Diriwayatkan dari Ibnu Abdil Barr di dalam Jami' Bayan al-Ilmi wa Fadlih sesungguhnya ulama' berkata;
"Belajarlah untuk berkata saya tidak tahu, sesungguhnya jika engkau berkata sedemikian, orang pasti mengajar engkau sehingga engkau tahu. Sebaliknya jika engkau sentiasa mengaku dengan berkata saya tahu, nescaya mereka akan bertanya sehingga engkau tidak tahu"

Saturday 16 January 2021

Wea Sedy come back update this year 2021

 Assalamualaikum & Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian Alam...

Salam Sejahtera daku bersyukur masih diberikan nikmat yang banyaknya tidak terhingga oleh Allah SWT, semoga anda & diri saya dikalangan org yang bersyukur serta bukan dikalangan org-org yang sombong dengan Allah SWT

Lama sudah daku tidak mengemaskini blog daku, telah bermacam aku perkara berlaku dalam hidup daku…daku bersyukur dengan kurnia-Nya..walaupun mungkin daku memandangnya dengan ujian berat,penuh sesalan tetapi sebenarnya satu nikmat yang Allah sahaja yang ketahui..kekadang kita merasa kita tidak tertahan untuk hadapi, sedar sedar satu tempoh lama telah kita lalui & sedang kita lalui dengan bersama nikmat kelebihan yg Allah kurniakan..ya mungkin tidak ada pada org lain..kita masih merasa sedih tidak bahagia disebabkan kita tidak mecapai sesuatu yg kita inginkan..

Kini tahun 2021 ,kita Bersama lagi virus covid19..setahun telah berlalu bermula PKP 1.0 ( first PKP) pada Mac 2020..yg mana aku sempat balik ke kampung. Daku berada di wakaf bharu bersama keluarga dan terkandas di kampung tidak boleh ke KL. Ini pengalaman pertama bagi seluruh dunia hadapi covid19 yg bermula di Wuhan China pada akhir tahun 2019..sbb tuh Namanya covid19.

Kini daku mula update blog sebagai tempat daku menulis & menyatakan perasaan serta apa yang bermain difikiran daku..kini boleh dikatakan daku sebagai seorang runner walaupun perlahan ( banyak lg runner yg perlahan & baru bermula) tetapi hamper setahun aku berlari sebanyak 5km setiap kali aku berlari. Untuk tahun 2020, daku telah berlari melebihi 5km & sekitar 5km berjumlah 192 hari active berlari. Manakala active keseluruhan termasuk berlari 220 hari berbanding 365 hari ( hebat tak) hahahaha…bg daku hebatlah. Sebenarnya banyak perkara pengalaman daku hendak kongsikan walaupun yg membaca itu hanya diriku. Blog ini dijadikan wadah untuk daku menulis.

Daku mula mengemaskini blog kerna salah satunya..kerna daku memiliki sebuah lap top DELL yg dibeli berharga RM2200.00 secara hutang. Jika hendak membeli secara tunai, masih tidak mampu. Asbab laptop dibeli kerna WFH (Work from home) atau BDR (bekerja dari Rumah).

Rasanya cukuplah daku menulis coretan come back.

Sekian, drp wea sedy


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...