Diriwayatkan dari Ibnu Abdil Barr di dalam Jami' Bayan al-Ilmi wa Fadlih sesungguhnya ulama' berkata;
"Belajarlah untuk berkata saya tidak tahu, sesungguhnya jika engkau berkata sedemikian, orang pasti mengajar engkau sehingga engkau tahu. Sebaliknya jika engkau sentiasa mengaku dengan berkata saya tahu, nescaya mereka akan bertanya sehingga engkau tidak tahu"

Monday, 5 December 2011

Solat Sunat Rawatib

♥ Allah akan membina untuk hamba-Nya sebuah rumah di dalam syurga. ♥

Allahu Allah, janji yang sangat indah & pasti tertunai kerana ia datang daripada Allah Yang Maha Pemurah. Apakah amalan untuk ganjaran sehebat ini???

---> SOLAT SUNAT RAWATIB <---

✔- 2 rakaat sebelum Subuh.
✔- 4 rakaat sebelum Zuhur.
✔- 2 rakaat selepas Zuhur.
✔- 2 rakaat selepas Maghrib.
✔- 2 rakaat selepas Isya'.
Jumlahnya: 12 rakaat.

Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata: "Seorang hamba Muslim yang mendirikan solat setiap hari sebanyak 12 rakaat secara sukarela bukan solat yang difardhukan ke atasnya, maka Allah akan membina untuknya sebuah rumah di dalam syurga." ~ Riwayat Imam Muslim rahimahullah.

>>> Masih belum terlambat untuk anda mengamalkannya. Ingat! Janji ini bukan daripada kami tetapi daripada Allah Yang Maha Kaya.

Amalkan & sebarkan ツ.

theufo : Semoga saya dan saudara diberi kekuatan bagi melaksanakan solat sunat rawatib.aku pon nak start melakukan nya IsyaAllah...

sumber info diperolehi disini...

Friday, 2 December 2011

Bagaimana mengurus keluhan menjadi syukur & ikhlas?

(gambar sekadar hiasan)
Makhluk yang namanya manusia pasti pernah mengeluh. Sedar atau tidak, mengeluh itu sendiri adalah sifat asli manusia. Hanya sahaja, frekuensi dan kualiti keluhannya yang membezakan antara satu personaliti dengan personaliti lainnya. Biasanya perbezaan ini berkait dengan taraf kefahaman dan cara pandang seseorang tentang sesuatu masalah yang sedang dihadapinya. Sabar, ikhlas dan seberapa besar keinginan untuk mengubah sebuah keadaan menjadi lebih baik, biasanya akan meminima-kan isyarat-isyarat keluhan. Sebaliknya, sikap pesimis dan buruk sangka terhadap kejadian yang sedang menimpa secara automatik akan menimbulkan keluhan-keluhan yang kemudiannya beralih menjadi penyesalan.

Secara sejatinya mengeluh adalah rasa tidak puas, tidak ikhlas menerima sebuah ketentuan yang terjadi, baik dari segi fizikal mahupun spritual. Ketika kita sakit kita berkeluh kesah, atau menyalahkan orang lain. Atau ketika ditimpa musibah kita mempersoalkan rahmat Allah, manakala kepada majikan jika gaji kecil kita mempersoalkan reputasi syarikatnya. Jika anak-anak nakal dan bermasalah ada juga yang menyalahkan isteri sebagai tidak pandai mendidik dan sebagainya. Kita juga kecewa dan kesal apabila h/p tidak terjawab atau berbalas.

Itulah sebahagian contoh kecil yang merupakan sebuah manifestasi dari perasaan tidak puas yang akhirnya membuahkan keluhan. Fenomena di negara yang kita cintai ini juga melalui denai ketidak-puasan hati di mana-mana akibat penyalahgunaan kekuasaan, korupsi-kolusi dan nepotisme dan banyak lagi kriminal politik yang semuanya menunjukkan pada satu hal : ketidakpuasan! Sebuah potret masyarakat yang diwarnai dengan berbagai keluhan.

