Diriwayatkan dari Ibnu Abdil Barr di dalam Jami' Bayan al-Ilmi wa Fadlih sesungguhnya ulama' berkata;
"Belajarlah untuk berkata saya tidak tahu, sesungguhnya jika engkau berkata sedemikian, orang pasti mengajar engkau sehingga engkau tahu. Sebaliknya jika engkau sentiasa mengaku dengan berkata saya tahu, nescaya mereka akan bertanya sehingga engkau tidak tahu"

Monday, 14 November 2011

ASALKAN HATINYA BAIK?

Anak muda di hadapan saya terus mengasak saya dengan hujah-hujah logiknya. Senang melihat anak muda yang berani dan berterus-terang begitu. Hujahnya tajam dan menikam.
“Tidak semestinya wanita yang menutup aurat itu baik, “ tegasnya.
“Saya kenal beberapa orang wanita yang menutup aurat… perangai mereka ada yang lebih buruk berbanding wanita yang tidak menutup aurat,” tambahnya lagi.
Saya diam melihat dia berhujah dengan akal dan pengalaman. Namun pengalamannya agak terbatas. Berapa ramai wanita yang dikenalinya dalam usia semuda itu? Dan akalnya juga terbatas – aqal perlu dirujuk kepada naqal. Mesti memahami prinsip ilmu wahyu terlebih dahulu, kemudian barulah kita bebas menggunakan fikiran dan pengalaman tanpa terbabas.
“Sebenarnya, apa yang cuba awak sampaikan?” tanya saya lembut.
“Saya nak tegaskan bahawa wanita yang baik tidak semestinya menutup aurat.”
“Justeru, wanita yang jahat itu ialah wanita yang menutup aurat?” jolok saya melayan pola logiknya berfikir.
“Er, er, bukan begitu. Maksud saya, baik atau buruknya perangai seseorang wanita tidak bergantung pada pakaiannya, samada dia menutup aurat atau tidak.”
“Apa ukuran awak tentang nilai kebaikan seorang wanita?” kilas saya tiba-tiba.
“Jujur, terus-terang, pemurah, lemah-lembut…”
“Itu sahaja?”
“Ya. Pada ustaz pula apa ukurannya?”
“Kita hanya manusia. Akal kita terbatas. Ukuran dan penilaian kita juga pasti terbatas. Jika diserahkan kepada manusia mentafsir apa itu kebaikan, akan celaru dibuatnya.”
“Mengapa?”
“Kerana setiap manusia ada jalan berfikirnya sendiri. Saya bimbang nilai kebaikan akan menjadi suatu yang relatif dan subjektif, padahal kebaikan itu juga seperti kebenaran… ia suatu yang objektif dan mutlak, ” akui saya terus-terang.
“Habis, untuk apa kita diberi akal? Kita harus rasional dan logik!”
Saya cuba senyum lantas berkata,” akal perlu tunduk kepada penciptanya, Allah. Fikiran mesti merujuk kepada Al Quran dan Hadis. Itu kan lebih tepat… Ilmu kita terbatas, ilmu Allah Maha Luas.”
“Jadi akal kita untuk apa?” desaknya lagi.
“Untuk memikirkan apa hikmah kebaikan yang telah ditentukan Allah dan bagaimana melaksanakannya dalam kehidupan.”
“Ertinya akal kita terikat?”
“Akal kita bebas, tetapi dalam lingkungan syariat. Sama seperti bumi yang sedang ligat berpusing ini… tetapi tetap pada paksinya.”
“Bukankah agama ini untuk orang yang berakal?”
“Betul. Tetapi tidak semua perkara dapat dicapai oleh akal. Lebih-lebih lagi perkara-perkara yang ghaib, tidak akan terjangkau oleh akal. Syurga, Neraka, Titian Sirat, Mahsyar misalnya, wajib dipercayai dan diyakini tanpa perlu dilogik-logikkan lagi. Itulah iman.”
