dunia....
sujud syukur Dari Mesir ke Baitul Maqdis....! 
Sujud Syukur ribuan manusia, IsyaAllah...bakal terjadi juga di malaysia sujud syukur beramai - ramai...

Monday 25 June 2012

Kemenangan Ikhwanul Muslimin

Assalamualaikum, Alhamdulillah....Segala puji bagi Allah SWT, aku masih dikurniakan nikmat-Nya...Ucapan setinggi - tinggi tahniah kepada Pemimpin Ikhwanul Muslimin dan syukur pada Allah swt di atas kemenangannya...semoga parti islam di tanah air ku akan beroleh kemenangan dan yang pasti Islam pasti menang, adakah aku berkesempatan untuk melihat kemenangan di pihak Islam..
 
KEMENANGAN IKHWANUL MUSLIMIN 
MENGGUNAKAN TEKNOLOGI 1400TAHUN YANG LALU
Kita renungi bagaimana bermulanya perjuangan Ikhwan Muslimin yang diasaskan oleh Syeikh Hasan al-Banna di Mesir. Dalam keadaan ekonomi umat Islam pada masa itu yang amat menyedihkan, ditambah pula dengan kemiskinan yang merata, maksiat serta jenayah yang berleluasa, dan amalan Islam pula difokuskan kepada beberapa juzuk ibadah sedangkan tiada usaha yang serius untuk membebaskan umat Islam daripada gejala tersebut. Jika ada yang beramal dengan Islam sekalipun, mereka dilihat sebagai kelompok yang terpencil, dipandang rendah dan hina.

Tambahan pula, gerakan Kristian yang menular di kalangan umat Islam menjadikan Syeikh Hasan al-Banna mengambil peranan untuk melakukan perubahan besar dengan menubuhkan Ikhwan Muslimin. Tujuannya adalah untuk menyedarkan umat Islam yang tertanggal diri mereka semangat jihad, dikerumuni musuh Islam dan ditimpa penyakit wahn, iaitu cinta dunia dan takutkan kematian. Perubahan masyarakat dalam Ikhwan bermula dengan perubahan individu yang ditarbiah untuk mengembalikan kesedaran mereka  untuk berjihad, berusaha untuk melakukan perubahan positif dalam masyarakat.

Jika kita melihat antara prinsip perubahan yang diketengahkan oleh Ikhwan Muslimin ialah “As-Solah Qobla Al-Islah”, iaitu memperbaiki diri sebelum memperbaiki masyarakat. Mereka yang mampu memperbaiki dirinya, maka ia mampu melakukan Islah iaitu memperbaiki masyarakat di sekelilingnya. Untuk memperbaiki ummah kata Naib Mursyid Am Ikhwan Muslimin, Syeikh Jum’ah Amin, seseorang perlu menjadi abid dahulu, iaitu menghambakan diri kepada Allah subhanahu wataala dengan membanyakkan amal yang medekatkan diri dengan Allah subhanahu wataala.

“Jadilah kamu hamba (Allah) sebelum kamu menjadi pemimpin (ummah),” pesan Syeikh Jum’ah Amin.

Ikhwan Muslimin mengambil pendekatan tarbiah rabbaniyyah dengan cara mendidik ahlinya supaya rapat dengan Allah subhanahu wataala dengan membaca al-Quran satu juzuk sehari, istighfar 100 kali sehari, qiyamullail minimum dua rakaat, berzikir secara ma’tsur supaya lidah basah dengan mengingati dan mendekatkan diri kepada Allah subhanahu wataala. Mengambil kata-kata hikmah Saiyidina Abu Bakar radiallahuanhu kepada tentera Islam tentang rahsia kemenangan ke atas musuh iaitu “Sesungguhnya kamu tidak akan dapat kemenangan selagi mana kamu tidak dekat dengan Allah.”

Usaha-usaha yang pernah dilakukan oleh Syeikh Hassan Al-Banna dalam membangunkan masyarakat antaranya dengan mengkaji  cabaran, halangan dan masalah yang membelenggu ummah, mengkaji pengajaran sejarah Islam dan umat terdahulu dan mengkaji sejarah dan pengajaran gerakan kebangkitan di seluruh dunia. Al-Banna turut membahagikan masyarakat kepada empat golongan dengan pendekatan dakwah yang berbeza iaitu golongan yang percaya kepada kebenaran, golongan oportunis, golongan yang teragak-agak dan golongan yang menentang.

