Diriwayatkan dari Ibnu Abdil Barr di dalam Jami' Bayan al-Ilmi wa Fadlih sesungguhnya ulama' berkata;
"Belajarlah untuk berkata saya tidak tahu, sesungguhnya jika engkau berkata sedemikian, orang pasti mengajar engkau sehingga engkau tahu. Sebaliknya jika engkau sentiasa mengaku dengan berkata saya tahu, nescaya mereka akan bertanya sehingga engkau tidak tahu"

Thursday, 16 February 2012

Saidina Ali bin Abi Thalib Menerkam Bagaikan Harimau Lapar..

Assalamualaikum, 
Alhamdulillah....Segala puji bagi Allah SWT, aku masih dikurniakan nikmat-Nya..

hendak dicerita atau digambar oleh aku betapa hebat sungguh khalifah Saidina Ali bin Abi Talib...kisahnya begini diceritaii...
Dalam suatu peperangan, Ali bin Abi Thalib berhadapan sendirian dengan musuhnya yang bersendirian pula. Musuhnya begitu kuat sehingga belum satupun yang dinyatakan tewas. Hampir hampir leher Ali terkena pedang musuh yang melayang sangat cepat itu, tetapi kerana ketangkasan beliau pedang itu tidak menyentuh leher beliau sedikit pun. Tetapi keranan pedangnya hampir mengenai leher beliau ketika itulah musuh itu lengah. Dia menyangka Ali telah mulai lemah, padahal ternyata Ali mempunyai langkah langkah yang menipu musuhnya itu hingga tersalah langkah. Ali kemudian menolak musuhnya itu sehingga terjatuh. Dan bagaikan harimau, Ali dengan cepat menerkam dan menindih dada musuhnya itu dan sennjata pedangnya siap untuk dihunuskan ke arah jantungnya. Tiba -tiba dengan cepat pula musuh itu meludahi wajah beliau (Ali) sehingga basah. " Astaghifirullah," teriak Saidina Ali. Ali marah bukan kepalang sehingga muka beliau menjadi merah. Dia malah membuang pedangnya dan segera meninggalkan musuhnya itu. Musuhnya yang yahudi itu hairan melihat perangai Ali yang tidak jadi membunuh musuhnya itu. "mengapa anda lepaskan saya? Mengapa anda melepaskan peluang untuk membunuh saya?" tanya musuhnya itu dengan hairan.
Dengan menahan marah yang luar biasa Ali bin Abi Thalib mengatakan: " Aku hendak membunuh engkau kerana mempertahankan agama Allah. Tetapi setelah engkau meludahi mukaku, aku sangat marah, sebab hal itu menyinggung kehoramatan diriku. Kalau aku jadi membunuh engkau selepas engkau meludahi mukaku, bererti aku membunuh bukan kerana Allah, tetapi kerana dendam diriku sendiri," kata Ali. Dalam riwayat lain disebutkan bahawa Ali berkata: "jika engkau menghinaku sebagai peribadi aku tidak lagi ikhlas membunuhmu, kerana aku membunuh kerana membela peribadiku, tetapi jika engkau menghina agamaku engkau pasti kubunuh" .
Begitulah dalamnya keikhlasan sahabat Nabi SAW ini, sehingga dalam keadaan berperang yang memang memerlukan emosi dan tenaga, keikhlasannya masih terjaga. Dalam keadaan apa jua pun dengan keikhlasan yang mendalam akan membimbing kita kepada tujuan amal kita, sama ada untuk kepentingan peribadi atau untuk kepentingan agama.

theufO : Hebat sungguh sahabat Nabi SAW, kalau kita, bagaimana kah?mungkin kita terus menikam musuh, jika kita ditempat Saidina Ali...Aku sekarang tengah membaca dan cuba habisnya sebuah buku yang aku pinjamkan daripada adik perempuanku yang berjudul Menyingkap Peristiwa Dan Keistimewaan Sirah Kehidupan Nabi SAW Sahabat Dan Ahli Hikmah yang disusun oleh : Ustaz Abdul Salam Basok Al-Haj cetakan 2007 terbitan Pustaka Ilmi.
Setelah membaca isi bacaan buku ini, aku rasakan banyak ilmu, peristiwa yang aku dapat ambil sebagai panduan & iktibar untuk dijadikan panduan dalam mengharungi kehidupan yang penuh pacaroba....cubalah..

