Diriwayatkan dari Ibnu Abdil Barr di dalam Jami' Bayan al-Ilmi wa Fadlih sesungguhnya ulama' berkata;
"Belajarlah untuk berkata saya tidak tahu, sesungguhnya jika engkau berkata sedemikian, orang pasti mengajar engkau sehingga engkau tahu. Sebaliknya jika engkau sentiasa mengaku dengan berkata saya tahu, nescaya mereka akan bertanya sehingga engkau tidak tahu"

Thursday 30 June 2011

Malam Tuh pada 28hb Jun 2011 / 27 Rejab 1432

Salam..
Semalam aku telah memberi mknan pada jiwa aku...atau santapan telinga...mengenai  Peristiwa Israk Mikraj pada mlm 27 rejab antara aktiviti yg telah menjadi lipatan sejarah /dairi idup aku ialah :
Aku pegi masjid dengan mak mertua yang sudah berusia lebih 60 tahun, maaflah aku lupa umurnya...azan pon  hampir berkumadang...aku bersiap2, tapi mak mertua sudah siap pakai telekong..dan ingin ke masjid bersama aku utk solat maghrib, Isyak & mendengar ceramah Peristiwa Israk Mikraj dari prospektif (kacamata islam & sains ), 2 panel iaitu Dr. Jamnul Azhar Mulkan & Ustaz Syed Mohd Norhisyam Al Idrus.
Memimpin Mak mertua aku
Semasa menuruni tangga drp tingkat 3 sampai ke bawah..mak mertua aku yg sudah berusia ,melangkah perlahan menuruni tangga..ketika itu aku belum memimpinnya..kerana nampaknya beliau boleh lakukan..dan mengatakan yg beliau ( mak mertua) masih nampak..sebnarnya aku tahu, beliau kurang nampak..ditambah pula di waktu gelap..xper aku biarkan beliau lakukan...
sebaik sahaja sapai level ground...beliau melangkah tetapi tangan mencapai, meraba2..so aku sambut tangannya dan mengempit di rusuk kanan aku..dan memimpin ke masjid...disaat menuruni tangga masjid..aku merasakan.."dah mcm terlambat dah"....kemudian aku menoleh dan nampak Pak Imam di belakang aku menyapa dan medoakan aku iaitu memberi salam, pak imam pula bersabar duk dibelakang mak mertua aku sambil menuruni tangga..dalam hati aku bercakap " hehehehe, comfirm aku x lambat...sbb pak iman duk belakang mak mertua aku"
Makan Nasi Briayani Gulai Kambing Dalam Talam
Selepas Solat Maghrib, Ajk Surau Al Amin, memaklumkam ada majlis makan di suatu ruang masjid..Wow!!!!! mkn nasi dalam talam...lama sudah aku x menjamu selera dalam talam..teringat pulak ketika mkn dlm talam bersama2 kwn  ketika itu lingkungan 13 tahun hingga 16 tahun di Surau Airforce dalam Kem Membedai, W.P Labuan...itulah rasanya kali terakhir aku menjamah nasi dlm talam di kongsi seramai 4 org kawan aku...itu semua sejarah....beratur mengambil air teh o panas, aku duk terpikir "aku nk mkn ngan sape ek"..sesudah shj aku ambik air teh panas..2 org di hadapan aku duduk bersama talam ..mempelawa aku duduk menjamu bersama mereka..seorang brother 1, rasenya amat ramah orgnya, suka berceloteh..asyik duk ckp buang saudara disebabkan mkn kambing..manakala seorang brother 2 nih, perlahan sikit, bercakap x mcm brother 1 hanya mkn sikit disebabkan ader  masalah penyakit gout..menurutnya, dia (brother 2) x menyesal sebab time muda dulu, dah sebat semua jenis makanan...dan dia tahu bahawa Allah dah tarik nikmat makannya...Lalu aku terdetik..aku patutnya bersyukur kerana diberi nikmat kesihatan dan nikmat memakan makanan drp Allah swt...dan aku lah org terakhir abih kan makanan dlm talam..sblm aku mkn aku teringat gak  pada mak mertua aku..dapat mkn atau ntah tidak...nyelah susah sikit kalu aku nk menyelinap melihat kedudukannya...selesai mkn..aku ronda sambil menjeling dengan memfokuskan anak mata aku..zooommm...melihat tempat wanita bersolat....akhirnya mata aku dapat menjejaki mak mertua aku sedang bersembang ngan wanita2 kat situ..kira oklah..
kemudian solat Isyak..
Ketika mendengar Ceramah dan sedikit info
Mengenai penghulu bidadari, roket yg dilancarkan ke angkasa lepas...yg berlepas drp mana tempat di dunia ini akan ke ruang angksa mesti melalui koordinat di atas Masjid Al-Aqso..ajaib bukan, itu kebesaran Allah..dan byaak lagi ilmu disampaikan..aku seronok mendengarkannya...diakhiri panel Ustaz Syed menyatakan bahawa kita perlu mendidik anak -anak kite bagi menggantikan org seperti ahli panel Dr. Jamnul..dan ustaz syed bimbang akan tiada pengganti untuk Dr. Jamnul kelak. Ustaz Syed menasihati atau membuat kesimpulan bahawa kita suka apabila anak mendapat A dlm mata pelajaran dan menjadi pelajar terbaik..tetapi ibu dan ayah perlu menyalurkan mengenai ilmu agama kepada anak2,sebagai contoh..di sekolah kite study mengenai proses fotosintesis...dan kita tidak memberitahu bahawa kesemua proses dlm dunia ini sebenarnya dicipta& digerakkan oleh Allah...bukan terjadi sendiiri...Asas kepada agama diletakkan terlebih dahulu...sepatutnya Ayah dulu memberi salam kepada anak,bukannya anak yg memberi salam kepada ayah.Ayah dahulu sepatutnya mendoakan(memberi slm) kepada anak terlebih dahulu..sama kes seperti guru dan murid2...
sekian coretan aku...

Dari kiri adalah ahli panel 1: Dr Jamnul Azhar Mulkan , moderator : Ustaz Wan Jemizan Wan Deraman & panel 2: Ustaz Syed Mohd Norhisyam Al Idrus....kedua - dua panel merupakan ahli panel yang tersohor dah selalu kite lihat dalam siaran TV....ceramah oleh kedua-dua panel memang mendidik jiwa...ditambah pula dengan sistem audio pada aku kiranya agak bagus..jelas..sekali sekala Dr Jamnul membuat beberapa lawak dengan lohgat negerinya (kedah)..ramai hadirin tergelak..aku pon turut tergelak & tersenyum..apabila diceritakan mnegenai penghulu bidadari di syurga..
Melihat Org ramai di dalam masjid...seronoknya ramai sungguh org hadir untuk mendengar ceramah Israk Mikraj.Aku dikabarkan oleh pengacara majlis ceramah..ader hadirin drp luar BTHO....ketika gambar di snap..aku ader di dlm picture ( gambar diperolehi drp blog surai almin ). Majlis Ceramah tersebut tamat pada pukul 11.30 mlm...
Dr Jamnul ader menjual beberapa produk dan sebahagian jualannya disumbangkan utk Maahad Tahfiz Sains di Perak dan memerlukan dana...nih blog Dr. Jamnul..silah lihat...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...