Assalamualaikum,
Segala puji bagi Allah, Tuhan Sekelian Alam..
Aku
bersyukur masih diberikan nikmat yang banyaknya tidak terhingga oleh
Allah…semoga diri anda & saya dikalangan org yang bersyukur pada Allah SWT.
Salam sudah lama aku tidak update
blog ini…ermmmm (tarik nafas dalam-dalam). Raya tahun ini, aku beraya di BTHO,
Cheras. Ini kali ke-2 aku beraya di sini..sedih juga rasanya memikirkan mak
ayah, adik-adik di kampong wakaf bharu…Pagi raya, aku terlewat
bangun..sedar-sedar dah dah hamper pkul 7.00am..alamak solat subuh aku…wife aku
bercuti pulak..patutlah..rasa macam bukan di pagi raya jer..macam pagi sabtu
atau ahad..sunyi, boring pulak…gosok baju raya sendiri…kalu kat kampong, umah
aku, mesti wife siap kan..yerlah kene bagus lah sikit walaupun penat kat mertua
kan..
Butang baju melayu dari almari, aku
masukkan dalam poket baju melayu yang bercorak jalur ke bawah..sekali pandang
kat cermin macam pelik pun ader, xperlah pakai jer..aku jer kot yang Nampak pelik,
tapi pada pandangan org lain..jam 8.15am, aku sudah memulakan langkah menuju ke
surau al-amin..ketika masuk dan bersila di ruang hall,orang masih x
ramai..ketika itu melihat Jemaah yang lain-lain…terlintas di fikiran bagaimana
lah keadaan mak ayah, adik-adik di kampong,
kenalan terdekat mengenakan pakaian di pagi raya aidil adha..tapi tekanan
menyambut hari raya korban tidaklah kuat jika nak hendak dibandingkan dengan
tekanan hari raya aidil fitri…pengalaman tidak beraya aidilfitri di bersama mak
ayah belum pernah…
Selesai solat sunat aidil adha,
bersalaman dengan kawan-kawan apartment aku yang juga tidak pulang ke kampong
dan makan sedikit jamuan kesyukuran aidil adha yang di sponsor oleh qariah
& beberapa syarikat sekitar surau antaranya kedai runcit hussin, syarikat
membuat projek MRT dan lain-lain…melihat lembu yang akan dikorbankan teringat pula
pada lembu ayah yang dikorban..sayangnya tak dapat melihat lembu gemuk ayah aku
dikorbankan. Jam4.15pm, baru kami keluar ke rumah mertua anak saudara wife aku
di taman medan,PJ. Selepas magrib, kami ke I-city menaiki beberapa permainan di
atas permintaan my beautiful aliya..jam 9.30pm, kami ke rumah adik ipar aku di
batu 3 ,Shah Alam…11.30pm, pulang ke rumah di BTHO, jam 12.00am..sampai d
rumah..arghhh..mengantuknya mata aku…mandi & tiido…
PERANGAI BURUK MANA PULAK
YANG AKU NAK KORBANKAN NIH…
No comments:
Post a Comment