Thursday, 2 February 2012

Cek Puteh, Myvi Puteh Aku di Sondol....

Alhamdulillah, syukur...aku masih dikurniakan nikmat oleh -Nya..
Hari ni antara hari agak mengejutkan aku juga isteri aku...kerana cek puteh (myvi putih) aku disondol dari belakang oleh toyota altis yang di dive oleh seorang chinese...dalam sekitar jam 7.30 am lebih...ketika aku melepasi terowong Jln Loke Yew tengah layan feeling dan dengar rancangan Radio IKIM mengenai jgn jadi hati tikus....Ggggguuuppp!!!!...wife aku yang tengah tido kat sebelah terkejut terus cakap pada aku  " abg langgar kete orang "...aku pon ckp "tidaklah,,org lain langgar belakang kete kite"...aku pon kuar dlm keadaan cemas..bimbang teruk belakang cek puteh..nampaknya bumper dah terjongket, dekat reverse sensor tuh dlm semacam pecah...chinese tuh pok kuar gak, pahtuh  " sorry,boss...i ngatuk tadi.."...kemudian cinese tuh terus cakap " you hantar bengkel, repair..sebelum tuh you call i dulu..brape" and then chinese tuh amik card dia pahtu bagi kat aku...aku pon x nak citer panjang sangat kat situ..tengah jem pulak tuh..janji di bertanggungjawab nak bayar...sian cek putueh....dilanggar kali kedua kot..dulu xder ape -ape..tapi kali teruk sikit...masuk opis terus aku survey web mudah..nak tengok brape harga bumper belakang myvi...aku cerita ngan officemate ..macam cadangan yang disuruh..buat resit dulu lah...tukar bumper coomplete se lah, suh tukar bumper toyota passo pon ader gak...aku cakap nanti aku pikir...
Jam 12.30pm, aku kuar ke jalan ipoh, nak try survey harga baiki bumper belakang...lepas tuh aku call chinese tuh....dia pon suh aku pi tanya bengkel brape bayaran..aku pon tanya kawan aku si Andrie..merangkap pomeng peribadi..hehehhe...pomeng aku memberitahu harga tukar bumper tuh dlm RM250 bumper local, RM350 bumper ori...aku pon bagitau pada Si Chinese tuh...dia mintak kurang pulak, tapi aku cakap RM250 lah...kemudian aku pegi lunch dulu sbb Chinese tuh tengah lunch jugak..jam 1.30pm, Chinese tuh call aku, so aku pegi jupe dia kat opis Tan Chong Motor, Jalan Ipoh...
Sebaik sahaja jumpe, Chinese tuh terus mintak maaf sbb langgar aku ngan wife dlm kette tuh...Dalam hati aku,bagus chinese nie..kira ok lah bertanggungjawablah...pada mula aku risau jugak kot kot tak nak bayar kan..dalam KL nih macam2 ragam manusia...kemudian dia terus menghulurkan wang RM250.00..selepas tuh aku ucapkan terima kasih terus ke cek puteh aku...dan pulang ke opis..aku dah call vijay yang hendak jual bumper belakang myvi 2010..so aku nak pegi beli gantikan bumper cek puteh...

nanti aku akan masukkan picture.....

theufO : walaubagaimanapun , aku merasa bersyukur kerana cek puteh xder teruk sangat dan boleh dipandu lagi...aku & wife aku pon selamat dan cek puteh tidak melanggar kereta di hadapan memandang jarak di hadapan kereta yang agak jauh...Syukur berlaku kemalangan kecik, kalu yang dasyat..ntah bagaimana lah...mungkin Allah SWT telah tukar...SYUKUR...SYUKUR....Alhamdulillah......thank you Allah...