Allah Taala menyukai hambaNya yang sentiasa bersyukur dengan segala ketentuan dan bersabar ketika ditimpa sesuatu yang tidak sesuai dengan keinginan. Masalahnya apabila seseorang itu hanyut dalam keluhan, panca-inderanya pun tidak mampu memainkan fungsinya untuk melihat, mendengar, mencium dan merasakan nikmat yang bertebaran diberikan oleh Allah Taala. Hatinya serta merta buta dari mengingat dan bersyukur atas nikmat Allah yang tiada batas.

Pada zaman Umar Al Khattab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi BaituLlah yang maksudnya, "Ya Allah! Masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit".

Doa beliau didengar oleh Saidina Umar ketika beliau (Umar) sedang melakukan tawaf di Kaabah. Saidina Umar hairan dengan permintaan pemuda tersebut. Selepas melakukan tawaf, Saidina Umar memanggil pemuda tersebut dan bertanya, "Mengapa engkau berdoa sedemikian rupa (Ya Allah! masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit), apakah tidak ada permohonan lain yang engkau mohonkan kepada Allah?".

Pemuda itu menjawab, "Wahai Ya Amiral Mukminin! Aku membaca doa itu kerana aku takut dengan penjelasan Allah dalam surah Al A’raf ayat 10, Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan Kami hasilkan bagi kamu di muka bumi (sumber) penghidupan. Tetapi amat SEDIKIT kamu yang bersyukur. Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit itu, lantaran terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah".

Semoga kita menjadi hamba-hamba yang dikategorikan sedikit oleh Allah dalam ayat tersebut. Dengan selalu menjaga ikhlas dan sabar terhadap segala kejadian atau ketentuan yang diberikan oleh Allah. Dan berprasangka positif bahawa apa yang telah terjadi adalah yang terbaik menurut Allah, sehingga hanya rasa syukur sahaja yang terlintas dibenak, terucap dibibir dan terlihat dari tindakan kerana sesungguhnya jika kita bersyukur maka Allah akan menambah nikmat-Nya dan jika kita ingkar, sesunggunya azab Allah sangat pedih (Rujuk Surah Ibrahim ayat 7).

Mengeluh Hanya Pada Allah Taala

Ketika sebuah kejadian tidak diingini menimpa seseorang, menyakitkan hati, membuat kepala berdenyut-denyut dan menjadikan seseorang itu merasa diberi ujian yang sangat berat dan tidak sanggup mengatasinya sendiri, lalu benarkah tindakannya jika ia mengeluhkan masalahnya kepada orang lain?

Rasulullah S.A.W pernah mengalami sebuah kondisi yang jauh dari yang beliau inginkan. Para kaum musyrikin mengabaikan seruannya. Dalam kondisi tertekan tersebut Rasulullah S.A.W mengeluh hanya kepada Allah Taala. seperti yang terkandung dalam Surah Al Furqon ayat 30, "Dan berkatalah Rasul (Muhammad), 'Ya Tuhanku! Kaumku ini sesungguhnya telah meninggalkan jauh Al Quran'. Begitu pula dengan Nabi Yaaqub dan Nabi Ayub, di mana Nabi Yaaqub berkata; Sesungguhnya aku mengeluh keadaanku dan kesedihanku hanya kepada Allah". (Surah Yusuf:86).

Manakala Nabi Ayyub A.S yang disebutkan oleh Allah di dalam firman-Nya, ketika Nabi Ayyub berkata, "Sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau (Allah) adalah Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang". (Surah Al Anbiya’:83).

Sebaiknya, mengeluhlah hanya kepada Allah kerana sesungguhnya semua kejadian sudah menjadi sebuah ketentuanNya dan hanya Dialah sebaik-baik pemberi solusi. Tetapi dalam kondisi-kondisi di mana seseorang mengeluh tentang masalahnya kepada orang yang diyakini amanah untuk mendapatkan penyelesaian, maka dalam hal ini sebahagian ulama memperbolehkan. Sebagaimana kata Ibnu Qayyim , dalam ‘Uddatu Ash Shabirin, "Menceritakan kepada orang lain tentang perihal keadaan, dengan maksud meminta bantuan petunjuknya atau pertolongan agar kesulitannya hilang, maka itu tidak merosak sikap sabar; Seperti orang sakit yang memberitahu kepada doktor tentang keluhannya, orang teraniaya yang bercerita kepada orang yang diharapkan dapat membelanya, dan orang yang ditimpa musibah yang menceritakan musibahnya kepada orang yang diharapkannya dapat membantunya".
sumber info : laman tarbawi

Tuesday, 22 November 2011

Harimau Malaysia yang Keletihan....

