Diriwayatkan dari Ibnu Abdil Barr di dalam Jami' Bayan al-Ilmi wa Fadlih sesungguhnya ulama' berkata;
"Belajarlah untuk berkata saya tidak tahu, sesungguhnya jika engkau berkata sedemikian, orang pasti mengajar engkau sehingga engkau tahu. Sebaliknya jika engkau sentiasa mengaku dengan berkata saya tahu, nescaya mereka akan bertanya sehingga engkau tidak tahu"

Tuesday 31 January 2012

Jadilah Seperti Kedua Tangan Kita Bukan Seperti Kedua Telinga Kita..


Alhamdulillah, syukur aku pada Allah di atas nikmat-Nya…
Aku adalah hamba-Mu yang kerdil & lemah, berilah aku kekuatan…

Semalam (30/01/2012, Isnin ) aku mendengar iaitu santapan jiwa…yang dikabar,diberitahu, diceritai oleh seorang doctor berketurunan jawa daripada Indonesia…pada mulanya, semua orang semacam sedang menunggu dan tercari-cari, manakah ustaz doktor yang hendak berceramah…namanya pon bagi aku adalah asing…ust. Dr..ape tah..sorilah aku x leh nak main teka sebarangan…sayangnya ku tidak mencatatnya…sehinggakan kawan pada ust.dr itu memaklumkan pada pakcik bilal…barulah sesi ceramah dimulakan…oarngnya kecik tetapi suaranya bertenaga dan nyaring apabila beliau menceritakan sesuatu. Permulaan ceramahnya surah al imran ayat 102-103 dibacakan…aku tidak mendengar pun tajuk ceramahnya atau mungkin aku yang terleka..tetapi aku dapat meneka tajuk nya adalah mengenai berpegang pada tali Allah dan jemaah islam….ceramah dilanjutkan kepada pkul 9.00 mlm..orang mulai memenuhi surau untuk berjemaah solat isyak..apa yang menarik adalah kata – katanya…aku cuba tuliskan yang aku fahami..
Antara kata ust. Dr itu ;

Kita perlu bersatu dan tiada iri hati dengan berpegang tali Allah..walau di mana kita berada di dunia ini, Syahadah kita adalah sama, Akidah yang sama, jumlah rakaat solat kita juga sama…jangan kita bercerai berai disebabkan hal yang kecil..

Kita bersatu hendaklah seperti kedua tangan bukan seperti kedua telinga…
Jika kedua tangan, kita boleh menyentuhnya..bersatu..ditemukan..mengengam.. mengambil sesuatu….jika tangan kanan merasa gatal, tangan kirilah yang akan mengarunya  tanpa ada rasa boikot atau iri hati…begitulah sebaliknya…jika tangan kiri yang sakit,terluka..tangan kanan yang akan memegang ubat dan merawatnya…

Jika telinga, keduanya nampak sama berjalan ke sana ke mari….tetapi telinga itu tidak boleh ditemukan…jika satu telinga kanan dipakai kan anting2…telinga kiri juga merasa iri hati dan ingin memakai anting2.. ( sambil ceramahnya ditujukan kepada wanita ) begitulah perumpamaan beliau yang pada aku agak menarik….

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...