Tuesday, 31 January 2012

Jadilah Seperti Kedua Tangan Kita Bukan Seperti Kedua Telinga Kita..


Alhamdulillah, syukur aku pada Allah di atas nikmat-Nya…
Aku adalah hamba-Mu yang kerdil & lemah, berilah aku kekuatan…

Semalam (30/01/2012, Isnin ) aku mendengar iaitu santapan jiwa…yang dikabar,diberitahu, diceritai oleh seorang doctor berketurunan jawa daripada Indonesia…pada mulanya, semua orang semacam sedang menunggu dan tercari-cari, manakah ustaz doktor yang hendak berceramah…namanya pon bagi aku adalah asing…ust. Dr..ape tah..sorilah aku x leh nak main teka sebarangan…sayangnya ku tidak mencatatnya…sehinggakan kawan pada ust.dr itu memaklumkan pada pakcik bilal…barulah sesi ceramah dimulakan…oarngnya kecik tetapi suaranya bertenaga dan nyaring apabila beliau menceritakan sesuatu. Permulaan ceramahnya surah al imran ayat 102-103 dibacakan…aku tidak mendengar pun tajuk ceramahnya atau mungkin aku yang terleka..tetapi aku dapat meneka tajuk nya adalah mengenai berpegang pada tali Allah dan jemaah islam….ceramah dilanjutkan kepada pkul 9.00 mlm..orang mulai memenuhi surau untuk berjemaah solat isyak..apa yang menarik adalah kata – katanya…aku cuba tuliskan yang aku fahami..
Antara kata ust. Dr itu ;

Kita perlu bersatu dan tiada iri hati dengan berpegang tali Allah..walau di mana kita berada di dunia ini, Syahadah kita adalah sama, Akidah yang sama, jumlah rakaat solat kita juga sama…jangan kita bercerai berai disebabkan hal yang kecil..

Kita bersatu hendaklah seperti kedua tangan bukan seperti kedua telinga…
Jika kedua tangan, kita boleh menyentuhnya..bersatu..ditemukan..mengengam.. mengambil sesuatu….jika tangan kanan merasa gatal, tangan kirilah yang akan mengarunya  tanpa ada rasa boikot atau iri hati…begitulah sebaliknya…jika tangan kiri yang sakit,terluka..tangan kanan yang akan memegang ubat dan merawatnya…

Jika telinga, keduanya nampak sama berjalan ke sana ke mari….tetapi telinga itu tidak boleh ditemukan…jika satu telinga kanan dipakai kan anting2…telinga kiri juga merasa iri hati dan ingin memakai anting2.. ( sambil ceramahnya ditujukan kepada wanita ) begitulah perumpamaan beliau yang pada aku agak menarik….

Kita hanya diberi 2 pilihan Sahaja...

Berlansung 2 program yang kira bertentangan....iaitu Program Kuliah Ustaz Azhar di Masjid Negeri Shah Alam & Anugerah Juara Lagu di Bukit Jalil (iye kot)...kita sememang hanya diberikan 2 pilihan sahaja..tiada pilihan ke-3,mahupun talian hayat...Syurga atau neraka, Pahala atau dosa, Baik atau jahat...pilih lah...sudah tentu kita memilih yang baik - baik sahaja untuk diri kita.....tapi sayang nya..program kuliah ustaz Azhar Idrus tidak dilansungkan di dalam TV...rasa - rasanya jika ada di dalam TV, saya merasakan orang bukan muslim akan cuba mendengarnya dan dapat menyebarkan dakwah...
SYURGA atau NERAKA
 
pilih lah, sekiranya kita bercita - cita seperti  apa kita mahukan..laksanakan langkah menuju ke arah yang di cita -cita kan...

theufO : 2 program tersebut, theufO tidak hadirkan diri...