Kemenangan Presiden baru Mesir, Dr Mohammed Morsi yang mewakili Ikhwan Muslimin menjadi topik yang hangat di bicarakan seluruh dunia termasuk gerakan Islam di Malaysia. Kemenangan yang di peroleh Ikhwan Muslimin setelah 83 tahun memperjuangkannya perlu menjadi pencetus semangat buat seluruh gerakan Islam dunia yang lainnya.

Disebalik kemenangan Ikhwan Muslimin, kita melihat kemenangan itu bukan di raih hanya disebabkan kepakaran strategi politik semata-mata, tetapi pimpinan serta ahlinya sangat pemurah masanya dengan Allah subhanahu wataala dalam perjuangan mereka.  Melihat kepada anggota Majlis Parlimen Mesir sekarang terhimpun di dalamnya, lebih dari 140 orang hafal al-Quran. Lebih dari 100 orang hafal dan menguasai 10.000 hadis. Lebih dari 180 orang hafal separuh al-Quran. Lebih dari 170 orang bergelar doktor pakar dari pelbagai bidang dan disiplin ilmu. Lebih dari 50 orang tidak memiliki kereta peribadi. Lebih dari 350 orang adalah bekas tahanan politik berkisar 6-10 tahun penjara dan 4 orang wanita yang bertudung kemas.

Jadi, apakah kekuatan atau teknologi yang Ikhwan Muslimin gunakan? Coretan sejarah Salahudin al-Ayubi juga memilih mereka yang bangun malam sebagai barisan mujahidin paling hadapan untuk menggempur musuh? Ataupun sehingga Umar Abd Aziz berkata, “  Bagaimana mata ini dapat tertutup rapat dan tenteram sedangkan ia tak tahu di mana kelak ia akan kembali di antara dua tempat..” Teknologi ini telah wujud 1400 tahun yang lalu dan telah pun dibuktikan kemampuannya untuk menghasilkan superhuman yang mantap dari kaca mata Islam. Teknologi yang dimaksudkan ialah qiamullail.

Tahniah saya ucapkan di atas kemenangan calon Ikhwan Muslimin yang bertanding untuk Pilihanraya Presiden di Mesir . Semoga kemenangan Islam akan hadir di bumi Malaysia dengan kemenangan Parti Islam pada PRU-13 akan datang.

"Allah subhanahu wataala memberi rezeki kepada semua hambanya, tetapi Allah tidak memberi  agama  ini (untuk diperjuangkan) kepada sesiapa yang tidak dicintai-Nya."
 

Tuesday 19 June 2012

Lirik Lagu Ummi Oleh Ahmed Bukhatir - tersentuh hati jantungku..

 Assalamualaikum, 
Alhamdulillah....Segala puji bagi Allah SWT, aku masih dikurniakan nikmat-Nya....

" Ibu mendakap anda ketika kecil, adakah anda mendakapnya ketika tua nya "


Lirik lagu Ibu oleh Ahmed Bukhatir yang menyentuh hati ketika aku membaca lirik nya dalam kalbu hatiku bersama dendangan lagu oleh Ahmed Bukhatir, buka lah mata mu, buka lah mata hati mu...putarkan lah video diminda mu iaitu gambaran wajah ibu mu sewaktu melayan mu sewaktu masih kecil hingga usia hari ini...

Aku kembali pada wahai Ibu,                                                                   ]
Untuk ku cium kepala mu yang suci,                                                         ]
Ku sebarkan kerinduan ku,                                                                      ]   Chorus 1
Ku curahkan haruman ke tangan kanan mu,                                              ]
Ku basahkan kaki mu...dengan pipi ku ketika menemui mu,                      ]
Ku siram tanah dengan tangisan gembira ku ketika didakap oleh mu,         ]

Kau sanggup berjaga malam....agar aku dibuai mimpi,
Kau sanggup lupakan kepayahan....demi kesenangan dan kemanjaan aku,
Aku takkan melupai ketika aku sakit...tangisan mu bagaikan hujan,
Mata mu tidak lena....kerana risaukan aku,