“Ah, jauh kita menyimpang. Bukankah tadi kita berbincang tentang wanita yang baik? Saya ulangi, wanita yang baik tidak semestinya menutup aurat, betulkan?”
“Separuh betul,” jawab saya.
”Kalau dia wanita yang jujur, terus-terang, pemurah dan lemah lembut… ya dia ‘baik’ di sudut itu. Tetapi jika dia mendedahkan auratnya, dia telah melanggar perintah Allah di sudut yang lain. Dia ‘tidak baik’ di sudut berpakaian, kerana hukum menutup aurat telah termaktub dalam Al Quran.”
Anak muda di hadapan saya muram. Nampaknya dia belum berpuas hati.
“Tetapi dia jujur, amanah…”
“Orang yang baik menurut Islam ialah orang yang baik hubungannya dengan Allah dan manusia. Menutup aurat perintah Allah.”
Anak muda di hadapan saya masih tidak puas hati. Perlahan-lahan saya tusuk dengan hujah yang memujuk,  “namun percayalah jika benar-benar hatinya baik, insyaAllah lambat laun dia akan menutup aurat juga.”
“Apa hujah ustaz? Pengalaman? Fikiran atau telahan?”
“Masih merujuk kepada Al Hadis.”
“Hadis yang mana?”
“Hadis riwayat Bukhari mengisahkan seorang wanita pelacur berbangsa Yahudi yang telah memberi minum seekor anjing yang kehausan. Atas sebab sifat belas kasihannya itu dia mendapat hidayah lalu menjadi wanita yang solehah.”
 “Apa kaitan cerita itu dengan subjek yang kita bincangkan ini?”
“Secara tidak langsung  itu menunjukkan bagaimana jika hati seseorang mempunyai sifat-sifat baik seperti kasih sayang, belas kasihan dan pemurah, sekalipun kepada anjing, itu boleh menjadi sebab Allah kurniakan hidayah untuk dia beriman seterusnya menjadi wanita solehah.”
“Maksud ustaz?”
“Jika seorang wanita itu benar-benar baik hatinya insya-Allah lambat laun dia akan menutup aurat walaupun sebelumnya tidak menutup aurat.”
“Oh, begitu. Kenapa ya?”
“Allah menilai pada hati. Jika hati itu baik,  lambat laun hal-hal luaran pasti mengikutnya jadi baik.”
“Apa pula pendapat ustaz tentang wanita yang menutup aurat tetapi akhlak dan perangainya buruk?”
“Bab aurat dia telah selamat. Alhamdulillah, kewajiban menutup aurat telah dipatuhinya. Apa yang tinggal… dia perlu membaiki akhlak dan perangainya. Dia perlu terus berusaha.”
“Jika ada berpura-pura? Menutup aurat hanya untuk menunjuk-nunjuk atau sekadar tuntutan fesyen dan trend?”
“Hati manusia kita tidak tahu. Kita tidak tahu hati wanita yang menutup aurat tu jahat atau tidak, samalah seperti kita tidak tahu samada hati wanita yang tidak menutup aurat itu baik atau tidak. Soal hati hak Allah…”
“Tetapi katalah hati wanita yang menutup aurat itu benar-benar jahat…”
“Jika hatinya benar-benar jahat… lambat laun dia akan mendedahkan auratnya semula.”
“Mengapa?”
“Menutup aurat adalah pakaian wanita yang solehah. Wanita yang jahat tidak akan mampu memakai pakaian wanita solehah.”