Assalamualaikum....
Alhamdulilah & tahniah aku ucapkan pada skuad harimau muda yang berjaya memperolehi kemenangan di hadapan ribuan penyokong tuan rumah ( Indonesia ). Ia bukan tugas mudah untuk bertahan di dalam padang ke saat penentuan sepakan penalti...jika diperhatikan corak permainan, pada hemat saya tiada ada yang special mengenai gerakan atau taktikal yang dibuat melainkan terdapat atau kerap hantaran yang tidak menjadi...pengulas yang mengulangi beberapa kali perkataan  "mujur"...apabila  pintu gol malaysia di ancam...
Apa yang aku puji mengenai Skuad Malaysia ialah mempunyai  semangat yang tinggi yang cuba menjaringkan gol dan bertahan daripada asakan pemain - pemain tuan rumah haruslah dipuji dan dipandang tinggi...
Skuad malaysia sudah ada peningkatan mutu berbanding sebelum ini...hinggakan berdegup laju jugaklah jantung aku sewaktu menontonnya ditambah lagi sepakan percuma tuan rumah di hadapan pintu gol yang dikawal oleh apek...Dengan kejayaan ini semoga skuad harimau akan bertambah semnagat dan terus meningkatkan mutu bola sepak negara setaraf dengan skuad negara matahari terbit dan skuad negara korea..akhir kata majulah sukan negara..

Monday, 14 November 2011

ASALKAN HATINYA BAIK?