Di pagi hari kita berpisah,
Pagi yang begitu mengusutkan,
Tak dapat nak diungkapkan....kesedihan mu ketika ditinggalkan,
Mustahil bagi mu melihat dada,                             
Kerana aku mendakapmu dengan dadaku,
Mustahil bagi mu melihat dada,                             
Kerana aku mendakapmu dengan dadaku, 

Chorus 1

Kebaikan mu wahai buah hatiku....Tuhan semesta mewasiatkan kepada ku,
Keredaan mu rahsia kejayaan ku,
Dan kecintaan mu menyubur keimanan ku,

Janganlah bersedih wahai Ibu ku,                                        ]
Aku kembali Wahai Ibu,                                                     ]
Dengan tangisan ku , jangan bersedih,                                 ]  Disusuli dengan Chorus 1
Wahai Ibu ku,                                                                    ]
Tiada lagi perpisahan sehingga mati memisahkan kita,          ]
Ibu !

theufO : Sayangi lah Ibu kita sewaktu Allah memberi peluang kepada kita untuk menyayangi dan berbakti  kepada ibu kita & kepada kaum hawa, bertuah nya kamu kerana bakal menjadi ibu atau sudah menjadi ibu...   


Friday 15 June 2012

Melihat Daratan Dari Atas - Tawau,Sabah.

Assalamualaikum, 
Alhamdulillah....Segala puji bagi Allah SWT, aku masih dikurniakan nikmat-Nya....




Permandangan tawau dari atas...seperti melihat goole map di PC, tapi kali real punyer....

Semakin tinggi , semakin mengecil..
 

wauuu!!!...indah bukan...permandangan ini hanya boleh kita lihat apabila kita berada
setinggi awan...itu pon sbb naik kapal terbang..jika tidak, sorry lah kalu nak 
tengok view mcm ni..Alhamdulillah...cantik..

Monday 11 June 2012

Pesan yang Datang Dari Hati

Assalamualaikum, 
Alhamdulillah....Segala puji bagi Allah SWT, aku masih dikurniakan nikmat-Nya....