“Patutlah saya lihat ada wanita yang dulunya memakai tudung labuh, tapi kemudiannya tudungnya semakin singkat, lama kelamaan mula memakai seluar ketat, kemudian berubah kepada memakai baju T sendat… lama-kelamaan bertudung ala kadar sahaja.”
“Perubahan luaran gambaran perubahan hati. Yang tidak menutup aurat… akhirnya perlahan-lahan meningkat untuk menutup aurat kerana hatinya beransur jadi baik. Sebaliknya, yang menutup aurat… secara beransur-ansur akan mendedahkan auratnya jika kualiti hatinya semakin merosot.”
“Siapa wanita yang paling baik?” tiba-tiba anak muda di hadapan saya bertanya sambil merenung muka saya. Serius dan tajam renungannya.
“Tentulah isteri-isteri dan anak-anak nabi Muhammad s.a.w.” jawab saya pasti.
“Bagaimana pakaian mereka?”
“Tentu sahaja mereka menutup aurat. Dan mereka juga pasti memiliki hati yang baik. ”
Kali ini dia pula terdiam. Melihatnya begitu saya terus mengasak, “kalaulah hati yang baik sahaja jadi pernilaian Allah, tentulah isteri-isteri dan anak-anak perempuan Rasulullah tidak perlu menutup aurat. Hati mereka sudah baik. Namun tidak begitu, hati yang baik bukan alasan untuk mendedahkan aurat.”
“Wanita yang baik mesti menutup aurat?”
“Ya.”
“”Wanita yang jahat mesti mendedah aurat?”
“Tidak semestinya, kerana ada wanita yang berhati baik tetapi belum menutup aurat kerana mungkin dia sedang berusaha untuk mengatasi halangan-halangan luaran dan dalamannya untuk menutup aurat.”
“Apa yang boleh kita katakan kepada wanita begitu?”
“Dia sedang berusaha menjadi wanita yang baik.”
“Bagaimana pula dengan wanita yang menutup aurat tetapi buruk perangainya? Wajarkah mereka mendedahkan aurat supaya tidak hipokrit.”
“Perangai yang buruk bukan alasan mendedahkan aurat. Bagi mereka ini, tuntutan menutup aurat sudah ditegakkan, alhamdulilah. Tinggal satu lagi, tuntutan memperbaiki akhlak… itu sahaja yang perlu dilaksanakan. Satu selesai, tinggal lagi satu. Namun bayangkan jika disamping perangai buruk, mereka juga turut mendedahkan aurat … Itu lebih buruk lagi. Dua perkara tak selesai, bab aurat dan bab perangai!”
“Jadi apa kita nak kata tentang wanita yang menutup aurat tetapi buruk perangai ni?” Sekali lagi dia mengajukan soalan yang sama.
“Wallahua’lam. Boleh jadi mereka juga sedang berusaha mengatasi halangan dalaman dan luarannya untuk memperbaiki perangainya. Dan nauzubillah, boleh jadi juga iman mereka sedang merosot sehingga menjejaskan akhlak mereka… yang lama kelamaan jika tidak diatasi akan menyebabkan mereka kembali mendedahkan aurat!”
Dia senyum. Alhamdulillah.
“Saya tahu apa yang saya akan lakukan sekarang…”
“Kenapa? Mengapa? Punya kekasih tidak bertudung tetapi baik hatinya? Atau dikecewakan oleh wanita bertudung tetapi buruk perangainya?”
Soalan akhir itu tidak terluahkan oleh saya. Saya simpan sahaja di dalam hati. Biarlah anak muda ini belajar dari pengalamannya… insyaAllah esok apabila dia mengalaminya sendiri, dia akan ingat satu persatu apa yang didengarnya pada hari ini!
sumber info : genta-rasa

