Diriwayatkan dari Ibnu Abdil Barr di dalam Jami' Bayan al-Ilmi wa Fadlih sesungguhnya ulama' berkata;
"Belajarlah untuk berkata saya tidak tahu, sesungguhnya jika engkau berkata sedemikian, orang pasti mengajar engkau sehingga engkau tahu. Sebaliknya jika engkau sentiasa mengaku dengan berkata saya tahu, nescaya mereka akan bertanya sehingga engkau tidak tahu"

Tuesday, 30 September 2014

Cadangan Pertandingan Badminton & Aku....

Assalamualaikum, Segala puji bagi Allah, Tuhan Sekelian Alam..
Aku bersyukur masih diberikan nikmat yang banyaknya tidak terhingga oleh Allah…semoga diri anda & saya dikalangan org yang bersyukur pada Allah SWT.

lama sudah blog ini tidak ber update...kalu rumah atau gua..mungkin penuh sarang labah2..

Beberapa minggu yang lepas, satu pergerakkan sedang disusun di rangka di bincang di waktu awal pagi..mungkin pada ketika itu, waktu itu...kanak-kanak & dewasa sudah tido (ada orang tertentu yg blum tido lagi) dan saya salah seorang yang bermesyuarat untuk mengadakan satu pertandingan badminton di BTHO, Cheras...hehehhehehhehe..ingat pergerakkan apa lah...wat suspen jer..satu acara yang sihat akan dilaksanakan..

picture di atas, aku snap ketika discussion di Kedai Mamak Salam selepas bermain badminton

di bawah ini antara tujuan pertandingan di buat..kertas


1.0               OBJEKTIF
1.1               Memberi peluang kepada warga BTHO merasai pengalaman dalam Pertandingan Badminton
1.2               Membentuk warga yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi
1.3               Melatih warga untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dan menghargai kesihatan tubuh badan
1.4               Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai pertandingan yang disediakan
1.5               Melahirkan warga yang berpengetahuan dalam sukan badminton
1.6               Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri sendiri (acara beregu)
1.7               Melahirkan warga yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani, emosi dan sosial. 


Group kami selalu bermain badminton di Dewan Tun perak , Cheras - Dewan akademik badminton Lee Chong Wei  tujuaan asal group ini adalah untuk bersenam bagi menyihatkan badan. selain beramah mesra bergaul geng-geng senior di apartment rumah aku...biasa kami berlima iaitu abag jai, rusli, hashim , izu & saya...melihat keletah diorang - veteran (rusli atau hashim) & org muda (izu) yang selalu pertikaikan bola tangkis masuk atau keluar dari garisan...kadang2 buat aku ketawa...diorang nih sbenarnya dari satu negeri iaitu perak, cuma aku & abg jai sahaja yang berasal dari kelantan..kadang2 main bdminton boleh ckp sindir...aku tgk diorang nih panas hati..semasa beraksi..aku tgk jer wat tak tahu jer..kihkihkihkhihkih..tapi seronok bermain n beraksi pada setiap minggu pada setiap hari sabtu mlm ahad..

Kita tunggu cadangan pertandingan badminton BTHO Cup akan dilaksanakan, di jangka selepas Hari Raya Korban...aku pula terlantik jawatn bendahari disebabkan setiap minggu aku yang collect duit & simpan duit juga bola tangkis...rasanya fisrt time aku jadi bendahari...kemudian itu, buat acara peringkat komuniti BTHO pulak tuh...hihihi sahut cabaran..caiyokk caiyokkk..

Wednesday, 11 June 2014

Meredah Lautan Perairan Kemaman, Terengganu - Nikmatnya Melihata Lautan Terbentang Luas..

Assalamualaikum, Segala puji bagi Allah, Tuhan Sekelian Alam..
Aku bersyukur masih diberikan nikmat yang banyaknya tidak terhingga oleh Allah…semoga diri anda & saya dikalangan org yang bersyukur pada Allah SWT.