Kebangsawanan merupakan anugerah  Allah untuk segelintir manusia. Tidak semua manusia dilahirkan dengan darah raja dan sultan. Islam mengiktiraf kedudukan dan kelebihan kaum bangsawan. Sebab itu kedudukan raja-raja sebelum dan selepas kedatangan Islam dikekalkan oleh Rasulullah SAW  setelah mereka menerima  Islam. Rasulullah SAW tidak diutuskan untuk menghapuskan golongan diraja, tetapi dalam masa yang sama baginda membawa firman Allah ini:
“Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah mereka yang bertaqwa”
Taqwa adalah darjat yang lebih tinggi daripada raja dan sultan, baik di dunia atau lebih-lebih lagi di akhirat. Namun apa yang menarik, kebangsawanan adalah satu nikmat yang boleh digunakan sebagai alat untuk mencapai darjat taqwa. Inilah kelebihan yang sepatutnya disedari dan mula digunakan oleh golongan bangsawan.
Sejarah Islam telah memaparkan dua jenis golongan bangsawan – yang menerima Islam dan yang memusuhi Islam. Mereka yang menerima Islam, terbukti telah menjadi peluang yang baik, dan bagi yang menentang, mereka menjadi musuh yang paling menyusahkan.
Sejarah kegemilangan Islam telah diharumkan oleh raja-raja berjiwa sufi seperti maharaja Najasyi, Umar Ibnu Aziz, Sultan Salehuddin Al Ayubi, Sultan Murad II, Sultan Muhammad Al Fateh, Maharaja Aurangzeb dan juga sultan-sultan di alam Melayu pada zaman pertengahan.
Namun sejarah juga telah memaparkan golongan bangsawan “Bersultan di mata, bertuhan di hati” seperti Firaun, Namrud dan raja-raja pada abad ke-20 seperti Al Malik Farouq di Mesir dan Reza Shah  di Iran.
Kebangsawanan, harta dan kuasa selalunya beriringan. Siapa raja dialah berkuasa. Namun hakikatnya, semua raja adalah hamba yang hina-dina di hadapan Allah SWT. Oleh itu, raja-raja yang bijak akan menggunakan nikmat itu untuk berbakti kepada Allah. Harta, kuasa dan pengaruh, semuanya dikorbankan untuk Allah. Mereka inilah yang menjadi raja di dunia dan ‘raja’ di akhirat. Sepanjang zaman rakyat berdoa agar raja-raja yang pernah berkuasa di dunia ini berjaya berbuat demikian.
Mengapa?
Sebabnya, raja-raja sangat terdedah kepada ujian dunia. Bukan mudah untuk membebaskan diri daripada tipuan dunia. Apalagi jika ia telah melimpah ruah di tangan. Dunia boleh jadi kepala segala kejahatan. Lebih mudah untuk tidak mencintai dunia semasa tidak ada, daripada ketika ia sudah berada dalam genggaman. Umar Al Khattab menangis ketika dibawa ke hadapannya mahkota maharaja Parsi, lantas berkata “Sesungguhnya aku takut perkara-perkara inilah (harta) yang akan menjauhkan kita dengan Allah.”
Menjadi orang miskin yang sabar adalah payah, namun menjadi orang kaya yang syukur jauh lebih payah. Ini disebabkan manusia sering lupa apabila diuji nikmat daripada diuji dengan bala. Walau bagaimanapun ini tidak bermakna sudah tidak ada jalan untuk raja-raja membebaskan diri daripada godaan dunia. Mereka boleh berbuat demikian dengan bantuan para ulama.
Ulama perlu menjadi penasihat kepada raja. Ertinya, ulama mestilah menjadi “the man behind the curtain” dalam mempengaruhi, mendidik dan menasihat raja-raja. Dan kadangkala ulama perlu memberi amaran dan peringatan kepada raja-raja untuk melaksanakan kehendak-kehendak Allah.
Raja mempunyai harta dan kuasa. Ulama mempunyai ilmu dan kekuatan rohani. Jika semua kekuatan ini digabungkan untuk Islam nescaya ia akan menjadi satu kuasa besar yang tiada tolok bandingnya.
Pada zaman kegemilangan Islam, raja-raja sering didampingi oleh ulama-ulama yang ikhlas. Masih basah dalam ingatan kita bagaimana indah dan menyentuhnya dialog-dialog keramat antara Sayidina Jaafar bin Abi Talib dengan Maharaja Najasyi. Dan masih terpahat kukuh dalam hati setiap orang mukmin bagaimana hebat dan berwibawanya surat-surat yang diutuskan oleh Rasulullah SAW kepada maharaja-maharaja dunia.
Ingatan, didikan dan tiupan angin kesadaran dalam surat-surat Rasulullah SAW dan kata-kata Jaafar At Tayyar itu tidak sedikitpun dicemari oleh kepentingan-kepentingan duniawi. Langkah-langkah inilah kemudiannya menjadi panduan dan ikutan ulama-ulamayang mengelilingi Umar Ibnu Aziz, Sultan dan Salehuuddin Al Ayubi, Muhammad Al Fateh dan Sultan-sultan Islam yang agung dalam sejarah. Di belakang mereka itu sentiasa ada ulama ul amilin!
Bagaimana ulama-ulama ini mendidik hati raja-raja berdarah bangsawan hingga jiwa mereka menjadi jiwa sufi meskipun darah mereka masih darah raja? Untuk itu marilah kita dengar apa kata Imam Auzai’ kepada Khalifah Al Mansur:
Wahai Amirul Mukminin, Rasulullah bersabda:
“Sesiapa sahaja di kalangan pemerintah, apabila mati dalam keadaan menipu rakyatnya, nescaya diharamkan syurga untuknya.”
Wahai Amirul Mukminun! Sesiapa yang benci kepada kebenaran, sesungguhnya ia benci kepada Allah. Kerana sesungguhnya Allah itu benar lagi membenarkan. Hendaklah tuanku tegakkan kebenaran dan keadilan ke atas rakyat. Tutuplah aurat (keaiban) mereka. Janganlah dikunci pintu rumah tuanku, atau mengadakan hijab (penghalang) di antara tuanku dengan mereka. Hendaklah tuanku bergembira dengan nikmat yang mereka terima, tetapi bersimpati dengan musibah yang menimpa meeka.