Anak muda di hadapan saya terus mengasak saya dengan hujah-hujah logiknya. Senang melihat anak muda yang berani dan berterus-terang begitu. Hujahnya tajam dan menikam.
“Tidak semestinya wanita yang menutup aurat itu baik, “ tegasnya.
“Saya kenal beberapa orang wanita yang menutup aurat… perangai mereka ada yang lebih buruk berbanding wanita yang tidak menutup aurat,” tambahnya lagi.
Saya diam melihat dia berhujah dengan akal dan pengalaman. Namun pengalamannya agak terbatas. Berapa ramai wanita yang dikenalinya dalam usia semuda itu? Dan akalnya juga terbatas – aqal perlu dirujuk kepada naqal. Mesti memahami prinsip ilmu wahyu terlebih dahulu, kemudian barulah kita bebas menggunakan fikiran dan pengalaman tanpa terbabas.
“Sebenarnya, apa yang cuba awak sampaikan?” tanya saya lembut.
“Saya nak tegaskan bahawa wanita yang baik tidak semestinya menutup aurat.”
“Justeru, wanita yang jahat itu ialah wanita yang menutup aurat?” jolok saya melayan pola logiknya berfikir.
“Er, er, bukan begitu. Maksud saya, baik atau buruknya perangai seseorang wanita tidak bergantung pada pakaiannya, samada dia menutup aurat atau tidak.”
“Apa ukuran awak tentang nilai kebaikan seorang wanita?” kilas saya tiba-tiba.
“Jujur, terus-terang, pemurah, lemah-lembut…”
“Itu sahaja?”
“Ya. Pada ustaz pula apa ukurannya?”
“Kita hanya manusia. Akal kita terbatas. Ukuran dan penilaian kita juga pasti terbatas. Jika diserahkan kepada manusia mentafsir apa itu kebaikan, akan celaru dibuatnya.”
“Mengapa?”
“Kerana setiap manusia ada jalan berfikirnya sendiri. Saya bimbang nilai kebaikan akan menjadi suatu yang relatif dan subjektif, padahal kebaikan itu juga seperti kebenaran… ia suatu yang objektif dan mutlak, ” akui saya terus-terang.
“Habis, untuk apa kita diberi akal? Kita harus rasional dan logik!”
Saya cuba senyum lantas berkata,” akal perlu tunduk kepada penciptanya, Allah. Fikiran mesti merujuk kepada Al Quran dan Hadis. Itu kan lebih tepat… Ilmu kita terbatas, ilmu Allah Maha Luas.”
“Jadi akal kita untuk apa?” desaknya lagi.
“Untuk memikirkan apa hikmah kebaikan yang telah ditentukan Allah dan bagaimana melaksanakannya dalam kehidupan.”
“Ertinya akal kita terikat?”
“Akal kita bebas, tetapi dalam lingkungan syariat. Sama seperti bumi yang sedang ligat berpusing ini… tetapi tetap pada paksinya.”
“Bukankah agama ini untuk orang yang berakal?”
“Betul. Tetapi tidak semua perkara dapat dicapai oleh akal. Lebih-lebih lagi perkara-perkara yang ghaib, tidak akan terjangkau oleh akal. Syurga, Neraka, Titian Sirat, Mahsyar misalnya, wajib dipercayai dan diyakini tanpa perlu dilogik-logikkan lagi. Itulah iman.”
“Ah, jauh kita menyimpang. Bukankah tadi kita berbincang tentang wanita yang baik? Saya ulangi, wanita yang baik tidak semestinya menutup aurat, betulkan?”
“Separuh betul,” jawab saya.
”Kalau dia wanita yang jujur, terus-terang, pemurah dan lemah lembut… ya dia ‘baik’ di sudut itu. Tetapi jika dia mendedahkan auratnya, dia telah melanggar perintah Allah di sudut yang lain. Dia ‘tidak baik’ di sudut berpakaian, kerana hukum menutup aurat telah termaktub dalam Al Quran.”
Anak muda di hadapan saya muram. Nampaknya dia belum berpuas hati.
“Tetapi dia jujur, amanah…”
“Orang yang baik menurut Islam ialah orang yang baik hubungannya dengan Allah dan manusia. Menutup aurat perintah Allah.”
Anak muda di hadapan saya masih tidak puas hati. Perlahan-lahan saya tusuk dengan hujah yang memujuk,  “namun percayalah jika benar-benar hatinya baik, insyaAllah lambat laun dia akan menutup aurat juga.”
“Apa hujah ustaz? Pengalaman? Fikiran atau telahan?”
“Masih merujuk kepada Al Hadis.”
“Hadis yang mana?”
“Hadis riwayat Bukhari mengisahkan seorang wanita pelacur berbangsa Yahudi yang telah memberi minum seekor anjing yang kehausan. Atas sebab sifat belas kasihannya itu dia mendapat hidayah lalu menjadi wanita yang solehah.”
 “Apa kaitan cerita itu dengan subjek yang kita bincangkan ini?”
“Secara tidak langsung  itu menunjukkan bagaimana jika hati seseorang mempunyai sifat-sifat baik seperti kasih sayang, belas kasihan dan pemurah, sekalipun kepada anjing, itu boleh menjadi sebab Allah kurniakan hidayah untuk dia beriman seterusnya menjadi wanita solehah.”
