Alhamdulillah, Syukur pada Allah dengan nikmat-Nya
Air kalau diminum betul pada masanya, dapat memberikan manfaat pada
tubuh. Saya kongsi dengan anda bagaimana cara dan bilakah masa yang
seelok-eloknya kita minum air.
Tips Minum Air Terbaik :
1) Minum sejurus bangun tidur - Minum 2 gelas air sejurus bangun dari tidur dapat mengaktifkan @ mencergaskan organ dalaman.
2) Minum 30 minit sebelum makan - Minum 1 gelas air 30 minit sebelum makan dapat membantu pencernaan.
3) Minum sebelum mandi - Minum 1 gelas air sebelum mandi dapat membantu menurukan berat badan.
4) Minum sebelum masuk tidur - Minum segelas air sebelum tidur dapat mengelak daripada terkena strok atau serangan jantung.
Kepada yang malas @ liat nak minum air masak (macam saya…huhu) khususnya, eloklah amalkan cara minum seperti yang diterangkan.
InsyaAllah, sama-sama lah kita mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Dalam kita mengamalkan tips diatas, kita mesti yakin bahawa air atau apa saja tu semua tak berikan sebarang manfaat atau mudarat pada kita melainkan dengan izin Allah semata-mata. Jangan tersalah yakin pula yer. Kita hanya berusaha, Allah yang berhak memberikan kesannya.
theufO : saya akan cuba lakukan....
No comments:
Post a Comment