Sudah lama blog tida di update, rase-rase dah byk sawang dalam blog. d sini aku nk bercerita mengenai peristiwa yang telah aku lalui..pada weekend ( 3/5/2014 & 4/5/2014) yang lalu.. aku telah di pelawa / dijemput oleh En. Hashim..jiran di apartment aku tinggal...pada mulanya tarikh di tetapkan utk memacing/candat sotong pada 24/5/2014. Kemudian tarikh tersebut dibatalkan dan di anjak ke 3/5/2014 lebih awal...aku memaklumkan pada wife..pada jumaat mlm (2/5/2014) , aku & en hashim bertolak dengan menaiki van kepunyaannya......cuaca mlm tuh mmg baik, memandang ke langit melihat bintang bulan. Stop di petronas pam station isi tekanan pada roda getah agar tekanan roda getar berada pada paras yang betul. En hashim tergesa-gesa ke dalam kedai mesra petronas berhajat cash out from CIMB ATM machine, tp Out of Service..kemudian bergerak & park di depan Zoo negara sambil menunggu kawan yang lain..bebrapa minit muncullah & di bawa ke suatu aparment di mana terdapat 2 org pemancing sedang menunggu kami. Setelah muatan di masuk ke dalam van en. hashim..baru bertolak...
On the way, stop at R&R Termeloh..berehat pekena kopi & nasi lauk ikan bawal...setelah itu bertolak lah ke kemaman. setiba gi petronas kg geliga pada jam lebih kurang 5.00 pg. 
 
Sblm subuh , kami masuk Masjid Kg Geliga. berehat dan buang toksik pepejal dlm badan..tidak lama kemudian, azan subuh berkumandang.. 
 
kami solat berjemaah dulu, kemudian ke Kg Ebok iaitu kg salah sorang kaki pancing yang follow sekali nanti...berehat, mandi, breakfast...sblm ke jeti , kami singgah di kedai pancing bagi melengkapkan keperluan alatan pancing..aku beli 2 tanduk & perambut besi. Kemudian beli air minuman untuk semasa mengail nanti...on the way ke jeti kemaman, stop sekejap di petronas bagi mengeluarkan duit untuk tambang nanti.
di jeti persendirian, duit hulur pada abg Nan salah seorang kwn en hashim..yg macam dilah yag jadi leader tp x berapa nak leader lah..
 

dijeti inilah, duit dikumpul RM 180.00 per head & kesemua peserta pemancing seramai 10 orang. Harga sewa boat tersebut adalah RM1800.00 dengan teko pak hashim namanya..menurut kata en. hashim agak ramai juga kalau 10 orang kerana posisi untuk melabuhkan joran agak sukar dan sempit dan akan banyak berlaku tali sangkut di antara satu sama lain dan aku mengakui nya berdasarkan pengalaman trip joran kali ini.


Boat yang ader tirai hitam di sebelah belakang..itulah bot kelas A kepunyaan teko pak hashim..





2 batang joran aku yang aku bawa bersama, tetapi mesin daiwa berwarna hitam bertali berwarna kuning adalah milik Shoufi, rakan sekerja aku di pejabat...terpaksa pinjam sbb aku ada satu machine sahaja ( Olivio 6000 shimano -klang punyer ) dan batang joran warna biru yang baru di beli.
En. Hashim gigih menguruskan beg perkakasan alatan mancing - sedang tengok dan wat kira-kira nak pakai perambut besi menggunakan kaedah trolling, mane tau kot-kot dapat tenggiri seperti trip joran sebelum ini, dimana en hashim berjaya menaikkan seekor tenggiri.

Gambar belakang sekeping getah berwarna hitam..itulah toilet nya..cangkung kat situ...dan buang jatuh ke bawah dlm laut..hehehhehehe..perjalanan mengambil masa yang lama ke tempat sasaran di tengah lautan memburu ikan bayan berumpan kan ketam nipah yang agak mahal. kalau tidak silap umpan ketam nipah sahaja mencecah RM100.00 untuk 2 kilo...tetapi hanya seekor bayam sahaja di daratkan..yang lain berputih mata dengan arus laut yang laju dan ikan bayam kurang agresif makan di waktu petang..menurut pemancing lain, sepatutnya waktu pagi adalah waktu yang paling baik bukannya petang.

