Bukan Melayu didahulukan, Islam
mengikutnya, kerana Islam ditegakkan Melayu selamat. Kalau Melayu
ditegakkan di atas aqidah kebangsaannya, Melayu sesat, Islam terpinggir.
Inilah kecuaian Umno sejak ditubuhkan sehingga kini. Kecintaan kepada
keluarga, kaum dan bangsa adalah fitrah yang digalakkan
oleh Islam, tetapi menjadikannya aqidah
perjuangan adalah satu kesesatan. Rasulullah S.A.W memulakan perjuangan
dengan keluarga dan kaumnya, tetapi dengan aqidah dan berpandukan Islam.
Rasulullah S.A.W. adalah ikutan yang
dilantik oleh Allah, bukan dilantik melalui pilhanraya atau perhimpunan
agung mana-mana parti. Apabila Rasulullah S.A.W. dilantik menjadi Rasul
akhir zaman kepada seluruh alam, dipilih daripada kalangan bangsa arab
qabilah Quraisy, paling jahil, miskin dan berada ditangah padang pasir
paling gersang, tetapi menjadi paling sabar, berani dan paling lasak
menghadapi cabaran kalau ditarbiyah. Bangsa arab seluruhnya berpecah dan
berperang sesama sendiri. Semenanjung arab, tanah air mereka dijajah
oleh kuasa besar dunia Parsi dan Rom. Pesoalannya apakah yang
didahulukan oleh Rasulullah S.A.W? Sama ada memulakan perjuangan diatas
semangat kebangsaan arab, satukan mereka terlebih dahulu diatas semangat
kebangsaan itu, tegakkan perjuangan kemerdekaan menentang penjajah
Parsi dan Rom, selepas itu Islam boleh tegak dengan sendiri besamanya.
Atau mulakan dengan Islam, perkasakan bangsa arab dengan Islam yang
sempurna, aqidah, syariat dan akhlak?
Ucapan pertama disampaikan kepada penduduk Makkah dengan arahan wahyu daripada Allah ialah, firman Allah bermaksud, "Wahai
manusia Sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepada kamu semua, iaitu
Allah yang mempunyai kerajaan langit dan bumi; tidak ada Tuhan (yang
berhak disembah) selain Dia, yang menghidupkan dan mematikan. Maka
berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, Nabi yang ummi yang beriman
kepada Allah dan kepada kalimat-kalimat-Nya (kitab-kitab-Nya) dan
ikutilah Dia, supaya kamu mendapat petunjuk" - Al A'raf:158
Bukan dengan seruan hidup arab Islam
selamat ! Hanya bangsa Arab yang boleh menegakkan Islam! Macam slogan
Umno, ”hidup Melayu!”. Ini semua tidak betul dan benar.
Tegasnya bahawa Rasulullah S.A.W
memulakan perjuangan mengajak bangsa mengikut Islam, bagi memerdekakan
diri daripada jahiliyah dalam diri sendiri terlebih dahulu dengan
bangsanya mengikut Islam. Walaupun mendapat tentangan hebat daripada
pemimpin kaum bangsa dan keluarganya sendiri, sehingga dihalau daripada
tanah air tempat dilahirkannya (Makkah). Kemudian menggunakan kuasa
pemerintahan Islam yang ditegakkan oleh kaumnya yang menerima Islam
dengan beriman mengikutnya dengan sempurna dan mengumpul serta
menyatukan mereka dengan Islam. Kemudian kembali semula ke Makkah untuk
memerdekakannya daripada kuasa pemeritahan jahiliyah arab yang dipimpin
oleh ayah mertuanya sendiri Abu Sufian bin Harb.
Allah
mewafatkan Rasulullah S.A.W setelah Ajaran Islam disempurnakan secara
wahyu serta cara beramalnya dinyatakan oleh Sunnah Rasulullah S.A.W. dan
setelah menyampaikan mesej Islam secara bersurat yang dihantar kepada
negara dan bangsa yang bukan arab. Ada yang menerima Islam, ada yang
tidak menerima tetapi berdamai dan ada yang mengambil sikap permusuhan.