“Maksud ustaz?”
“Jika seorang wanita itu benar-benar baik hatinya insya-Allah lambat laun dia akan menutup aurat walaupun sebelumnya tidak menutup aurat.”
“Oh, begitu. Kenapa ya?”
“Allah menilai pada hati. Jika hati itu baik,  lambat laun hal-hal luaran pasti mengikutnya jadi baik.”
“Apa pula pendapat ustaz tentang wanita yang menutup aurat tetapi akhlak dan perangainya buruk?”
“Bab aurat dia telah selamat. Alhamdulillah, kewajiban menutup aurat telah dipatuhinya. Apa yang tinggal… dia perlu membaiki akhlak dan perangainya. Dia perlu terus berusaha.”
“Jika ada berpura-pura? Menutup aurat hanya untuk menunjuk-nunjuk atau sekadar tuntutan fesyen dan trend?”
“Hati manusia kita tidak tahu. Kita tidak tahu hati wanita yang menutup aurat tu jahat atau tidak, samalah seperti kita tidak tahu samada hati wanita yang tidak menutup aurat itu baik atau tidak. Soal hati hak Allah…”
“Tetapi katalah hati wanita yang menutup aurat itu benar-benar jahat…”
“Jika hatinya benar-benar jahat… lambat laun dia akan mendedahkan auratnya semula.”
“Mengapa?”
“Menutup aurat adalah pakaian wanita yang solehah. Wanita yang jahat tidak akan mampu memakai pakaian wanita solehah.”
“Patutlah saya lihat ada wanita yang dulunya memakai tudung labuh, tapi kemudiannya tudungnya semakin singkat, lama kelamaan mula memakai seluar ketat, kemudian berubah kepada memakai baju T sendat… lama-kelamaan bertudung ala kadar sahaja.”
“Perubahan luaran gambaran perubahan hati. Yang tidak menutup aurat… akhirnya perlahan-lahan meningkat untuk menutup aurat kerana hatinya beransur jadi baik. Sebaliknya, yang menutup aurat… secara beransur-ansur akan mendedahkan auratnya jika kualiti hatinya semakin merosot.”
“Siapa wanita yang paling baik?” tiba-tiba anak muda di hadapan saya bertanya sambil merenung muka saya. Serius dan tajam renungannya.
“Tentulah isteri-isteri dan anak-anak nabi Muhammad s.a.w.” jawab saya pasti.
“Bagaimana pakaian mereka?”
“Tentu sahaja mereka menutup aurat. Dan mereka juga pasti memiliki hati yang baik. ”
Kali ini dia pula terdiam. Melihatnya begitu saya terus mengasak, “kalaulah hati yang baik sahaja jadi pernilaian Allah, tentulah isteri-isteri dan anak-anak perempuan Rasulullah tidak perlu menutup aurat. Hati mereka sudah baik. Namun tidak begitu, hati yang baik bukan alasan untuk mendedahkan aurat.”
“Wanita yang baik mesti menutup aurat?”
“Ya.”
“”Wanita yang jahat mesti mendedah aurat?”
“Tidak semestinya, kerana ada wanita yang berhati baik tetapi belum menutup aurat kerana mungkin dia sedang berusaha untuk mengatasi halangan-halangan luaran dan dalamannya untuk menutup aurat.”
“Apa yang boleh kita katakan kepada wanita begitu?”
“Dia sedang berusaha menjadi wanita yang baik.”
“Bagaimana pula dengan wanita yang menutup aurat tetapi buruk perangainya? Wajarkah mereka mendedahkan aurat supaya tidak hipokrit.”
“Perangai yang buruk bukan alasan mendedahkan aurat. Bagi mereka ini, tuntutan menutup aurat sudah ditegakkan, alhamdulilah. Tinggal satu lagi, tuntutan memperbaiki akhlak… itu sahaja yang perlu dilaksanakan. Satu selesai, tinggal lagi satu. Namun bayangkan jika disamping perangai buruk, mereka juga turut mendedahkan aurat … Itu lebih buruk lagi. Dua perkara tak selesai, bab aurat dan bab perangai!”
“Jadi apa kita nak kata tentang wanita yang menutup aurat tetapi buruk perangai ni?” Sekali lagi dia mengajukan soalan yang sama.
“Wallahua’lam. Boleh jadi mereka juga sedang berusaha mengatasi halangan dalaman dan luarannya untuk memperbaiki perangainya. Dan nauzubillah, boleh jadi juga iman mereka sedang merosot sehingga menjejaskan akhlak mereka… yang lama kelamaan jika tidak diatasi akan menyebabkan mereka kembali mendedahkan aurat!”
Dia senyum. Alhamdulillah.
“Saya tahu apa yang saya akan lakukan sekarang…”
“Kenapa? Mengapa? Punya kekasih tidak bertudung tetapi baik hatinya? Atau dikecewakan oleh wanita bertudung tetapi buruk perangainya?”
Soalan akhir itu tidak terluahkan oleh saya. Saya simpan sahaja di dalam hati. Biarlah anak muda ini belajar dari pengalamannya… insyaAllah esok apabila dia mengalaminya sendiri, dia akan ingat satu persatu apa yang didengarnya pada hari ini!
sumber info : genta-rasa

