Assalamualaikum dan bersyukur aku pada Allah SWT kerana masih lagi merasai nikmat - nikmat yang dikurniakan-Nya.
Ari nih terbaca arkitikel mengenai 10 perkara tentang israel yang kita tidak tahu (sumber info) dan salah satunya ialah mengenai penggunaan habbatussauda (black cumin). Israel banyak mengunakan ia dalam setiap perubatan di negara mereka..dan khasiatnya kurang diceritakan dan khasiatnya ada diceritakan dalam sejarah perubatan cediakawan islam dan sabda Nabi SAW pun ader menceritakan perihal tumbuhan ini..di bawah merupakan ungkapan Nabi SAW :
Nabi
Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash
Shahihain ”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat
sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)”
(HR.Bukhari, Muslim)
Jarang kita dengar mengenai tumbuhan ini..dan bagaimana rupa pokok ini keseluruhan nya..dan aku sertakan rupa bunga habbatus sauda...pertama kali mendapat info mengenainya ialah seingat aku di zaman study polimas,jitra,kedah...seorang ustaz datang dan promote mengenai habbatus sauda iaitu biji biji halus berwarna hitam, kecik pulak tuh..di dalam botol...makan 7 biji sehari...aduh mcm leceh nya pada fikiran aku masa tuh...murah sahaja, kalu tidak silap RM10.00 dan aku membelinya..tetapi aku makan dalam tempoh yang sekejap..lepas tuh botol entah ke mana.. rasanya lain macam sikit..kadang2 aku terfikir macam something atau benda yg buat jalan tar baru..bau dia mcm tuh...tetapi masa tuh.aku masih tidak membaca dan masih tidak berilmu dan tidak menghargainya. Bagi kalangan org yang mengalami masalah kesihatan berpanjangan seperti gout..mereka akan cuba juga habbatus sauda...sekarang ini produk daripada habbatus sauda banyak di dalam pasaran..selepas bersolat jumaat di Masjid Wilayah, Jalan Duta..ader di jual meja turut juga menjual madu tualang syairtimur iaitu baraka kotak hijau dan maklumat ader dalam info nie.
Terdapat juga kopi habbatus sauda yang ready di minum, 3 in 1 dan berbagai lagi seiring dengan kemajuan teknologi pembuatan...aku juga ingin mencuba produk kopi tetapi kene cari produk kat pasaraya...teringat aku nasyid yang selalu kita dengar iaitu 5 perkara sebelum 5 perkara..salah satunya. Sihat sebelum sakit...hargai tubuh badan yang sihat, jangan kita rosakkan ia dan kita berusaha untuk menyihatkan kan badan kita...yang penting berusaha sihatkan badan..samada kita dapat penyakit atau tidak, itu urusan Allah SWT. Aku akan cuba makan dan ambil khasiat seperti yang di sarankan oleh sabda Nabi SAW dalam HR. Bukhari,Muslim...
Aku akan cuba, aku cuma berusaha menyihatkan tubuh badan yang dipinjamkan oleh Allah SWT, Allah jualah yang menentukan...segala makanan, ubat-ubatan adalah sebagai perantaraan sahaja...berserah lah kita Allah SWT...
lagi info mengenai kajian & khasiat habbatus sauda
No comments:
Post a Comment