Sebelum wafat Rasulullah S.A.W. Allah
menegaskan kepadanya secara wahyu kepada bangsa arab yang menganut Islam
supaya berpandukan Islam, diantaranya Allah memberi amaran, "Jika
kamu berpaling (daripada menegakkan Islam) niscaya dia akan mengganti
(kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan seperti kamu ini". Surah Muhammad:38
Khalifah Abu Bakar mengambil alih
memimpin negara menentang bangsa arab yang murtad (berpaling tadah
menentang Islam). Penyelewengan berlaku dengan bantuan penjajah Parsi
dan Rom. Setelah Khalifah Abu Bakar berjaya mengalahkan bangsa arab yang
murtad maka dimulakan dakwah mengajak kaum lain kepada Islam tanpa
paksaan.
Dua kuasa besar dunia menentang secara
ketenteraan kerana menganggap bangsa arab yang menganut Islam itu masih
lemah saperti sebelum Islam. Tiba-tiba dua kuasa besar dunia ikut
tumbang kerana jahiliyyahnya, walau pun mereka maju daripada segi
kebendaannya, tetapi dibejati kezaliman dan maksiat. Khalifah Umar R.A.
yang berjaya menjatuhkan dua kuasa besar dunia itu manyampaikan
ucapannya ketika berada di Kota Suci Bait Al Maqdis, "Kita adalah
bangsa yang diberi kemuliaan oleh Allah dengan Islam, sekiranya kita
mencari kemuliaan yang lain daripada apa yang telah dikurnia Allah,
nescaya kita akan ditimpa hukuman Allah menjadi bangsa yang hina".
Ketika bangsa Arab yang menganut Islam
masih berpegang dengan ajaran Islam, mereka terus memimpin negara yang
paling besar dalam sejarah, bersama masyarakat majmuk berbagai bangsa
dan agama. Mereka mengislamkn bangsa lain tanpa paksaan dan mengislam
ilmu serta kebijaksanaan daripada berbagai bangsa, sehingga melahirkan
tamadun Islam yang paling hebat dalam sejarah manusia. Apabila bangsa
Arab menjadi leka terhadap Islam, maka Allah menukarkan bangsa bukan
arab yang menganut Islam dan berpadukan Islam serta menegakkannya.
Bangsa lain mengambil alih pemerintahan telah melahirkan ilmuan Islam
dan pemimpin negara. Manakala bangsa arab menjadi rakyat dibawah
pemerintahan Islam, oleh para ulama dan pemimpin bukan berbangsa arab,
saperti Kurdis, Turki, Bukhara dan lain-lain.
Bangsa Melayu di Asia Tenggara turut
sama menjadi bangsa yang perkasa apabila mereka menganut Islam dan
raja-rajanya memerintah dengan Islam. Bahasa Melayu berhuruf Al Quran
bertamadun menjadi bahasa ilmu dirantau ini. Kedatangan penjajah yang
mampu menguasai dunia Islam, termasuk dunia Melayu di rantau ini apabila
mereka lemah berpegang dengan ajaran Islam. Cahaya Islam yang sedikit
tidak boleh dipadamkan masih bersuluh membangkitkan perjuangan menentang
penjajah. Walaupun penjajah asing sudah meninggalkan tanahair kita,
tetapi kesan daripadanya masih wujud dengan tebal. Kita tidak dapat
mengambalikan jati diri malainkan dengan kembali menjadikan Islam
tertegak dihadapan kita yang menjadi panduan seluruh cara hidup beragama
dan bermasyarakat. Ini saperti yang pernah dilakukan oleh Rasulullah
S.A.W dengan petunjuk Allah dan diperingatkan oleh Khalifah Umar bin Al
Khattab R.A.