Masjid yang di bina oleh insan tercinta,Nabi SAW...

Alhamdulillah & aku bersyukur pada Ilahi...aku masih lagi diberi nikmat oleh-Nya....
Di bulan mulia ini, bulan kelahiran Nabi SAW....marilah kita bersama - sama memperbanyakkan selawat ke atas baginda...marilah kita menyingkap kisah atau riwayat Nabi SAW tercinta dengan membaca kisahnya dan hayatilah perjuangannya....semoga saya dan saudara tidak terhenti membaca sirahnya, berselawat, kisah teladan nabi  setelah bulan kelahiran berlalu pergi....sekarang kita perhatikan banyak program dirancang seperti dalam TV dalam meraikan bulan kelahiran Nabi SAW...setelah tiba bulan yang lain...program mengingatkan Nabi SAW tidak diteruskan & sepatutnya program begitu diteruskan setiap hari...ini kerana sunnah Nabi SAW dilakukan setiap hari dan sebahagian kehidupan kita....Nabi Muhammad SAW, insan aku cintai..
 theufO : Semalam, mataku mengalirkan air mata, apabila kisah saat kewafatan Nabi SAW diceritakan oleh Ustaz Don dalam Program 30 minit bersama Ustaz Don di TV Hijrah.....

Wednesday, 18 January 2012

Program Wanita Kelantan - terloncat loncat menyanyi?


Segala pujian bagi Allah & Syukur masih diberikan nikmat-Nya

theufO nak panjangkan iklan pada anda mengenai program dilaksanakan di kelantan...kita jarang - jarang dengar program seperti ini dijalankan...bagus juga program macam ini tetapi ia perlu berjalan mengikut peraturan yang ditetapkan dengan lingkungan atau batasan Islam.....

Kerajaan negeri sedar dan bukan tidak memahami jiwa orang muda tetapi ia perlu dilaksanakan dalam keadaan tidak dimurkai oleh Allah...program ini hanya dihadiri oleh golongan yang pompuan jer...org laki2 x payah...kali nih boleh lah golongan muda wanita boleh menunjukkan bakat yang terpendam, menari berjoget terloncat - loncat seperti kijang , kihkihkihkihkihkih...

aku pon infO pun dari sini..







Wednesday, 11 January 2012

Tips Minum Air Terbaik..

 Alhamdulillah, Syukur  pada Allah dengan nikmat-Nya

Air kalau diminum betul pada masanya, dapat memberikan manfaat pada tubuh. Saya kongsi dengan anda bagaimana cara dan bilakah masa yang seelok-eloknya kita minum air.

Tips Minum Air Terbaik :
 
1) Minum sejurus bangun tidur - Minum 2 gelas air sejurus bangun dari tidur dapat mengaktifkan @ mencergaskan organ dalaman. 

2) Minum 30 minit sebelum makan - Minum 1 gelas air 30 minit sebelum makan dapat membantu pencernaan.  

3) Minum sebelum mandi - Minum 1 gelas air sebelum mandi dapat membantu menurukan berat badan.  

4) Minum sebelum masuk tidur - Minum segelas air sebelum tidur dapat mengelak daripada terkena strok atau serangan jantung.
 
Kepada yang malas @ liat nak minum air masak (macam saya…huhu) khususnya, eloklah amalkan cara minum seperti yang diterangkan.
InsyaAllah, sama-sama lah kita mengamalkan gaya hidup yang sihat.
 
selalu minum air* Sedikit pesanan untuk orang Islam :
Dalam kita mengamalkan tips diatas, kita mesti yakin bahawa air atau apa saja tu semua tak berikan sebarang manfaat atau mudarat pada kita melainkan dengan izin Allah semata-mata. Jangan tersalah yakin pula yer. Kita hanya berusaha, Allah yang berhak memberikan kesannya.



theufO : saya akan cuba lakukan....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...