Dato' (Dr.Haron Din), setiap kali
bersolat Jumaat, kita akan sama-sama mendengar bilal mengingatkan makmum
sebelum khatib berkhutbah dengan pelbagai ingatan. Entah bacaan Al
Quran atau hadis yang maksudnya, "Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya
berselawat ke atas Nabi, wahai orang-orang yang
beriman, bersalawatlah kepadanya, serta
ucapkanlah salam dengan selamat sejahtera sesempurna ke atasnya. Yang
hendak saya ajukan kepada Dato', bagaimanakah caranya Allah berselawat
ke atas Nabi? Adakah sama dengan kita membaca selawat ke atasnya. Terima
kasih atas penjelasan Dato'.
Dato' Dr.Haron Din : Ayat yang dibaca adalah ayat Al-Quran, bukannya hadis. Ia adalah sebagaimana firman Allah (mafhumnya), "Sesungguhnya Allah dan MalaikatNya bersalawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W); wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya" (Surah Al Ahzab:56)
Ia sama seperti yang anda ajukan dalam persoalan dan ayat itulah kebanyakan bilal di masjid seluruh Malaysia membacakannya. Akan tetapi makna selawat yang sebenarnya dalam tersebut, berbeza daripada satu ke satu yang lainnya. Salawat Allah ke atas Nabi Muhammad, tidak seperti salawat Para Malaikat. Dan salawat Para Malaikat ke atas Nabi S.A.W, tidak seperti salawat umat Muhammad ke atas Nabi mereka. Semuanya berlainan walaupun istilah asal masing-masing adalah salawat.
Salawat Allah ke atas Nabi Muhammad bukan dengan kata-kata seperti yang kita menyebut dalam ungkapan selawat yang terkenal. Salawat Allah ke atasnya bermaksud Allah Taala sentiasa memberikan kepadanya kebaikan dan kerahmatan daripada hidupnya hingga wafatnya dan sehingga pada hari-hari Baginda hidup dalam alam barzakh hinggalah ke hari kiamat. Inilah yang disebutkan dalam kitab Tafsir Al Qurtubi, juzuk 14, halaman 222 yang bermaksud, "Salawat daripada Allah adalah turunnya rahmat Allah dan keredaanNya kepada Nabi Muhammad sepanjang masa".
Salawat daripada Para Malaikat bermaksud, "Para Malaikat sentiasa berdoa kepada Allah untuk kebaikan dan keampunan Nabi Muhammad S.A.Wsepanjang zaman serta meredhainya. Ada pun salawat umat (kita) Muhammad kepada Baginda Nabi S.A.W adalah dengan menyebut salawat yang terkenal itu, yang di dalamnya mengandungi doa kepada Allah, agar Allah menurunkan rahmat dan kesejahteraannya kepada Baginda. Kita juga memohon agar Allah membesarkan dan memuliakan Nabi Muhammad sepanjang masa".
Dari tiga perbezaan jelas bahawa istilah salawat itu begitu unik. Ia boleh dipakai untuk tiga situasi yang berbeza. Pertama Allah. Kedua, malaikat dan ketiga, umat manusia. Yang penting kita menghayati dan memahami bahawa Rasulullah S.A.W itu makhluk istimewa pilihan Allah, yang Allah sendiri menjanjikan bahawa Allah sentiasa mencurahkan rahmat kepada Baginda, hari hidupnya, ke alam kuburnya sehinggalah ke hari akhirat. Malah Para Malaikat seluruhnya sentiasa memohon kepada Allah agar dilimpahkan rahmat dan keampunanNya kepada Rasulullah S.A.W. Di hujung ayat tersebut, selepas Allah dan malaikat berselawat ke atas Nabi Muhammad, maka Allah menyeru kita, orang-orang beriman supaya mengucapkan selawat dan salam yang makruf.
Rasulullah S.A.W bersabda (mafhumnya), "Sesiapa yang bersalawat ke atasku satu selawat, maka Allah merahmatinya dengan 10 rahmat".

Oleh kerana itu, ulama dalam
memperhalusi persoalan selawat ke atas Nabi Muhammad itu wajib atau
sunat, tidak berlaku khilaf (perselisihan) daripada kalangan ulama,
bahawa salawat ke atas Nabi Muhammad adalah wajib, sekurang-kurangnya
sekali seumur hidup. Dalam hidup seharian, bersalawat adalah sunat
muakkad.
Sa'id Ibnu Musayyid meriwayatkan daripada Umar Al Khattab, beliau berkata, "Doa hamba kepada Allah tidak diangkat apabila tidak disebut selawat ke atas Nabi dalam doa itu. Apabila disebut salawat, barulah diangkat doa tersebut. Dan sesiapa yang menulis salawat ke atas Nabi dalam mana-mana penulisan (kitabnya), maka malaikat-malaikat terus bersalawat ke atas Nabi dan selama penulisannya itu kekal, maka selama itulah malaikat-malaikat mendoakan rahmat ke atasnya". Demikian hebatnya salawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Wallahua'lam.

theufo : " Semoga orang - orang yang menyebarkan & menegakkan hukum Allah akan terus memperolehi kesihatan yang baik & dipanjangkan umur serta terus dirahmati Allah SWT...Amin."
Ayuh sama - sama kita mmeperjuangkan menegakkan Islam dan mendoakannya Islam terus bersinar..
No comments:
Post a Comment