Ulasan theufo: cantik penulisan ustaz...sememang hari ini kita melihat kepada dunia di negara kita...trend pemakaian tudung  yang bermacam fesyen dan colour...pemakaian tudung yang agak canggih tetapi tidak mengikut cara islam sebenar..memakai tudung tetapi perlu bersesuai dengan pakaian kita bukan nya memakai tudung tetapi baju seluar/kain ketat semacam jer.....kita tak boleh bertudung kerana cantik atau mengikut fesyen dan berkehendakan pujian orang...
Pemakaian tudung adalah kerana perkara utama iaitu menutup aurat kerana Allah SWT..

Sunday, 6 November 2011

sedikit coretan pagi hari raya qorban....

Assalamualaikum....Syukur aku pagi ini...Aidil Adha sedang berlalu. Melihat pada langit, cuaca kelihatan cerah bagai menyambut hari raya koban tahun ni...
Tahun nih, aku beraya di Bandar Tun hussien Onn,Cheras Selangor....in kerana wife aku ketiadaan cuti dan kerjanya perlu disettle untuk di tender...ini kali ke-2 aku di perantauan, pertama sewaktu study di Jitra,Kedah dan hari ini di Selangor bersama anak, isteri, adik lelaki aku....jam hampir pkul 8.00am..aku masih mengosok baju melayu sendiri wife aku pulak sibuk memasak nasi minyak,juadah hari raya korban ...selesai aku ke Suarau Al-Amin berhadapan dengan apartment aku...melangkah ke masjid..bertakbir aku dengan kudrat yang Allah SWT pinjamkan untuk aku beribadat-Nya....Selesai slat sunat raya & khutbah raya, jamuan disediakan oleh pihak Rukun Tetangga Bandar Tun Hussien Onn dan PAS Cawangan Bandar Tun Hussien Onn,Cheras..selepas mkn secara  ringan2..aku ke tepi apartment melihat lembu yang bakal dikorbankansebnayak 3 ekor akan disembelih di area Surau Al-Amin dan 7 ekor lagi di hantar ke tempat2 yang lain..melihat cara menjatuhkan lembu dan kedudukan cara sembelih berlainan sedikit..mengikut selera masing2 tetapi panduan menyembelih korban tetap sama... 
Dikampung Ayah aku mengorbankan lembu yang dibela dan dijaga ayah aku sendiri..memang lembunya besar dan sihat...ruginya aku x dapat pulang beraya korban tahun nih..tetapi aku redha beraya di sini..mungkin ader hikmahnya kita tidak ketahui..Allah jualah yang tahu segalanya..aku sebagai hambanya perlu bersyukur antaranya nikmat aku masih dapat beraya dgn isteri dan anak..dan sihat masih ketika ini..jam menunjukkan jam 12.05 thari..wife aku dan adik ipar aku masih tido keletihan agaknya..cuma maih berjaga melayan tv dan laptop adalah aku, adik lelaki aku rusli dan anak ku aliya...cuaca masih cerah...

Tuesday, 1 November 2011

Habbatus Sauda

Assalamualaikum dan bersyukur aku pada Allah SWT kerana masih lagi merasai nikmat - nikmat yang dikurniakan-Nya.

Ari nih terbaca arkitikel mengenai 10 perkara tentang israel yang kita tidak tahu (sumber info) dan salah satunya ialah mengenai penggunaan habbatussauda (black cumin). Israel banyak mengunakan ia dalam setiap perubatan di negara mereka..dan khasiatnya kurang diceritakan dan khasiatnya ada diceritakan dalam sejarah perubatan cediakawan islam dan sabda Nabi SAW pun ader menceritakan perihal tumbuhan ini..di bawah merupakan ungkapan Nabi SAW :
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain ”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)