Mari kita menjadi bangsa yang insaf
dengan muhasabah diri, bagaimana bangsa Arab yang berjumlah ratusan
juta, di tengah kekayaan hasil minyak yang tidak terkira, dipermainkan
oleh kuasa barat yang pernah menjajah mereka. Mereka tidak mampu
berdepan dengan segelintir bangsa yahudi zionis yang diletakkan oleh
penjajah bagi menjaga kepentingannya di Asia barat. Ini kerana mereka
berpaksikan kebangsaan arab dan meminggirkan Islam di belakang mereka.
Satu agenda penjajahan pemikiran yang sengaja dirancang bergitu rupa.
Hari ini bangsa Arab mula sedar dan bangkit bersama Islam dengan
memulakan kemenangan Islam secara aman memalalui pilihanraya yang adil
setelah ditekan oleh pemimipin bangsa sendiri secara kuku besi.
Umno adalah pelakon yang sama memimpin
negara yang dikatakan merdeka, dengan semangat hidup Melayu, Islam
selamat. Nyata bahawa Melayu tidak selamat dengan cara Umno. Islam cara
Umno tidak mampu memperkasakan Melayu, kerana Melayu didahulukan, Islam
tidak memandunya kerana tidak djadikan panduan. Maka bangsa Melayu tidak
mampu bersaing dengan kaum lain dalam masyarakat majmuk. Kita wajib
menerima hakikat masyarakat majmuk yang diatur oleh penjajah ditanah air
kita. Setelah mereka menjajah bangsa Melayu yang lebih dahulu yang
bercampur dengan kaum pribumi berada ditanahair ini. Penjajah membawa
kaum lain yang dijajah juga, untuk sama-sama diperhambakan untuk
kepentingan penjajah barat. Bangsa Melayu dan penduduk asal yang lain
terus dipinggir dikawasan luar bandar dengan keadaan terbiar dalam
kemiskinan. Kaum Cina pula menjadi buruh di lombong-lombong dan
sebahagiannya di bandar dan kaum India menjadi buruh di ladang-ladang.
Semua kaum diperkudakan untuk kepentingan penjajah dan seterusnya diatur
untuk dilagakan diantara satu sama lain, untuk terus diperintah atau
menjaga kepentingan penjajah selepas merdeka.
Mengikut Islam bahawa masyarakat majmuk
adalah satu adunan yang baik sekiranya dimanfaatkan dengan bijak,
sekiranya wujud kedudukan yang seimbang dan saksama diantara satu sama
lain. Kaum lain telah menerima hakikat bangsa Melayu yang beragama Islam
adalah teras kepada negara dengan hak yang adil secara sama dengan kaum
yang lain, kerana jumlah mereka lebih besar. Tiba-tiba kedudukan orang
Melayu yang beragama Islam ketinggalan jauh dibelakang dari segi
pendidikan, ekonomi, politik dan lain-lain. Ini menyebabkan rasa tidak
puas hati terhadap kaum lain, dengan terpinggir secara nyata di
Singapura, Pulau Pinang dan negeri-negeri lain di pantai barat dan
Malaysia Timur. Semua negeri-negeri ini pada awalnya dipimpin oleh Umno
yang bertemakan hidup Melayu mafhumnya tegaklah Islam.
Malangnya Umno menyalahkan pihak lain,
khususnya PAS yang tidak bersama Umno sejak menentang penjajah dan cara
mencapai kemerdekaan dan mengurus negara. Umno meletakkan Islam
disamping atau dibelakang tanpa kuasa secara warisan penjajah yang
merancang untuk melemahkan umat Islam mengikut kajian para orentalis.
