Diriwayatkan dari Ibnu Abdil Barr di dalam Jami' Bayan al-Ilmi wa Fadlih sesungguhnya ulama' berkata;
"Belajarlah untuk berkata saya tidak tahu, sesungguhnya jika engkau berkata sedemikian, orang pasti mengajar engkau sehingga engkau tahu. Sebaliknya jika engkau sentiasa mengaku dengan berkata saya tahu, nescaya mereka akan bertanya sehingga engkau tidak tahu"

Monday 16 May 2016

BROGA HILL, udara di puncak sana telah aku rasai

Assalamualaikum, Segala puji bagi Allah, Tuhan Sekelian Alam..
Aku bersyukur masih diberikan nikmat yang banyaknya tidak terhingga oleh Allah…semoga diri anda & saya dikalangan org yang bersyukur pada Allah SWT....
 
banyak aktiviti yang lakukan aku tidak update kan di dalam blog ini..hari nih terasa nak update nya....terdapat aktiviti yang tidak pernah aku lakukan..memang aku berkehendak untuk lakukan iaitu mendaki bukit , hiking kata org puteh..wat permulaan, aku mendaki bukit BROGA HILL..awal pagi ahad aku telah mendakinya..itu dengan bantuan seorang kawan sepermainan badminton, iaitu en.penyu..nama samaran dia kot..dia ade nama lain..dia nih kira hardcore..bab panjat bukit..org berbadan kecil sahaja..tersenyum ketawa org jer...happy go lucky org nya..aktif..skrng berkerja pemetik buah di Australia ( jauhkan) kerja ape pon takper..selagi empunya badan sanggup terima dan redha dengan ujian dalam perkerjaan itu dan yang penting HALAL..
 
track mendaki telah disediakan, caj parking kete & motor dikenakan, kalu dengan motor seringgit..tempat solat di atas sana tidak disediakan..cuma di kaki bukit terdapat toilet, surau..bayaran caj dikenakan..berhati-hati menuruni bukit kerana ia agak berbahaya jika dibandingkan semasa mendaki..kat kaki bukit terdapat penjual bekfess..kuih muih, air kepala pandan..kami sempat menikmati  air kelapa pandan yang bersaiz kecik yang berharga RM5 kalu tidak silap..kalu boleh bawalah air sendiri..lagi menjimatkan..
 
disini aku kongsikan berapa picture aku mendaki broga hill sebagai kenangan aku di masa hadapan jika blog aku nih masih wujud..pada kawan-kawan yang melihat pic sy upload..lihat view picture..bukan org-org kat dalam pic... (bersyukur nikmat mata melihat) bagi saya, yang pergi ke broga hill..nikmat mata melihat, nikmat merasai angin sejuk merempuh anggota badan..nikmat telinga mendengar kicauan burung-burung..
 
"nikmat mana lagi yang kamu hendak dustakan"

* ucapan jutaan terima kasih pada en. penyu, beryukur pada pada Allah swt kerana mengizinkannya
matahari yang baru meninggi, tetapi sunrise tidak dilihat disebabkan cuaca yang mendung dan banyak awan. sepatutnya view lagi cantik (maklumlah tipon cap murahan)

  ketinggian broga hill, aku berjaya takluk ( kihkihkih)
en penyu dengan gaya rock.hihiihi..tq en penyu sapai jugak aku kat broga hill, pi ngan moto dia lak tuh..area situ kami solat berbekal air sebotol, banyak tip tip daki bukit antaranya minum sedikit shj..cara penafasan nak kene jaga juga..time daki tuh gelap lagi.
 memang ramai org kat area sini menunggu sinar sunrise..harapan biar hidup kita bersinar dengan hidayah Allah swt.
 inilah kami , en penyu, kiri sekali, 3 org tuh kawan penyu yang hendak mendaki broga hill, aku menumpang jer..en penyu yang offer aku time main badminton mlm tuh.
kiri sekali, adalah jasad aku..en rusdi..hihiii

 ini ketika hendak pulang, aku mendaki berseorangan sehingga ke puncak broga hill..duduk atas batu
cantik view dia..udara segar, kicauan burung, anda hendak datang sini kene tepuh ujian..kepenatan, pergorbanan wang, tenaga, masa, rasa syok tido di waktu kala subuh...hasilnya nikmatnya Allah tak terhingga kita nikmati..cubalah cari tempat -tempat begini..semoga imam kita bertambah dan menghargai alam ini.
 antara ukiran di tanah yang mecuri perhatian aku..cantik kan..itu hasil mungkin laluan dipijak pijak org..dengan angin bertiup dipermukaan atas tanah terhasil lah begitu..hebatkan..bukan terjadi dengan sendiri tau..memang ia dibuat begitu oleh Pencipta-Nya


* terus mendaki , terjatuh..tersungkur, tergolek ke bawah..kepenatan, teruskan mendaki lagi..kerana di atas sana terdapat satu nikmat yang tidak terhingga..yang berbaloi dengan pergorbanan kita mendaki.

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. 2021 ford escape titanium hybrid - Tioga - Classic-Arts
    Titanium Arts is a fusion sugarboo extra long digital titanium styler of high-performance ultra-hot and advanced titanium 2014 ford fusion energi titanium gaming components. ford fusion hybrid titanium It is crafted with gold titanium alloy the goal titanium dab tool of

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...