Jarang kita dengar mengenai tumbuhan ini..dan bagaimana rupa pokok ini keseluruhan nya..dan aku sertakan rupa bunga habbatus sauda...pertama kali mendapat info mengenainya ialah seingat aku di zaman study polimas,jitra,kedah...seorang ustaz datang dan promote mengenai habbatus sauda iaitu biji biji halus berwarna hitam, kecik pulak tuh..di dalam botol...makan 7 biji sehari...aduh mcm leceh nya pada fikiran aku masa tuh...murah sahaja, kalu tidak silap RM10.00 dan aku membelinya..tetapi aku makan dalam tempoh yang sekejap..lepas tuh botol entah ke mana.. rasanya lain macam sikit..kadang2 aku terfikir macam something atau benda yg buat jalan tar baru..bau dia mcm tuh...tetapi masa tuh.aku masih tidak membaca dan masih tidak berilmu dan tidak menghargainya. Bagi kalangan org yang mengalami masalah kesihatan berpanjangan seperti gout..mereka akan cuba juga habbatus sauda...sekarang ini produk daripada habbatus sauda banyak di dalam pasaran..selepas bersolat jumaat di Masjid Wilayah, Jalan Duta..ader di jual meja turut juga menjual madu tualang syairtimur iaitu baraka kotak hijau dan maklumat ader dalam  info nie.
Terdapat juga kopi habbatus sauda yang ready di minum, 3 in 1 dan berbagai lagi seiring dengan kemajuan teknologi pembuatan...aku juga ingin mencuba produk kopi tetapi kene cari produk kat pasaraya...teringat aku nasyid  yang selalu kita dengar iaitu 5 perkara sebelum 5 perkara..salah satunya. Sihat sebelum sakit...hargai tubuh badan yang sihat, jangan kita rosakkan ia dan kita berusaha untuk menyihatkan kan badan kita...yang penting berusaha sihatkan badan..samada kita dapat penyakit atau tidak, itu urusan Allah SWT. Aku akan cuba makan dan ambil khasiat seperti yang di sarankan oleh sabda Nabi SAW dalam  HR. Bukhari,Muslim...

Aku akan cuba, aku cuma berusaha menyihatkan tubuh badan yang dipinjamkan oleh Allah SWT, Allah jualah yang menentukan...segala makanan, ubat-ubatan adalah sebagai perantaraan sahaja...berserah lah kita Allah SWT...

lagi info mengenai kajian & khasiat habbatus sauda

Friday, 28 October 2011

coretan bersahaja aku...

Salam Bahagia, Syukur aku pada Allah SWT....aku masih merasa nikmat yang diberikan Allah SWT.
Berita pada pagi yang aku perolehi seorang kanak - kanak maut dihempap oleh pokok kelapa yang ketika itu cuaca yang elok dan dimaklumkan bahawa akar pokok kelapa yg reput yg dijadikan penyebab berlaku kejadian itu..tetapi sebenarnya ketentuan Allah. Aku ucapkan takziah kepada keluarga mangsa, semoga family nya diberikan kekuatan, keimanan yg tinggi bagi mengatasi ujian Allah SWT.
Hari ini, kita disajikan berita mengenai kematian pada usia yg masih muda dengan pelbagai sebab kejadian...kalu berlaku secara tiba-tiba..dengan tiada penyebab..masyarakat ari ini mudah sangat terpesong dengan mengatakan kematian misteri di sebabkan makhluk yg misteri dan ghaib...aku kini sudah berusia 29 tahun..bila pulak saat kita...tiada siapa yg tahu....apa kita perlu buat adalah beribadat kepada Allah SWT sebanyak yang boleh sehingga saat kita dicabut nyawa oleh malaikat.....ketika melakukan aktiviti yg lasak kita sudah merasakan tercugap2...tubuh badan telah sudah kelihatan tanda2 yg tempoh hidup berbaki semakin susut...cuma tinggal hati yg masih muda bernafsu, jika tidak di kawal dan diberi penjagaan yg rapi..bimbang akan pelbagai penyakit hati dihinggap yg boleh meranapkan keimanan kita....terdapat seketul daging dalam diri, jika baik...baik semua, jika jahat..jahat semua iaitu hati....
Hati kita umpama hardisk yang perlu di scan virus setiap hari dengan antivirus iaitu dengan ibadat kita & muhasabah diri...aku juga melakukan kesalahan dan juga mmepunyai penyakit hati..yang aku perlu 'delete' sama seperti orang lain...tetapi yang membezakan antara kita adalah tahap kronik...Allah SWT  sahaja yg tahu ape terkandung didalam hati kita dan aku berdoa semoga hati aku dapat dibersihkan daripada dihinggapi penyakit hati yg kronik....