Akhirnya orang Melayu bukan sahaja terus dalam keadaan lemah, tidak
mampu bersaing dengan kaum lain. Bukan sahaja ketinggalan dalam ekonomi
dibumi sendiri, walaupun diberi tongkat hak istimewa Melayu dan
bumiputera, bahkan ketinggalan dalam pendidikan dan kesadaran
berpolitik. Pemimpin yang tidak boleh menjadi model Islam kepada bukan
Islam dan tidak mampu memimpin kumpulannya dan bangsanya sendiri, apatah
lagi negara, tetapi lebih berlagak mampu dengan mempertahan kuasa
dengan apa sahaja, kerana dibejati penyakit zalim dan fasad. Zalim
mengikut takrif Islam ialah meletakkan sesuatu tidak kena pada tempatnya
dalam segala bidang, seperti kehakiman, pentadbiran, ekonomi dan
lain-lain aspek. Fasad pula ialah kemunkaran dalam segala aspek saperti
rasuah dan segala maksiat terhadap Allah, diri sendiri dan masyarakat.
Pemimpin utama Umno sendiri sudah
mengaku adanya penyakit yang kronik dalam diri parti Umno. Politik
rasuah (wang) membarah dalam diri sendiri dan menyebarkannya kepada
orang Melayu untuk mendapat sokongan, mengampu dan menipu sesama
sendiri. Maka orang Melayu dalam bahaya bersama Umno. Ketinggalan orang
Melayu dalam politik Singapura ditahun lima puluhan dan enam puluhan
adalah dibawah pimpinan Umno. Tertinggalnya orang Melayu di Pulau Pinang
adalah dibawah Umno juga. Umno menyelamatkan kedudukan dengan mengasak
orang Melayu dengan kawasan pilihanraya campuran bagi memenangkan rakan
kongsinya daripada kaum lain setelah parti itu kalah dikawasan mereka.
Mereka menekan bangsa sendiri yang menegurnya dan tidak bersamanya,
dengan menindas negeri Melayu yang tidak berpihak kepada Umno.
Tindakan menafikan hak royalti minyak
terhadap Kelantan dan Terengganu suatu ketika dahulu serta melambatkan
bayaran perkapita. Begitu juga dengan Kedah. Ini adalah contoh nyata
Umno menindas negeri Melayu. Umno juga mengapi-apikan semangat perkauman
Melayu sehingga tegang hubungan dengan kaum lain, seterusnya orang
Melayu dilekakan dengan wang, media yang menipu dan melalaikan mereka.
Ketika bangsa lain berpolitik secara matang dengan kefahaman merancang
masa depan yang jauh. Namun orang Melayu berpolitik diajar oleh Umno
untuk mencari peluang beberapa hari dimusim pilihanraya sehingga lupa
menjadi mangsa setiap lima tahun sehingga lebih lima puluh tahun terus
ketinggalan.
Ucapan berapi dalam perhimpunan Agung
Umno baru-baru ini lebih banyak membedil diri sendiri, bukan sahaja ada
yang menikam dari belakang bahkan ada yang berani menikam secara
berhadapan. Walaupun pada zahirnya menyerang lawan dan kawan. Yang tidak
faham bertepuk tangan syok sendiri sehingga membengkak tangan. Adapun
yang faham pula berubah wajah kerana kebimbangan bahteranya menunggu
karam ditebuk kelasi sendiri.
PAS berulangkali mengajak Umno
bermuzakarah secara ilmu Islam dan adabnya bagi selamatkan umat dan
negara dengan Islam, bukan berbincang untuk bersama memikul biawak hidup
yang diternak oleh Umno. Mengajak kepada Islah sekadar kemampuan,
kerana bukan cara menyelamatkan negara dengan mengapi-apikan semangat
perkauman yang menegangkan hubungan diantara kaum dan agama. Caranya
ialah dengan konsep adil untuk semua dan menjaga hak masing-masing
secara adil, serta ruang demokrasi dengan batas-batas dan sempadannya
yang sebenar secara ikhlas bukan secara menipu. PAS percaya Islam adalah
hujah yang terkuat daripada Allah S.W.T kerana Islam adalah Rahmat
Allah kepada seluruh alam.
Tulisan ini bukan
menjaga tepi kain orang lain, tetapi hanya peringatan kepada mereka yang
kainnya sudah parah terkoyak, sehingga menampakkan kecacatan yang
memalukan.
theufO : sila bincangkan...
No comments:
Post a Comment