Wahai Amirul Mukminin! Urwah bin Ruwain berkata: “Pernah Rasulullah memiliki pelepah kurma yang digunakan untuk bersugi hingga menakutkan kaum munafik. Kemudian turunlah Jibril bertanya: Hai Muhammad! Apakah pelepah kurma ini engkau gunakan untuk menghancurkan atau menakutkan hati umatmu?”

Wahai Amirul Mukminin! Relakanlah dirimu dengan dirimu! Dan carilahh keamanan daripada Tuhanmu! Gemarlah kepada syurga yang luasnya langit dan bumi. Ingatlah sabda Rasulullah:
“Sesungguhnya panah yang dimiliki oleh ahli syurga itu lebih baik daripada dunia dan seisinya.”

Wahai Amirul Mukminin!  Sesungguhnya jika sesebuah kerajaan yang sebelummu itu kekal, nescaya ia tidak akan sampai kepadamu. Begitu jugalah, ia tidak akan kekal di tanganmu atau sesiapa sahaja.

Wahai Amirul Mukminin! Ingatlah kata-kata Umar Al Khattab: “Jika mati anak kambing di tepi sungai Furat (Iraq), nescaya aku takut akan dipertanggungjawabkan mengenainya di akhirat kelak!”
           
Maka bagaimana pula halnya dengan rakyatmu yang tidak beroleh keadilan daripadamu sedangkan ia sangat hampir denganmu?”
Peringatan seperti ini sebenarnya hanya berani disuarakan oleh ulama yang mempunyai kekuatan jiwa yang luar biasa dan bekerja kerana Allah. Dalam suratnya kepada khalifah itu, Imam Auzai’ menyambung:
Wahai Amirul Mukminin! Allah telah berfirman: “Hai Daud! Sesungguhnya Kami jadikan engkau khalifah di muka bumi. Sebab itu putuskanlah sesuatu perkara di antara rakyatmu dengan kebenaran. Janganlah engkau turuti kemahuan nafsumu, nanti engkau akan disesatkan dari jalan Allah.” – Shad:26

Wahai Amirul Mukminin! Rasulullah bersabda:
“Setiap pemerintah akan dibawa pada hari kiamat dengan tangannya dirantaikan ke leher. Ia hanya dapat dibuka oleh keadilannya. Ia diberhentikan di atas titian sirat di atas neraka yang akan bergerak dengan suatu gerakan yang akan menghilangkan seluruh anggota daripada badan…”

“Kemudian ia dikembalikan. Lalu dihitung amalannya. Kalau ia dahulu berbuat baik, nescaya ia lepas dengan kebaikannya. Kalau ia dahulu berbuat jahat, nescaya pecahlah titian itu, lalu ia terhumban ke dalam neraka tujuh puluh kharif (jarak masa setahun).”
           
Wahai Amirul Mukminin! Umar r.a. berkata: “Amir (pemerintah) itu ada empat jenis:
Amir yang kuat; yang dapat mengawal dirinya sendiri sahaja dan tidak pegawai-pegawainya. Ia berada di tepi jurang kebinasaan. Kecuali Allah menurunkan rahmat ke atasnya.
Amir yang dapat mencegah pegawai-pegawainya tapi membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu. Ia dalam keadaan yang membahayakan sebagaimana sabda Rasulullah: “Pengembala yang terjahat itu bahaya yang menghancurkan. Dia itu binasa sendiri.”
           
Dan Amir yang membiarkan dirinya dan pegawai-pegawainya menurut hawa nafsunya. Mereka kesemuanya akan binasa.”
           
Wahai Amirul Mukminin! Umar Al Khattab telah berdoa:
“Wahai Tuhanku. Sekiranya menurut ilmu-Mu, aku akan terpengaruh, apabila dua rakyatku dihadapkan kepadaku, kepada yang miring daripada kebenaran, baik yang dekat atau jauh, maka janganlah Engkau biarkan aku walaupun sekelip mata.”
           
Wahai Amirul Mukminin! Sesungguhnya yang paling berat ialah berdiri tegak untuk menegakkan kebenaran, kerana Allah. Yang paling mulia di sisi Allah ialah taqwa. Sesiapa yang mencari kemuliaan dengan mentaati Allah, nescaya ia akan diangkat dan dimuliakan oleh Allah. Sesiapa yang mencari kemuliaan dengan membuat maksiat kepada Allah, nescaya ia dihina dan direndahkan oleh Allah.