Monday, 26 September 2011

Jaga 7 sunnah Rasulullah SAW...

 "Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

" wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu.. .......,kami lah hamba yang mengharap belas darimu ........Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa.... ..ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia".

sila klik Sumber info

Tuesday, 20 September 2011

Fungsi Masjid Di Zaman Rasulullah...

MASJID adalah rumah Allah untuk beribadat kerana itu kesucian dan kemuliaannya hendaklah dipelihara. Segala amalan atau perkara yang dianggap boleh mencemarkan kesucian dan kemuliaan masjid tidak boleh dilakukan di dalam masjid.

Masjid juga bukan untuk tatapan dan ibadat sembahyang pada hari dan waktu tertentu saja. Sebaliknya, ia adalah pusat dan nadi kegiatan ummah, sama ada dari segi kerohanian atau keduniaan seperti kegiatan yang menyentuh perhubungan antara manusia dan pencipta (Allah). Begitu juga, perhubungan manusia sesama mereka sendiri dalam menguruskan hal ehwal keagamaan, ekonomi, sosial, keilmuan dan pentadbiran negara. Ia adalah tempat melaksanakan segala kegiatan manusia yang mencerminkan kepatuhan dan ketaatan kepada Allah.

Al-Quran menjelaskan fungsi masjid di dalam firman-Nya yang bermaksud: "Nur hidayah petunjuk Allah bersinar dengan nyata (terutama sekali) di masjid sebagai tempat ibadat yang diperintah oleh Allah supaya dimuliakan dan disebut serta diperingat nama Allah padanya; di situ juga dikerjakan ibadat memuji Allah pada waktu pagi dan petang. (Ibadat dikerjakan oleh) orang yang kuat imannya, yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual beli daripada menyebut serta mengingati Allah dan mendirikan solat serta mengeluarkan zakat; mereka takut hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan." – (surah Al-Nur, ayat 36-37)

Dalam ayat berkenaan, tasbih atau zikir bukan hanya bererti mengucapkan subhanallah saja, melainkan lebih luas lagi, sesuai dengan makna yang dicakupi oleh perkataan berkenaan serta konteksnya. Sedangkan erti dan konteks berkenaan dapat disimpulkan sebagai takwa.

Kalau dikaji dari segi bentuk fizikal masjid pada zaman Rasulullah, ternyata sifatnya tidak seperti sifat masjid yang dibina di negeri umat Islam pada masa kini. Pada zaman itu, masjid didirikan daripada pelepah tamar dan atapnya daripada daun kurma dan apabila sujud debu melekat pada dahi.

Ketika Rasulullah berhijrah ke Madinah, langkah pertama yang baginda lakukan ialah membina masjid. Masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah ialah Masjid Quba. Masjid ini didirikan secara bergotong-royong di atas sebidang tanah kepunyaan dua anak yatim. Keadaan masjid itu sangat sederhana, dikelilingi tembok batu bata yang diperbuat daripada tanah liat dan berlantaikan pasir (Shalaby, Ahmad. Perbandingan Agama Islam hlm: 77)

Ini disusuli pembinaan Masjid Nabawi di Madinah. Jelasnya kedua-dua masjid itu dibina atas dasar ketakwaan sebagaimana yang dijelaskan dalam firman Allah: "Janganlah engkau sembahyang di masjid itu (yang dibina oleh orang munafik) selama-lamanya kerana sesungguhnya Masjid Quba yang didirikan atas dasar takwa dari mula (wujudnya), (maka) sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya..."– (Surah Al-Taubah, ayat 108).

Setiap masjid seharusnya memiliki landasan dan fungsi berkenaan. Itulah sebabnya Rasulullah meruntuhkan bangunan kaum munafik yang juga disebut sebagai masjid dan menjadikan lokasi itu tempat membuang sampah-sarap. Ini kerana bangunan itu tidak menjalankan fungsi masjid yang sebenarnya iaitu ketakwaan.