Memadangkan petang tadi tempat sasaran ikan bayam tidak menjadi dan hambar...terpaksa bergerak menghampiri pantai untuk mecandat sotomg...itu pon mengambil masa yang lama dan merugikan..ketika lpas magrib berlabuh di satu lokasi yang tekong jer yang tahu mendakwa dis tu banyak sotong telah didaratkan...aku memasang alatan mencadat sotong..hayun punya hayun..sotong xder mkn pon..aikk mcm pelik..biasa org cakap candat sotong nih meriah & byk....sambil menunggu sotong memakan umpan tiruan..terdetik dalam hati..." mana lagi boat yang candat sama..biasa banyak boat candat sotong siap dengan lampu limpat, spot light utk tarik sotong..ini tidak, boat kami sorang-sorang tengah laut gelap gelita....dlm hati aku, ini bukan port sotong nih...tapi xper..teruskan candat..nk wat camner...
best candat sotong..tp x rancak seperti angan-angan aku..

Hasil candat sotong..


Ikan yu..hasil pancingan aku yang pertama, dengan umpan sotong yang fresh tuh..aku labuh joran..dan sempat aku bermain tarik tali dgn ikan yu ini..tetapi sebelum ikan yu di naikkan, ader peristiwa beradu tenaga dengan ikan aruan tasek...sama juga umpan sekor sotong segar yang di candat...biasa org tangkap dan lepas...tetapi aku tidak, x sempat tangkap tapi dan release, lepas...maknanya ikan terlepas..kihkihkihkih..cerita sikit pasal pergelutan aku dengan aruan tasek...semasa tuh aku sedang nak buat perambut besi yang baru, tetiba tali dari mesin olivio 6000 aku kuar  sambil berdesik bunyi...aku buka ikatan pada joran pon amik masa...kemudian start tarik menarik...tarik punyer kuat dlm keadaan berdegup-degup jantung..tidak lama kemudian, ikan aruan tasek tuh tuh muncul meronda-ronda bawah boat...2 kali kalu tidak silap ikan tuh ronda, tp bile aku tengok ikan aruan tasek tuh besar, terus kaki aku mengigil.. aku tarik lg..dah macm tarik batu..lpas tuh terus ringan..semua tali kawan pemacing yang lain bersimpul menjadi seketul...tekong lah ngan abg nan yang mneghuraikan semua tali pancing bagi 9 org yang lain..menurut diorang memang ikan aruan tasek kalu dah mkn umpan akan pusing boat...sepatutnya semua joran kene angkat..tp nk wat camner..jam 3.00 pagi lebih sume org tido.

view matahari pagi muncul sangat mengasyikan , mendamaikan, megagumkan..indah sungguh cipta Allah swt..ini antara kenapa aku suka ke lautan lepas melihat kebesaran-Nya. antara nikmatnya adalah makan nasi atas boat memang best, terbaik...berselera betul..


Jam sekitar 9.30 hingga 10.30 pagi..aku berjaya medaratkan ikan kaci..berumpan kan hirisan ikan..memang best, terbaik bagi diriku..rekod terbaru aku...1.6kg di lautan kemaman...4/5/2013-Ikan Kaci -1.6 Kg
 
ini rekod terdahulu, 30/1/2011-ikan tanda-lebih kurang 500gram di perairan perlabuhan klang.

turut bergaya, en. hashim


ini hasil sotong yang dicandat..


ikan bayam, tersengih jer.tengok gigi dia...


ikan bayam, ikan kaci , ikan yu dan ikan lain-lain..tapi ikan yang agak bersaiz besar hanya 3 ekor.

Menghampiri tenghari, boat bergerak pulang ke jeti..setelah sampai alatan pancing di naikkan, selesai perpindahan hasil tangkapan, lain-lain barang...kami mandi di jeti,  salin pakaian..bergerak ke kedaia makan...wahh lapar n dahaga nya...aku mejamah ikan gulai ikan sembilang & air kopi ais serta ais  kosong  yang berharga RM10.50...on the way balik singgah kedai keropok CT..beli keropok untuk Org tersayangg...
























































Tuesday, 31 December 2013

Selamat Tahun Baru 2014


 


Assalamualaikum, Segala puji bagi Allah, Tuhan Sekelian Alam..
Aku bersyukur masih diberikan nikmat yang banyaknya tidak terhingga oleh Allah…semoga diri anda & saya dikalangan org yang bersyukur pada Allah SWT.


