Diriwayatkan dari Ibnu Abdil Barr di dalam Jami' Bayan al-Ilmi wa Fadlih sesungguhnya ulama' berkata;
"Belajarlah untuk berkata saya tidak tahu, sesungguhnya jika engkau berkata sedemikian, orang pasti mengajar engkau sehingga engkau tahu. Sebaliknya jika engkau sentiasa mengaku dengan berkata saya tahu, nescaya mereka akan bertanya sehingga engkau tidak tahu"

Tuesday 9 July 2013

Planking Exercise - Please try this at home



Assalamualaikum, Segala puji bagi Allah, Tuhan Sekelian Alam..
Aku bersyukur masih diberikan nikmat yang banyaknya tidak terhingga oleh Allah…semoga diri anda & saya dikalangan org yang bersyukur pada Allah SWT.

Tubuh badan adalah amanah yang perlu dijaga & perlu dibuat latihan serta melakukan penyelenggaraan secara berkala ke atasnya..ia merupakan salah satu Sunnah Nabi SAW iaitu menjaga kesihatan & bersenam, jika diniatkan ibadat maka peroleh lah kita pahala daripada-NYA..teringatkan akan video fattabouni yang meceritakan Nabi SAW menpunyai badan yang kuat dan perut baginda Nabi SAW rata seperti dibahagian belakang dan tidak boroi mcm aku nih.

Aku sekarang berazam untuk menjaga kesihatan dengan membataskan pemakanan aku & melakukan exercise untuk anggota tubuh badan. Wife aku ada membeli produk perlansingan badan HERBAL LIFE..so aku tumpang produk wife aku. Sekarang aku merasa aku kurus sedikit (perasaan aku lah) . aku belum timbang berat badan aku yang terdahulu dan berat badan aku sekarang pon belum pasti tapi yang comfirm berat badan kurang sedikit..kalau  dahulu 62kG kalu tak silap..aku & wife sekarang banyak mkn sayur & cuba kurang makan nasi bukan tak mkn terus..nasi tak leh tinggal, makanan hak asasi Malaysia.
Semalam petang ahad (7 julai 213), aku jogging at lake valley 2 round tanpa berjalan, apabila balik umah aku buat seat-up (betul ke aku eja) . Hari nih (8 julai 2013) pon masih terasa di betis & perut tetapi aku merasa macam badan aku ringan jer lagi bersemagat. Lusa dah start puasa..kali kawan aku bercerita pasal planking exercise, lepas berbual mengenainya, aku terus open internet & search planking exercise dan aku jumpa picture ini yang mencerahkan gambaran mengenai planking…kata hai aku “ oooo….macm tuh,takper..takper aku nak try “ please try this at home”- mcm iklan WWE pulak..

 steady lah bro nih..

Semalam, sempat buat 2,3 kali buat planking kat umah...ok gak, terasa regangan pada bahgian otot bahu, betis & perut..

Monday 8 July 2013

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN



Assalamualaikum, Segala puji bagi Allah, Tuhan Sekelian Alam..
Aku bersyukur masih diberikan nikmat yang banyaknya tidak terhingga oleh Allah…semoga diri anda & saya dikalangan org yang bersyukur pada Allah SWT.

‘ SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN ’

Bersedia kah kita?
Suka kah kita dengan ketibaan bulan yang mulia ini?
Apa persiapan diri  kita untuk Ramadhan kali ini?
Bersemangat kah kita kali ini?
Adakah kita jenis yang menunggu & menanti bulan Ramadhan ini?
Adakah kita mepunyai AZAM & CITA-CITA untuk meningkat Ibadat di Bulan Ramadhan ini?


Atau kita sekadar biarkan ianya(Bulan Ramadhan) berlalu seperti bulan-bulan lain seolah-olah tiada nilai bagi kita..jika begitu AWAS, lekas berdoa mohon hidayah Allah SWT.

Sentiasalah kita semua memohon hidayah-Nya berterusan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...