Masjid tidak dilihat dari segi peranannya yang khusus saja, malah dari segi pembangunan dan perkembangan ummah seperti yang pernah dilakukan pada zaman Rasulullah dan sahabat.

Di antara fungsi masjid pada zaman Rasulullah ialah:

l Tempat ibadat, terutama sembahyang berjemaah.

l Tempat pembentukan peribadi umat Islam atau dalam erti kata lain masjid adalah pusat pendidikan Islam.

l Pusat perkembangan ilmu pengetahuan kerana masjid tempat ilmu pengetahuan disampaikan baik dalam bidang akidah, syariat dan akhlak.

l Tempat wahyu diturunkan dan sebagai tempat wahyu disampaikan kepada sahabat.

l Pusat kegiatan kesusasteraan dan persuratan Islam. Ada sahabat yang menyampaikan syairnya dalam masjid.

l Pusat kegiatan sosial dan kehakiman dalam perkara yang berkaitan dengan nikah kahwin dan penyelesaian masalah umat Islam.

l Tempat letaknya Baitulmal negara.

l Tempat persinggahan musafir dan tempat menyambut tetamu.

l Lambang persaudaraan dan perpaduan umat Islam kerana setiap hari lima kali umat Islam bertemu dengan tujuan yang sama tanpa mengira kedudukan dan keturunan.

l Tempat membuat perisytiharan kepada umat termasuk perisytiharan pelantikan khalifah (Abu Shuhbah, al-Sirat Nabawiyyat Fi al- Qur'an Wa al-Sunnat jld: 2 hlm: 31).

Antara sebab masjid pada zaman silam mampu berperanan sedemikian luas ialah:

l Keadaan masyarakat yang bersatu padu dan berpegang teguh kepada nilai keagamaan dan kebudayaan.

l Kemampuan pembina masjid menghubungkan aspek sosial dan keperluan masyarakat dengan kegiatan masjid.

l Manifestasi pemerintahan terlaksana di dalam masjid.

Di sesetengah masjid di negara ini, fungsi dan peranan masjid sebagaimana pada zaman keagungan Islam dulu tidak lagi dilaksanakan.

Namun ia tidak bererti bahawa institusi masjid tidak mampu berperanan dalam hal berkenaan.

Dalam muktamar Risalah al-Masjid di Makkah pada 1975, soal peranan dan fungsi masjid dibincang dan disepakati bahawa masjid boleh berperanan dengan baik apabila memiliki peralatan dan ruangan yang memadai untuk:

l Ruang solat yang memenuhi beberapa syarat keluasannya.

l Ruang khusus untuk wanita yang memudahkan mereka untuk keluar masuk masjid tanpa bercampur gaul dengan lelaki. Ini termasuk ruang solat dan pendidikan.

l Ruang bagi sebarang pertemuan dan bilik perpustakaan.

l Ruang klinik dan ruang untuk memandi dan mengkafankan jenazah; dan

l Ruang untuk beriadah bagi remaja Islam.

Semua perkara ini harus diwarnai dengan keadaan fizikal bangunan masjid, namun semestinya melaksanakan peranan masjid sebagaimana yang disebutkan di atas. (Quraisy Shihab, Wawasan al-Qur'an hlm: 463).

Masjid adalah rumah Allah untuk beribadat kerana kesucian dan kemuliaannya hendaklah dipelihara. Segala amalan atau perkara yang dianggap boleh mencemarkan kesucian dan kemuliaan masjid tidak boleh dilakukan di dalam masjid.
komen thesedi : -
Aku bersyukur pada Allah SWT kerana masjid berhampiran rumah aku memang aktif dan banyak program ceramah dan tazkirah..boleh dikatakan setiap hari...dibulan ramdhan yg lepas pun penuh dengan aktiviti..tapi hari kita diberitakan bayak masjid yang indah dibina tetapi jika program nyer dikawal dan tidak berfungsi sepenuhnya..alangkah sedihnya..marilah kita meramaikan, imarahkan masjid seperti diwaktu ramadhan...Jom ke Masjid..

