Assalamualaikum,
Segala puji bagi Allah, Tuhan Sekelian Alam..
Aku
bersyukur masih diberikan nikmat yang banyaknya tidak terhingga oleh
Allah…semoga diri anda & saya dikalangan org yang bersyukur pada Allah SWT.
Dalam minggu
ini, aku sering mendengar lagu rabbani & berulang – ulang kali…rasa seronok
juga..dapatlah merasai sedikit sebanyak rasa keinsafan buat aku yang lalai melalui liriknya yang sangat – sangat baik pada aku lah, terkenang
pula pada arwah penyanyi utama kumpulannya…yang meninggalkan kita semasa beliau sedang
dalam persiapan program tv kalu tak silap…semoga roh beliau dicucuri rahmat…sedekah kan al fatihah untuk
beliau yang menghasilkan lagu/nasyid dakwah yang mendekatkan kita pada Allah melalui
liriknya dan hati kita mungkin tersentuh, tersedar kerana rahmat kasih sayang Allah berikan
pada kita…
Rabbani - Cahaya
Indah Bintang Di Langit
Sejahteralah Bumi
Sejahteralah Bumi
Nur Kasih Yang Terpancar
Kebesaran CiptaMu
Di Sini Ku Temui
CahayaMu Ilahi
Membuka Pintu Hati
Ke Jalan Kebenaran
CahayaMu penuh kemuliaan
Kebesaran CiptaMu
Di Sini Ku Temui
CahayaMu Ilahi
Membuka Pintu Hati
Ke Jalan Kebenaran
CahayaMu penuh kemuliaan
CahayaMu Penuh Kasih Dan Sayang
Memimpin Kami Menjulang Panji
Berbalas Senyum Dalam Redha
Mengajar Ertinya Ketaqwaan
Mengajar Ertinya Ketabahan
Memutih Hati Yang Kian Rawan
Penawar Jiwa Yang Melara
Biarpun Mata Terpejam
Kasih Tetap Di Hati
Terukir Peribadi
Segirang Matahari
Memancar Hati Sanubariku.. Ber..se...ri
Menerangi
Tak Terputus Khalimah
Sekilasnya Cahaya
Segalanya Kudratku
DariMu.. Ya Allah
Memberi Jalan Yang Diredhai..O...leh..Mu...
Penyuluh Di Malam Hari
Memimpin Kami Menjulang Panji
Berbalas Senyum Dalam Redha
Mengajar Ertinya Ketaqwaan
Mengajar Ertinya Ketabahan
Memutih Hati Yang Kian Rawan
Penawar Jiwa Yang Melara
Biarpun Mata Terpejam
Kasih Tetap Di Hati
Terukir Peribadi
Segirang Matahari
Memancar Hati Sanubariku.. Ber..se...ri
Menerangi
Tak Terputus Khalimah
Sekilasnya Cahaya
Segalanya Kudratku
DariMu.. Ya Allah
Memberi Jalan Yang Diredhai..O...leh..Mu...
Penyuluh Di Malam Hari
Cahaya... cahaya... cahaya...
No comments:
Post a Comment