Itulah strategi ulama-ulama dahulu dalam mempengaruhi raja supaya institusi istana digunakan untuk agama. Cara yang sama telah digunakan oleh ulama-ulama sufi atau guru tareqat apabila mereka mula membawa agama Islam ke alam Melayu. Dengan jiwa yang penuh dengan kekuatan iman, fizikal yang tahan lasak dan pemikiran tahap tinggi, ulama-ulama sufi ini telah berjaya menembusi pintu istana raja-raja dan peribumi Melayu yang asalnya beragama Hindu.
Ini zaman kebangkitan Islam. Sudah sewajarnya golongan di raja muncul sekali lagi untuk mendaulatkan agama. Pilihan terletak sepenuhnya di tangan mereka; apakah mereka ingin mengikuti jejak Kisra Parsi yang menolak Islam ataupun mahu menjadi Najasyi yang tunduk kepada ajaran Islam?
Kebangkitan Islam bukanlah satu gelombang anti feudal yang memusuhi golongan bangsawan. Rasulullah SAW sendiri telah mengisytiharkan, barangsiapa yang memasuki rumah bangsawan Mekah, Abu Sufian, ketika peristiwa penaklukan Mekah (Futuh Mekah), orang itu dijamin keselamatannya.
Ini menunjukkan kemaraan Islam bukanlah satu revolusi yang menumpahkan darah raja sepertimana revolusi Perancis ataupun revolusi Rusia. Ia adalah satu ‘revolusi’ hati yang merubah manusia dengan kasih-sayang. Islam hanya memusuhi kebatilan dan kemungkaran, Islam tidak akan menghapuskan perbezaan-perbezaan fitrah yang sedia wujud dalam kehidupan manusia.
Namun sehingga saat ini, hubungan antara ulama-ulama sufi dan raja-raja masih jauh daripada tahap yang pernah berlaku dalam sejarah. Ini disebabkan ‘ulama-ulama’ yang mengelilingi raja-raja belum mampu menjadikan raja sebagai ‘murid’ mereka.
Kita masih kekurangan ulama yang mampu mencontohi Imam Malik, yang dengan berani berkata kepada Khalifah Harun Al Rashid:
“Jika Khalifah ingin belajar kitab Muwattuk daripadaku, hendaklah ia datang ke mari, bukan aku ke istananya. Ilmu itu didatangi, bukan mendatangi.”
Ulama mesti berdiri teguh sebagai tunggak peribadi yang berani menegur kesalahan pemerintah. Mereka bebas daripada belenggu cinta dunia hingga dengan itu tidak berasa takut ataupun segan berdepan dengan sultan ataupun raja. Inilah yang dimaksudkan oleh oleh ungkapan:“Alangkah baiknya seorang raja yang berada di pintu ulama, dan alangkah buruknya seorang ulama yang selalu berada di pintu para rajanya.”
Sejarah telah membuktikan ulama-ulama ul ‘amilin tidak pernah gentar berdepan dengan penyelewengan pemerintah. Mereka mewarisi sifat Nabi Musa ketika berdepan dengan Firaun, Nabi Ibrahim berdepan dengan Namrud dan Nabi Muhammad SAW ketika berdepan dengan bangsawan-bangsawan Quraisy. Ulama-ulama ini sedar, rakyat sangat dipengaruhi oleh raja-raja mereka.
Contohnya, pada zaman pemerintahan Khalifah Al Walid yang sukakan bangunan cantik, minat rakyat ketika itu pun kepada seni bina. Pada zaman Khalifah Sulaiman yang sukakan perempuan dan arak, minat dan perbualan rakyatnya pun berlegar sekitar perempuan dan arak. Namun, pada masa pemerintahan Khalifah Umar ibnu Aziz yang warak dan beramal soleh, tindakan rakyat jelata pun ikut ke arah amal soleh.
Atas dasar inilah ulama-ulama ul ‘amilin yang berjiwa sufi bekerja keras bagi mempengaruhi raja-raja untuk diarahkan kepada Islam. Ulama-ulama dahulu mempengaruhi, bukan dipengaruhi oleh raja-raja. Ini hanya mampu dilakukan oleh ulama yang bekerja kerana Allah, dan berkhidmat untuk manusia. Namun apabila dilihatnya raja-raja masih berdegil, ulama berjiwa sufi ini akan menjauhkan diri daripada raja-raja. Mereka tidak mahu menjadi tukang angguk kepada kemungkaran-kemungkaran yang dilakukan oleh golongan bangsawan.