Selamat tahun baru 2014 aku ucapkan pada semua, semoga ditahun yang baru , azam baru dengan semangat baru ini...kita berusaha gigih bagi mencapai matlamat dan azam yang telah kita rancang...aku masih belum merangka perkara yang dilakukan..tetapi yang pasti sudah 'something' yang sudah lama plan ada dalam kepala....antaranya yang pasti berazam mengukuhkan hubungan aku dengan Sang Pencipta Alam...

sebenarnya perkara / kejadian yang telah berlaku dalam suku tahun 2013 yang aku akan cerita pada tahun 2014. aku pun sudah lama tidak update blog aku nih...sebenarnya banyak perkara hendak ditulis..tetapi masa  n mungkin sikap aku yang menyebabkan blog sunyi dan usang tidak bertaip/ berisi...

Wednesday, 16 October 2013

SELAMAT MEYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA 2013 – Rumah sendiri



Assalamualaikum, Segala puji bagi Allah, Tuhan Sekelian Alam..
Aku bersyukur masih diberikan nikmat yang banyaknya tidak terhingga oleh Allah…semoga diri anda & saya dikalangan org yang bersyukur pada Allah SWT.

Salam sudah lama aku tidak update blog ini…ermmmm (tarik nafas dalam-dalam). Raya tahun ini, aku beraya di BTHO, Cheras. Ini kali ke-2 aku beraya di sini..sedih juga rasanya memikirkan mak ayah, adik-adik di kampong wakaf bharu…Pagi raya, aku terlewat bangun..sedar-sedar dah dah hamper pkul 7.00am..alamak solat subuh aku…wife aku bercuti pulak..patutlah..rasa macam bukan di pagi raya jer..macam pagi sabtu atau ahad..sunyi, boring pulak…gosok baju raya sendiri…kalu kat kampong, umah aku, mesti wife siap kan..yerlah kene bagus lah sikit walaupun penat kat mertua kan..

Butang baju melayu dari almari, aku masukkan dalam poket baju melayu yang bercorak jalur ke bawah..sekali pandang kat cermin macam pelik pun ader, xperlah pakai jer..aku jer kot yang Nampak pelik, tapi pada pandangan org lain..jam 8.15am, aku sudah memulakan langkah menuju ke surau al-amin..ketika masuk dan bersila di ruang hall,orang masih x ramai..ketika itu melihat Jemaah yang lain-lain…terlintas di fikiran bagaimana lah keadaan  mak ayah, adik-adik di kampong, kenalan terdekat mengenakan pakaian di pagi raya aidil adha..tapi tekanan menyambut hari raya korban tidaklah kuat jika nak hendak dibandingkan dengan tekanan hari raya aidil fitri…pengalaman tidak beraya aidilfitri di bersama mak ayah belum pernah…

Selesai solat sunat aidil adha, bersalaman dengan kawan-kawan apartment aku yang juga tidak pulang ke kampong dan makan sedikit jamuan kesyukuran aidil adha yang di sponsor oleh qariah & beberapa syarikat sekitar surau antaranya kedai runcit hussin, syarikat membuat projek MRT dan lain-lain…melihat lembu yang akan dikorbankan teringat pula pada lembu ayah yang dikorban..sayangnya tak dapat melihat lembu gemuk ayah aku dikorbankan. Jam4.15pm, baru kami keluar ke rumah mertua anak saudara wife aku di taman medan,PJ. Selepas magrib, kami ke I-city menaiki beberapa permainan di atas permintaan my beautiful aliya..jam 9.30pm, kami ke rumah adik ipar aku di batu 3 ,Shah Alam…11.30pm, pulang ke rumah di BTHO, jam 12.00am..sampai d rumah..arghhh..mengantuknya mata aku…mandi & tiido…

PERANGAI BURUK MANA PULAK YANG AKU NAK KORBANKAN NIH…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...