Ulasan theufo: cantik penulisan ustaz...sememang hari ini kita melihat kepada dunia di negara kita...trend pemakaian tudung  yang bermacam fesyen dan colour...pemakaian tudung yang agak canggih tetapi tidak mengikut cara islam sebenar..memakai tudung tetapi perlu bersesuai dengan pakaian kita bukan nya memakai tudung tetapi baju seluar/kain ketat semacam jer.....kita tak boleh bertudung kerana cantik atau mengikut fesyen dan berkehendakan pujian orang...
Pemakaian tudung adalah kerana perkara utama iaitu menutup aurat kerana Allah SWT..

Sunday, 6 November 2011

sedikit coretan pagi hari raya qorban....

Assalamualaikum....Syukur aku pagi ini...Aidil Adha sedang berlalu. Melihat pada langit, cuaca kelihatan cerah bagai menyambut hari raya koban tahun ni...
Tahun nih, aku beraya di Bandar Tun hussien Onn,Cheras Selangor....in kerana wife aku ketiadaan cuti dan kerjanya perlu disettle untuk di tender...ini kali ke-2 aku di perantauan, pertama sewaktu study di Jitra,Kedah dan hari ini di Selangor bersama anak, isteri, adik lelaki aku....jam hampir pkul 8.00am..aku masih mengosok baju melayu sendiri wife aku pulak sibuk memasak nasi minyak,juadah hari raya korban ...selesai aku ke Suarau Al-Amin berhadapan dengan apartment aku...melangkah ke masjid..bertakbir aku dengan kudrat yang Allah SWT pinjamkan untuk aku beribadat-Nya....Selesai slat sunat raya & khutbah raya, jamuan disediakan oleh pihak Rukun Tetangga Bandar Tun Hussien Onn dan PAS Cawangan Bandar Tun Hussien Onn,Cheras..selepas mkn secara  ringan2..aku ke tepi apartment melihat lembu yang bakal dikorbankansebnayak 3 ekor akan disembelih di area Surau Al-Amin dan 7 ekor lagi di hantar ke tempat2 yang lain..melihat cara menjatuhkan lembu dan kedudukan cara sembelih berlainan sedikit..mengikut selera masing2 tetapi panduan menyembelih korban tetap sama... 
Dikampung Ayah aku mengorbankan lembu yang dibela dan dijaga ayah aku sendiri..memang lembunya besar dan sihat...ruginya aku x dapat pulang beraya korban tahun nih..tetapi aku redha beraya di sini..mungkin ader hikmahnya kita tidak ketahui..Allah jualah yang tahu segalanya..aku sebagai hambanya perlu bersyukur antaranya nikmat aku masih dapat beraya dgn isteri dan anak..dan sihat masih ketika ini..jam menunjukkan jam 12.05 thari..wife aku dan adik ipar aku masih tido keletihan agaknya..cuma maih berjaga melayan tv dan laptop adalah aku, adik lelaki aku rusli dan anak ku aliya...cuaca masih cerah...

Tuesday, 1 November 2011

Habbatus Sauda

Assalamualaikum dan bersyukur aku pada Allah SWT kerana masih lagi merasai nikmat - nikmat yang dikurniakan-Nya.

Ari nih terbaca arkitikel mengenai 10 perkara tentang israel yang kita tidak tahu (sumber info) dan salah satunya ialah mengenai penggunaan habbatussauda (black cumin). Israel banyak mengunakan ia dalam setiap perubatan di negara mereka..dan khasiatnya kurang diceritakan dan khasiatnya ada diceritakan dalam sejarah perubatan cediakawan islam dan sabda Nabi SAW pun ader menceritakan perihal tumbuhan ini..di bawah merupakan ungkapan Nabi SAW :
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain ”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)