Monday, 12 September 2011

Hak kebebasan Berfikir Dan Menyatakan Hujah....Milik Kita, Usahakan Untuk Men 'Realiti' Kannya..

Salam..berbahagia saudaraku sekalian...semoga kekuatan pejuang islam terus bertambah dan membara..
kita berada dibulan syawal iaitu bulan kemenangan dan ditambah pula dengan sambutan kemerdekaan yang akan disambut pada 16 september bulan ini....persiapan sedang berjalan di awal pagi sehingga jalan menaglami kesesakan...dan sudah pasti mesti ader yang mengalami kelewatan memasuki opis..mcm aku...salah sape?sudah tentu salah kite sendiri kan...hehhehehe..
Teringat pada seorang pakcik yg pakai serban putih..mengatakan berulang kali. mengenai kemerdekaan dalam pemikiran dan memberi hujah...dan aku menghuraikan mengikut kefahaman aku ( sekiranya saya tersilap, bimbinglah saya dan perbetulkanlah saya).Fikiran kita perlu di merdekakan...kite dalam masyarakat perlu ada kmerdekaan dalam berfikir dan menyuarakan pendapat dan hujah sekiranya terdapat percanggahan,dalam apa perkara sekecil -kecilnyer hingga sebesar-besarnya...dan itulah diajarkan dalam islam...sewaktu pemerintahan sahabat Nabi SAW, Khalifah sebagai ketua ditegur oleh perempuan dan dikalangan org bawahan..apabila arahan khalifah dibantah oleh rakyatnya...Khalifah terus bertanya kenapa tidak mahu mengikut arahannya dengan nada/ tindakan yang sungguh molek dan mendengar hujah dan sekiranya Khalifah yang bersalah..ianya mengaku dan mengatakan si yang berhujah itu betul dan dirinya salah.....Dalam Islam, kita diberikan kebebasan berfikir dan menyatakan suara hati/hujah...dan kta tidak takut untuk menyatakan...Seperti firaun menjajah pemikiran rakyatnya dan tidak memberi kebebasan berfikir dan menyatakan suara/hujah, rakyatnya hanya perlu mengikut sahaja arahan firaun tanpa soal...
Diceritakan oleh pakcik tuh lagi, di zaman yg lalu, bagaimana kitab injil ubah, diseleweng ,diputarbelit mengikut selera org -org tertentu sendiri...dan rakyatnya perlu mengikut tanpa banyak soal...itulah ketiadaan kebebasan berfikir dan mempertingkai atau menyatakan suara/hujah sekiranya terdapat percanggahan /kekeliruan..Menurut pakcik tuh lagi, sekiranya sesorang itu suka bertanya dan berhujah mengenai pegangan hidp dan diberikan kebebasan berfikir dan menyatakan hujah...lama- kelamaan jawapannya akan dirungkai di dalam kitab dan sunnah Nabi SAW...kita dapat melihat ari nih, ramai cerdik pandai dan org suka berfikir dan meencari jawapan bagi soalannya akan bertemu dengan Islam dan menagnut ajaran Islam..disebabkan isi kandungan Al-Quran dan Sunnah juga Akhlak tinggi Nabi SAW...
Oleh itu, kita perlu berfikir dan jangan kita terbelenggu oleh pemikiran yang yang dijajah...kita sendiri perlu berikan kebebaskan fikiran dan menyatakan hujah kepada diri sendiri, masyarakat kita , rakyat kita..kerana pemimpin itu sesebuah negara pon dikalangan kita..maka kita yang mencorakkannya..coraklah..designlah.. mengikut acuan islam yang sebenarnya seperti acuan kota madinah yang dipimpin oleh Nabi SAW & Khalifahnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...