Assalamualaikum,
Segala puji bagi Allah, Tuhan Sekelian Alam..
Aku
bersyukur masih diberikan nikmat yang banyaknya tidak terhingga oleh
Allah…semoga diri anda & saya dikalangan org yang bersyukur pada Allah SWT.
Hamba kerdil memohon kasih sayang keredhaan-Mu
1 Muharam 1434 telah berlalu, syukur pada Yang Maha Esa, walaupun aku tidak
membaca doa awal tahun….aku masih lemah, tapi permulaan tahun islam yang baru
1434, ketika laungan azan berkumandang, aku masih menjirus air memandikan
anggota badan aku dengan air paip dan dalam hati aku, niatku adalah hendak
menuju ke rumah Allah…berjalan menuju ke Surau yang tidak jauh dari rumah. Aku
sempat solat sunat tahhiyatul masjid, manakala tidak sempat solat sunat rawatib
sebelum solat maghrib…selesai berjemaah solat fardu maghrib, solat sunat
selepas pula..duduk mendengar kuliah..isteriku pula mengaji quran di
rumah…gembira aku melihatnya..
Teringat
aku pada masa yang lampau, dahulu di awal tahun, aku tidak terburu – buru
menuju ke surau atau masjid…bersahaja aku. Dahulu aku bukan budak yang jahat
sangat, perkara haram seperti minum arak…tidak terjebak tetapi iman aku ketika
itu, aku rasa macam ala kadar, tiada usaha bersungguh untuk
meningkatkannya…bacaan berciri kan
motivasi & keislaman tidak dijadikan hobi..air mata keinsafan mengalir kerana
Allah swt, jauh sekali..begitu juga dengan lagu2 hiburan tidak bercirikan
ketuhanan dan lagu pilihan ketika itu adalah lagu –lagu mat orang putih
berentak R&B dan sebagai nya..
Kini,
aku dapat rasa peningkatan iman aku berbanding dahulu, kini aku gemar melayari
internet mencari bahan bacaan berunsur keislaman, peningkatan dalaman , melayan
jiwa ku dengan hiburan yang lebih tenang,manakala liriknya pula kea rah
mendekatkan aku pada Sang Pencipta Alam..aku merasa aku lebih tenang, semakin
jelas hala tuju aku, menyukai para ulamak tersohor..seperti Tn Guru Nik Aziz,
walaupun aku belum penah aku berjupe atau bercakap dengan beliau…Majlis
–majlis ilmu seperti tazkirah menjadi
kesukaan aku…Aku lebih insaf berbanding tahun yang sudah- sudah….aku berharap
kesedaran aku ,keperluan aku untuk lebih beriman tidak pudar, tidak
berkurang…kerana aku telah sedikit merasai kelazatan iman…kekadang aku
bersendirian, mengalirkan air mata dengan tiba –tiba, apabila aku melihat
dengan mata sendiri, orang lain membuat kebaikan kepada individu lain…berita
orang membuat kebaikan, melakukan perkara sunnah Nabi SAW dan hati ku berkata
itulah kasih sayang Allah swt….ketika kini
aku sedang mengerakkan jari jemari aku, air mata aku memenuhi kelopak mata…Alhamdulillah,
syukur pada MU….
No comments:
Post a Comment