Jarang kita dengar mengenai tumbuhan ini..dan bagaimana rupa pokok ini keseluruhan nya..dan aku sertakan rupa bunga habbatus sauda...pertama kali mendapat info mengenainya ialah seingat aku di zaman study polimas,jitra,kedah...seorang ustaz datang dan promote mengenai habbatus sauda iaitu biji biji halus berwarna hitam, kecik pulak tuh..di dalam botol...makan 7 biji sehari...aduh mcm leceh nya pada fikiran aku masa tuh...murah sahaja, kalu tidak silap RM10.00 dan aku membelinya..tetapi aku makan dalam tempoh yang sekejap..lepas tuh botol entah ke mana.. rasanya lain macam sikit..kadang2 aku terfikir macam something atau benda yg buat jalan tar baru..bau dia mcm tuh...tetapi masa tuh.aku masih tidak membaca dan masih tidak berilmu dan tidak menghargainya. Bagi kalangan org yang mengalami masalah kesihatan berpanjangan seperti gout..mereka akan cuba juga habbatus sauda...sekarang ini produk daripada habbatus sauda banyak di dalam pasaran..selepas bersolat jumaat di Masjid Wilayah, Jalan Duta..ader di jual meja turut juga menjual madu tualang syairtimur iaitu baraka kotak hijau dan maklumat ader dalam  info nie.
Terdapat juga kopi habbatus sauda yang ready di minum, 3 in 1 dan berbagai lagi seiring dengan kemajuan teknologi pembuatan...aku juga ingin mencuba produk kopi tetapi kene cari produk kat pasaraya...teringat aku nasyid  yang selalu kita dengar iaitu 5 perkara sebelum 5 perkara..salah satunya. Sihat sebelum sakit...hargai tubuh badan yang sihat, jangan kita rosakkan ia dan kita berusaha untuk menyihatkan kan badan kita...yang penting berusaha sihatkan badan..samada kita dapat penyakit atau tidak, itu urusan Allah SWT. Aku akan cuba makan dan ambil khasiat seperti yang di sarankan oleh sabda Nabi SAW dalam  HR. Bukhari,Muslim...

Aku akan cuba, aku cuma berusaha menyihatkan tubuh badan yang dipinjamkan oleh Allah SWT, Allah jualah yang menentukan...segala makanan, ubat-ubatan adalah sebagai perantaraan sahaja...berserah lah kita Allah SWT...

lagi info mengenai kajian & khasiat habbatus sauda

Friday, 28 October 2011

coretan bersahaja aku...

Salam Bahagia, Syukur aku pada Allah SWT....aku masih merasa nikmat yang diberikan Allah SWT.
Berita pada pagi yang aku perolehi seorang kanak - kanak maut dihempap oleh pokok kelapa yang ketika itu cuaca yang elok dan dimaklumkan bahawa akar pokok kelapa yg reput yg dijadikan penyebab berlaku kejadian itu..tetapi sebenarnya ketentuan Allah. Aku ucapkan takziah kepada keluarga mangsa, semoga family nya diberikan kekuatan, keimanan yg tinggi bagi mengatasi ujian Allah SWT.
Hari ini, kita disajikan berita mengenai kematian pada usia yg masih muda dengan pelbagai sebab kejadian...kalu berlaku secara tiba-tiba..dengan tiada penyebab..masyarakat ari ini mudah sangat terpesong dengan mengatakan kematian misteri di sebabkan makhluk yg misteri dan ghaib...aku kini sudah berusia 29 tahun..bila pulak saat kita...tiada siapa yg tahu....apa kita perlu buat adalah beribadat kepada Allah SWT sebanyak yang boleh sehingga saat kita dicabut nyawa oleh malaikat.....ketika melakukan aktiviti yg lasak kita sudah merasakan tercugap2...tubuh badan telah sudah kelihatan tanda2 yg tempoh hidup berbaki semakin susut...cuma tinggal hati yg masih muda bernafsu, jika tidak di kawal dan diberi penjagaan yg rapi..bimbang akan pelbagai penyakit hati dihinggap yg boleh meranapkan keimanan kita....terdapat seketul daging dalam diri, jika baik...baik semua, jika jahat..jahat semua iaitu hati....
Hati kita umpama hardisk yang perlu di scan virus setiap hari dengan antivirus iaitu dengan ibadat kita & muhasabah diri...aku juga melakukan kesalahan dan juga mmepunyai penyakit hati..yang aku perlu 'delete' sama seperti orang lain...tetapi yang membezakan antara kita adalah tahap kronik...Allah SWT  sahaja yg tahu ape terkandung didalam hati kita dan aku berdoa semoga hati aku dapat dibersihkan daripada dihinggapi penyakit hati yg kronik....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...