Zaman keruntuhan Islam bermula apabila ulama-ulama suuk mengelilingi raja-raja, seperti Haman dan Qarun mengelilingi Firaun. Bangsa Tartar datang memusnahkanBaghdadketika ulama-ulamanya leka berbahas soal-soal khilafiah. Malah sampai satu ketika raja-raja dan rakyatBaghdadterlalu bersuka ria pada Hari Raya ditangguhkan sampai menjelang waktu Asar. Ke mana perginya ulama ul ‘amilin ketika itu? Mengapa kemungkaran rakyat dan rajanya tidak mendapatkan teguran dan peringatan?
Sabda Rasulullah SAW: “Ada dua golongan manusia, jika baik kedua-duanya, baiklah manusia dan apabila kedua-duanya rosak, rosaklah manusia, iaitu ulama dan para pemimpin.”
Golongan bangsawan mesti bangkit semula menyahut seruan kebangkitan Islam. Lupakah mereka bahawa Rasulullah SAW pernah memuliakan rumah Abu Sufian setaraf dengan Kaabah ketika penaklukan Mekah?
“Siapa yang masuk ke rumah Abu Sufian…selamat.” “Siapa yang masuk ke dalam Kaabah….selamat.”
Ini menunjukkan penguasa amat penting kedudukannya jika ia dijadikan institusi membersihkan hati dan pusat mendaulatkan Islam. Istana mulia kerana peribadi penghuninya (raja) yang berjiwa sufi, bukan kerana keindahan dan kemewahannya. Seorang raja yang memiliki jiwa tawaduk di dalam istananya adalah lebih mulia daripada seorang sufi yang beruzlah di dalam bilik suluknya. Sesungguhnya raja-raja seperti itulah yang mewarisi sifat Nabi Sulaiman, jasadnya dia atas tahta tetapi hatinya tunduk menyembah Allah.
Islam akan bangkit sekali lagi dengan munculnya pemimpin-pemimpin yang mewarisi sifat-sifat kepimpinan Rasulullah SAW, para sahabat dan raja-raja yang berjiwa Islam. Dunia ditadbir semula oleh individu yang tidak mencintainya. Keamanan dan kebahagiaan akan berkumandang apabila umat diperintah oleh orang seperti:
  • Umar Al Khattab, yang telah berkata: “Jika mati anak kambing di tepin sungai Furat, nescaya aku takut akan dipertanggungjawabkan mengenainya di akhirat kelak.”
  • Umar Abdul Aziz, yang berkata: “Jauhkanlah aku daripada jawatan khalifah seperti jauhnya timur dan barat. Sesungguhnya urusan ini telah menggulungkan bala di atas bahuku.”
  • Ali bin Abi Talib, yang berkata: “Wahai dunia, tipulah orang lain, jangan tipu aku.”
Raja-raja atau pemerintah seperti ini tidak akan wujud selagi tidak ada ulama seperti Nizam Al Muluk, yang telah berkata kepada Raja Malik Syah sewaktu bersiap sedia untuk menawan Konstantinopel:
“Saya telah menyediakan untuk tuan-tuan satu angkatan tentera yang disebut ‘tentera malam’. Apabila tentera bersenjata tidur, merekalah yang menjadi tentera tuanku. Mereka berdoa ke hadrat Allah dengan linangan air mata dan lidah yang terus-menerus berzikir kepada Allah…”
Kita sentiasa mengaminkan doa oleh para ulama untuk para umara di mimbar-mimbar  masjid menjelang  solat Jumaat – mohon hidayah dan petunjuk untuk mereka kerana mereka adalah tonggak kebaikan ummah. Baik ulama, baik umara, dan seterusnya baiklah ummah. Amin ya Allah. Amin.
Raja-raja  akan berjiwa sufi apabila ulama mencintai mati! Insya-Allah.
theufO :  i like...semoga akan ada & bertambah bangsawan/pemerintah yang mendaulatkan hukum Allah...
sumber : http://genta-rasa.com/2012/06/11/pesan-yang-datang-dari-hati/#more-2171
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...