Diriwayatkan dari Ibnu Abdil Barr di dalam Jami' Bayan al-Ilmi wa Fadlih sesungguhnya ulama' berkata;
"Belajarlah untuk berkata saya tidak tahu, sesungguhnya jika engkau berkata sedemikian, orang pasti mengajar engkau sehingga engkau tahu. Sebaliknya jika engkau sentiasa mengaku dengan berkata saya tahu, nescaya mereka akan bertanya sehingga engkau tidak tahu"

Thursday 5 January 2012

Hikmah Janggut Di Sebalik Sunnah Nabi Allah...Subhanallah...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Segala pujian bagi Allah SWT...
Alhamdulillah, Syukur...aku tertarik dengan artikel mengenai janggut..dalam sehari dua ini,termasuklah majalah al islam, kita disajikan info mengenainya..kelmarin janggut aku masih kelihatan lebat sedikit dengan warna hitam dan sedikit jambang di pipi ku.tapi hari ini janggut, jambang & misai sudah nipis..sudah aku trim (RM9.00) di Kedai Gunting Hadi berdekatan bandar tun hussien onn,cheras...rambut aku juga sudah pendek daripada sebelum ini yang agak tebal dan gerbang..wife aku pon cakap "dah boleh potong rambut tuh "...nyesal jugak pon ader sebab mcm nipis sangat janggut aku( bukannya cukur). teringat akan arwah datuk aku dulu seorang tabligh yang pada aku hebat jugak...mana tak nya berdakwah sampai uzbekistan..dashyat wooo..janggut nya putih sambil memakai baju putih macam org pakistan..sekarang arwah datuk sudah tiada..deruman motor beliau pon sudah tidak kedengaran lagi..rindu rasenya....walau pun arwah datuk aku nih jenis kurang bercakap..

Kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.


Unsur-unsur dan bentuk hormon testosteron

Dalam kata yang lain, janggut lelaki juga boleh meningkatkan tahap kegalakan pasangannya.

Bagaimana Caranya? 

Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum mempunyai anak kerana mengalami masalah kesuburan, mintalah suami menyimpan janggut, dan belailah selalu janggut suami.

Dr Jamnul Azhar (beliau selalu jugak menyampai 
takirah di surau berhampiran rumahku)

Kata Dr Jamnul Azhar, kajian itu beberapa kali diulang tayang oleh National Geographic.

Ini sekali gus menjadi bukti apa yang disarankan oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.

Hukum Memelihara Janggut

Berjanggut telah diperintahkan oleh Nabi Muhammad saw dan bukan persoalan yang interim. Terdapat banyak hadis sahih menyuruh memelihara janggut dan berulang kali pula melarang mencukurnya dengan larangan yang keras.

Berjanggut dan berjambang amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh para sahabat, para tabiin dan Salaf as-Soleh. Tidak sepatutnya individu yang mengaku dirinya beriman kepada Nabi Muhammad saw mengabaikan suruhan baginda yang diulang berkali-kali. Ingatlah, menentang suatu kewajiban yang ditetapkan oleh syara’ seperti memelihara janggut adalah suatu bentuk perbuatan yang membawa kepada fasiq.

Sikap tidak memperdulikan larangan Allah swt adalah perbuatan keji. Dianggap keji kerana meremehkan hukum-ahkam syara’. Perbuatan seperti ini adalah berdosa dan fasiq. Inilah hakikat yang berlaku kepada orang-orang Islam masa kini apabila diajukan persoalan hukum berjanggut.

Seseorang itu tidak dianggap beriman sebelum mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih dari mencintai dirinya sendiri dan ia sewajarnya komited dalam hal ini. Persoalannya, di manakah tanda pembuktian cinta seseorang jika tidak mentaati dan tidak merealisasikan seruan kekasihnya. Tidak benar pengakuan seseorang yang mengaku mencintai Allah dan Rasul-Nya jika hanya mementingkan hawa nafsunya tanpa membuktikannya dengan ketaatan walaupun ketaatan tersebut disangka perkara kecil.

Rasulullah saw telah menegah para sahabatnya daripada mencukur janggut dengan beberapa alasan. Baginda telah mengisyaratkan setiap lelaki beriman supaya memelihara janggut atau jambang mereka.
 
 sumber infO 1infO 2  , in&  infO 3 sila klik..
 
theufO : Dalam soal janggut ini, bagi yang ade janggut serta jambang, bagaimana?memilih untuk cukur atau menyimpannya? aku, dimuka terdapat jambang yang nipis dan janggut yang tidaklah lebat macam org pakistan..tetapi aku tidak pernah mencukur janggut atau misai...cuma jambang sahaja yang dicukur..aku memilih untuk menyimpannya seperti kita lihat dalam hadis kitab para ulamak terdahulu nabi SAW, nabi terdahulu & sahabatnya tidak mencukurnya dan menyimpannya serta larangannya..aku suka melihat orang mempunyai jambang  & janggut menampakkan kelakian ,kemachoannya dan tida perlu hisap rokok untuk nampka macho...Kita disuruh menyimpan janggut, rupa-rupanya ader hikmahnya..Subhanallah...hebatnya Allah..tak terjangkau di fikiran kita dan telah dibuktikan dalam kajian sains....hebat,Subhanallah....

Pada pandangan aku, kalau simpan jambang & janggut...masalah pondan atau gay dapat di atasi kot..pondan & gay, rasanya mana nak simpan jambang2 nih kan..nyelah yang pondan tuh kekurangan hormon lelaki akan bertambah dengan membiarkan rerambut dimuka tumbuh dan trim ia biar nampak kemas... "macho broo"

"Semoga hidayah yang diberi Allah SWT terus berkekalan dan tidak terputus atau terpadam"

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...