Alhamdulillah, syukur aku pada
Allah di atas nikmat-Nya…
Aku adalah hamba-Mu yang kerdil
& lemah, berilah aku kekuatan…
Semalam (30/01/2012, Isnin ) aku
mendengar iaitu santapan jiwa…yang dikabar,diberitahu, diceritai oleh seorang doctor
berketurunan jawa daripada Indonesia…pada mulanya, semua orang semacam sedang
menunggu dan tercari-cari, manakah ustaz doktor yang hendak berceramah…namanya
pon bagi aku adalah asing…ust. Dr..ape tah..sorilah aku x leh nak main teka sebarangan…sayangnya
ku tidak mencatatnya…sehinggakan kawan pada ust.dr itu memaklumkan pada pakcik
bilal…barulah sesi ceramah dimulakan…oarngnya kecik tetapi suaranya bertenaga
dan nyaring apabila beliau menceritakan sesuatu. Permulaan ceramahnya surah al
imran ayat 102-103 dibacakan…aku tidak mendengar pun tajuk ceramahnya atau
mungkin aku yang terleka..tetapi aku dapat meneka tajuk nya adalah mengenai berpegang
pada tali Allah dan jemaah islam….ceramah dilanjutkan kepada pkul 9.00
mlm..orang mulai memenuhi surau untuk berjemaah solat isyak..apa yang menarik
adalah kata – katanya…aku cuba
tuliskan yang aku fahami..
Antara kata ust. Dr itu ;
Kita perlu bersatu dan tiada iri
hati dengan berpegang tali Allah..walau di mana kita berada di dunia ini,
Syahadah kita adalah sama, Akidah yang sama, jumlah rakaat solat kita juga sama…jangan
kita bercerai berai disebabkan hal yang kecil..
Kita bersatu hendaklah seperti
kedua tangan bukan seperti kedua telinga…
Jika kedua tangan, kita boleh
menyentuhnya..bersatu..ditemukan..mengengam.. mengambil sesuatu….jika tangan
kanan merasa gatal, tangan kirilah yang akan mengarunya tanpa ada rasa boikot atau iri hati…begitulah
sebaliknya…jika tangan kiri yang sakit,terluka..tangan kanan yang akan memegang
ubat dan merawatnya…
Jika telinga, keduanya nampak sama
berjalan ke sana ke mari….tetapi telinga itu
tidak boleh ditemukan…jika satu telinga kanan dipakai kan anting2…telinga kiri juga merasa iri
hati dan ingin memakai anting2.. ( sambil ceramahnya ditujukan kepada wanita )
begitulah perumpamaan beliau yang pada aku agak menarik….
No comments:
Post a Comment