Assalamualaikum,
Segala puji bagi Allah, Tuhan Sekelian Alam..
Aku
bersyukur masih diberikan nikmat yang banyaknya tidak terhingga oleh
Allah…semoga diri anda & saya dikalangan org yang bersyukur pada Allah SWT.
"Hidup ini menjadi sempit dan semakin sempit kerana kamu menjalani
hidup ini untuk meraih perhatian dan redha manusia di sekeliling kamu. Apa yang
kamu ingin lakukan, kamu ukur dengan reda manusia atau kebencian mereka. Ia
membuatkan kamu menjalani sebuah kehidupan yang penuh dengan pendustaan" (Syeikh Ibn
Atoillah As-Sakandari)
- ketika aku membaca artikel dalam
http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/5091-dunia-yang-hilang.html , memang
benarlah apa yang diperkatakan...kebanyakkan manusia di zaman sekarang
sebenarnya mengambil pakai keredhaan manusia iaitu dengan kesukaan &
pujian-pujian manusia..mereka akan buat sesuatu untuk dipersembahkan kepada
manusia lain dengan niat untuk mendapat pujian & kesukaan mereka, jika
mereka tidak disukai dan dicemuh maka mereka tidak akan melakukannya
walaupun ianya disukai & disuruh Allah swt..kekadang mereka berkorban masa
mahupun harta untuk memiliki sesuatu untuk medapat kata - kata manis, kata
-kata menyedapkan hati juga nafsu...untuk menampakkan kehebatannya. Tetapi hati serta
jiwa mereka itu merasa seronok & rasa hebat apabila mereka berada
dikalangan orang ramai, kawan2...untuk dipamerkan keindahan pada mata orang
lain...tapi sebenarnya sewaktu mereka bersendirian ,keseorangan,hati serta jiwa mereka akan
merasa kosong dan derita.. tanpa pujian orang...moga - moga aku & anda sentiasa
berasa dalam keadaan sedar & tidak lalai bahawa hidup dunia ini adalah
sementara sahaja...
No comments:
Post a Comment