Assalamualaikum,
Alhamdulillah....Segala puji bagi Allah SWT, aku masih dikurniakan nikmat-Nya....
Lama aku tak update blog mengenai diri aku.... actually banyak perkara/ujian berlaku pada bulan kelahiran aku iaitu Mac....tapi kali aku nak tayang gambar sikit, gambar pada bulan end of february...aku outstation ke tawau sabah pada 21 - 23/02/2012 bersama bos yg dah kawen ( bukan bigboss ) untuk membuat lawatan audit projek di Tawau...happy bercampur sedih sebab tinggalkan wife juga aliya yang ketika itu baru nak kene demam campak..gembiranya aku ke sana sebab ade trip ke Pulau Sipadan yang dikatakan syurga diving....free pulak tuh, memang rezeki aku..first time aku ke projek tawau terus dapat pegi pulau...mane tak seronok..memang hobi aku melihat tempat - tempat indah...melihat kebesaran Allah SWT...
Selamat sampai di airport, terus buat lawatan tapak projek ngan bos aku....keesokkan adalah antara hari bersejarah bagi aku...dapat pi Pulau Sipadan...kalu trip nak gi pulau sipadan memang mahal..tak mampu aku rasa...tapi keindahannya memang memukau..bukan setakat batu karang, ikan - ikan, permandangan laut cetek..bah kan awek mat saleh, mat jepun...pun banyak duk diving..kohkhokooh...masa tuh aku dan rakan sekerja yang lain2..menaiki bot yang special..yang mungkin tidak dinaiki orang awam.. destinasi pertama, Pulau Mabul - Pulau Sipadan - Pulau Kepalai....
Kami makan di Restoren Pulau Kepalai, manakala pulau Sipadan hanya untuk diving sahaja dan tidak boleh menginap di situ..pulau sipadan nih terdapat pos tentera yang sentiasa berkawal...ingat tak masa Geng Abu Sayyaf menyerang dan menculik Warga Malaysia..itulah tempatnya. Dengan boat 2 biji setiap satu berkuasa 250 kuasa kuda..memang mantap dan laju...tapi aku rasa diorang pandu boat tuh bukan semaksima lg....itu pon dah cukup laju..boat memintas lanun kata kan..Disini aku sajikan beberapa gambar yang aku sempat snap...diorang (rakan sekerja aku) lagi lah kamera diorang..power..power...
Pulau Mabul
mula - mula sampai di Pulau Mabul.
Boat sudah hampir berhenti
Boat dah parking
memang cantik, terpukau dek batu karang yang cantikk, air nyer cetek
rasa macan nak terjun jer.
ikan kecik bersempah - sempah di sana sini aku rasa ikan bilis kot.
cantikk kan..
disana jauh tuh perkampungan penduduk tempatan..berketurunan sulu..orang laut..
tapak sulaiman di tepi jeti boat parking
ikan kerapu sedang bermain di batu karang,dapat dilihat daripada lantai.
aku 'zoom' kan kamera ciput aku di kawanan ikan dibawah jeti
lagi view di pulau mabul...kalu view di kala senja atau subuh mesti memakau...aku
bersyukur kerana aku di izinkan jejak kaki di pulau indah.
kedudukan rumah penginapan di pulau mabul...tapi kan aku rasa lagi jimat kalu tinggal
bersama - sama penduduk tempatan kan..biar pon rumah kecik berasak - asak...
tapi kau tak tanya diorang pulak, cuma kau terpikir jer..
baru sampai, terus aku snap...
cantik & indah..kedamaian rasanya...
kedai yang menjual cinderahati yang beratap daun kering
kebanyakkan daripada kerangan sipu, bermacam-macam yang ader...dari saiz kecik hingga bersaiz besar..harga pon berpatutan.ader RM3.00 dan lebih daripada RM50.00 pon ader..
batu karang yang dijual, mahal jugak harganya..sebab susah untuk mendapatkannya...
aku tak beli pon cinderahati tuh disebabkan ingat ader lagi kedai cinderahati
macam di 2 pulau lagi..sayangnya tiada...so kene beli
di Pulau Mabul.
untuk picture yang lain-lain akan saya muatkan dimasa akan datang lah sebab banyak lagi picture yang cantik-cantik di 2 pulau lagi iaitu sipadan & kepalai..
Ya Allah indahnya cipaan -mu ^_^ cantik sangat-sangat ...
ReplyDeleteYa Allah indahnya cipaan -mu ^_^ cantik sangat-sangat ...
ReplyDelete